30 Nov 2012

Coming Back to KMNS

Assalamualaikum =)

Tak sangka kan..dah seminggu rupanya kembali semula ke matrik untuk semester kedua ni. Ayat klisenye, cepat betul masa berlalu. Ayat jujur dari hati.. baru seminggu? Aku rasa macam dah lama je kat sini.. kehkehkeh.. Tak baik tau..ni tempat menuntut ilmu.. kalau hati tak ikhlas menerima..apa yang kite belajar tu susah nak lekat.. niat lillahi taala. positip positip ;)

Dan seperti biasa, kelas bermula macam selalu... kelas pertama kelas Fizik Amali. Since , ini minggu pertama semester, tiada amali atau eksperimen yang dijalankan. Yelah..nak buat eksperimen ape belajar pun belum lagi.. sebelum masuk ke kelas..teringat salah sorang member kitorang yang dapat tawaran ke UiTM dan dah pun tinggalkan kami. ..sedih memang sedih.tapi dia ada cita cita dia sendiri as we have..sape kite nak larang die daripada gapai cita cita dia kan?
Tapi, pagi tu rasa lain camam sikit. Rasa berdebar debar lah.. tangan dengan kaki ni bergetar dengan sendirinya seolah olah bagitau aku yang ..there's something will happen . Ya..aku memang macam tu. Maybe instinct kuat. Setiap kali ada benda nak jadi, aku akan rasa berdebar dan menggelabah tak tentu pasal.

Rupanya.. Zahin dengan Fai suddenly komplot letak jawatan diorang. But why suddenly? We have no problem with u both.. and nak korang still be our leader. Why? Why? okay okay..kata diorang .nak kasi peluang pada yang lain untuk rasa jadi ketua and assisstant. Suddenly sekali lagi, hasil undian tu betul betul buat aku rasa macam kene hempap dengan batu. Dush..bedebuk..
Rite now, our leader title dah beralih kepada Afiq, while jawatan Fai pula diletakkan kat bahu aku.. o mak aihh.. sape yang nak jadi ketua dengan assisstant. berat woo.. level kepayahan dan kesusahan ketua dengan assisstant macam tak ada beza je. Adoi..kenape aku?? Aku ni nampak macam ada ciri cii kepimpinan ke? huahuahua

Alah..assisstant je pun..bukan suruh jadi Ketua pelajar kat matrik ni.. hohoho.. bukannya aku tak ada pengalaman langsung dalam bab2 kepimpinan ni.. entah entah aku lagi banyak dari korang tak..malas tau nak mention. harharhar.. sesungguhnya letih jadi pemimpin ni..berat sungguh tanggungjawab kita kena pikul.
memikirkan orang dah letak harapan pada kita..what should i do? accept it..dan jalankan tanggungjawab sebaiknya. Setanding dengan apa yang Zahin dengan Fai buat masa sem lepas. perhaps ..jadi yang lebih baik. InsyaAllah.. so..first2 ni memang janggal sikit aku dengan Afiq nak buat buat kerja ni semua. Nevermind we'll try our best. Lagipun..aku dengan Afiq dah biasa work as a team. InsyaAllah kawan kawan... support kitorang okay ;D

Suddenly dapat 'hadiah' dari Wawa..hehehe




17 Nov 2012

Go KMNS!

Assalamualaikum ;)

Hawau u??

Since student student Matrikulasi masih lagi dalam mood cuti even lagi seminggu nak naik matrik dah..Husna percaya mesti ada lagi yang berlingkar atas katil ..masih 'berat hati' untuk bangun. Salah sorangnya, budak yang menaip ni lah. Sampai jenuh mak dia kejut. Ketuk pintu tak bukak bukak..las las mak dia kol..haa barulah die terhegeh hegeh nak bangun. Untung kalau dia bangun..kalau tak bangun , asamne tu? ^ ^

Terrrbaek kan mak dia..!

Tapi dalam masa yang sama ada juga student student yang sedang berhempas pulas nak mengharumkan nama kolej matrik masing masing dalam KAKOM 2012/2013. Apa itu KAKOM ? KAKOM ni stand for Kejohanan KoKurikulum Program Matrikulasi yang mana semua matrik yang ada kat Malaysia ni akan bertanding dalam acara acara tertentu. Macam sukan..kebudayaan.. Tahun ni Negeri Kedah jadi tuan rumah so yang terlibat ni semua dah berada di sana dan mungkin juga tengah bertanding sekarang ni. Jeleshh taww.. Husna teringin nak join..malangnya sukan yang Husna amik..tahun ni tak ada dalam senarai. Masuk olahraga kang..kalah pulak semua orang muahahaha...

So..Husna nak ucapkan SEMOGA BERJAYA kepada semua peserta dan atlit yang terlibat dalam KAKOM mostly kawan kawan praktikum Zahin ( basketball) and Apit (sepak takraw) . Kawan kawan kuliah jugak..tak lupa jugak bestfriend, Hazim as Ketua Komanden Kontinjen Negeri Sembilan. Chaaiyok beb! Fighting! 



16 Nov 2012

More than words




More than words ; )




Saying I love you 
Is not the words I want to hear from you 
It's not that I want you 
Not to say, but if you only knew 
How easy it would be to show me how you feel 
More than words is all you have to do to make it real 
Then you wouldn't have to say that you love me 
'Cause I'd already know 

What would you do if my heart was torn in two 
More than words to show you feel 
That your love for me is real 
What would you say if I took those words away 
Then you couldn't make things new 
Just by saying I love you
More than words 

Now that I've tried to talk to you and make you understand 
All you have to do is close your eyes 
And just reach out your hands and touch me 
Hold me close don't ever let me go 
More than words is all I ever needed you to show 
Then you wouldn't have to say that you love me 
'Cause I'd already know 

What would you do if my heart was torn in two 
More than words to show you feel 
That your love for me is real 
What would you say if I took those words away 
Then you couldn't make things new 
Just by saying I love you 


**something is goes wrong somewhere to me **
bhahahahaha 

selamat malam

Assalamualaikum :)

Takde benda nak cakap..cuma nak ucap 

Selamat Malam..


 Sekian.


Yang busannnn 

:))))

15 Nov 2012

Istanbul..aku tak jadik nak datang

Assalamualaikum ;)

Sebenarnya dari sebelum maghrib tadi menyetori..memandangkan semua orang memerlukan tenaga Una untuk membantu mereka..maka Una berpaling tadah dari lappy ni kejap. kejap jeh.
Sekarang dah mengadap balik... Dan kalau dah mengadap ni..pukul berapa nak habis pun tak tau. 

Baca title kat atas nun pun dah tau bunyik macam sedih je kan. haha takde la sedih mana.. Mengikut diskusi Una dan kengkawan yang dicintai sekalian sebelum ni, semalam kami nak keluak sama sama pastu nak tengok cerita Istanbul..aku datang. Movie yang dapat rating paling tinggi dalam perbualan kita akhir akhir ni.. tapi ada kekangan pulak ..tambah tambah semalam kan nak berakhirnya tahun hijrah..so tak sesuai la untuk kita berhibur kan.. hormat agama kita kerana Islam adalah agama yang Mulia. So, postpone kepada hari ni. 

Pukul 11 lebih camtu Una da gerak ke bando..kebetulan ayah nak hantar abang ke busstand so join sekakilah..terima kasih ayah! tunggu punya tunggu punya tunggu..Ain pon sampai. Hari ni keluar berdua berkasih kasihan dengan Ain (muahaha) sebab yang lain ada kekangan.. at last Ain pon sampai. Kitorang pon gerak la ke Kluang Mall. berfeluh feluh kami menapak... Bila dah sampai ke tempat yg nak dituju..pelik sebentar. Asal lengang no nih? Takde orang nak tengok wayang ke? bila tengok betul betul..baru perasan yg panggung wayang tu tak bukak.. okay bai. tinggalkan kluang mall berangkat pula ke kluang parade. dan sampai je kat sana..panggung wayang tu tutup. Tension aku kenapa sume tutup ni...?

Bila direnung renungkan..difikir fikirkan.. ya Robbi.. hari ni 1 Muharam. sebab tulah tak bukak. ! apa punye turrr la.. akhirnya kami pun membuang masa dengan berjalan ke sana ke sini tanpa hala yang dituju. satu kedai tu entah  maybe dalam 3, 4 kali kitorang masuk. Lagha..lagha. 

Tak kisahlah yang penting dapat jumpa sahabat yang dirindui..dan luangkan masa dengan dia. banyak benda kitorang borak.. daripada exam, ke kawan kawan praktikum sampai ke cikgu cikgu. 
Berterabur Mcd yang Una makan. muahaha. sabar jelah..las las dengan Ain2 sekali tersembur  sembur.

Sekian. tak tau nak bebel ape dah. 

On My Way To Be A Successful Chemical Engineer...Amin :)

Budak Matrik pergi Kakom,
Assalamualaikum..:)

Eh..sesuai pulak pantun tu.. belasah lah. Sebagai anak kepada guru Bahasa Melayu, saya sebagai bakal pewaris kepimpinan negara perlu menggunakan dan memartabatkan lagi bahasa Melayu kerana bahasa Melayu merupakan khazanah warisan negara kita sedari zaman nenek moyang kita lagi..blablabla..propa.

Wah..Una buat title entry lah tak sangka lah tokojod lah teruja lah..ye saya mengaku selama ini sangat malas untuk buat title entry sebab.....tak tau lah kenapa tapi memang sifat malas tu dah tertanam puloks. peace

Since kita umat islam dah masuk tahun baru, dan kebetulan pula lagi beberapa hari saje lagi bebudak matrik akan pulang ke lubuk masing masing untuk sambung sem 2 insyaAllah amin.:) , Una dah tanamkan azam baru dan berjanji akan sungguh sungguh dalam melaksanakan apa apa kerja sekalipun. 
Azam kali ini, ialah saya nak cari Dato' yang bernama azam...lawak dah lapuk eah? kaybai.
Tolong tepati janji anda Una. Ingat..lembu berpegang pada tali.. manusia berpegang pada janji. kita manusia ke lembu..? kalau manusia buat cara manusia. kalau lembu buat cara lembu. mooo...

Ingat tak dulu masa kite kecik kecik..ala time kite main guli same same tu.. herm yolah!
kat sekolah, mesti cikgu ada tanyakan.. ' ali, abu, fasha sandha..bagi saya tiga cita cita awak nanti dah besar nak jadi apa? Saya nak catit dalam buku rekod pelajar ni.. '
*wewitt

kita pon tanpa rasa curiga, waswas dan sukahatinya menjerit jerit bagitau cita cita kita biaq satu kelas dok dengaq.. tentera lah, polis lah, cikgu lah, doktorlah.. saintis lah..padahal apa yang saintis buat pon tak tau.. ada yang tak kurang hebat nak jadi pelakon, penyanyi..burrrrr.. 

Una still ingat lagi apa yang Una konon konon nak jadik dulu. First sekali nak jadi guru.  




Kenapa? Sebab mungkin pengaruh persekitaran Una yang dikelilingi cikgu cikgi sekalian. Mak cikgu, kakak cikgu, pak cik cikgu, mak cik cikgu, sedara mara pon almost 70% yang jadi cikgu. Kalau nak tau dulu kalau mak Una ada meeting, die mesti suruh Una tolong conduct kelas dia. Memang serabai la aku jaga bebudak tu. At last, bebudak tu pon molek je panggil aku cikgu padahal gua otai kat situ. Kembang kempis jugak lah..

Second, Una nak jadi doktor. Dulu best la kan..main sebat je nak jadi doktor. Kau ingat petik jari je terus dapat title doktor eah.. ha? ha? ha? ha? ( sila buat sambil petik jari dan goyangkan kepala) 
nak jadi doktor ape pon tak tau. main hentam jelah kan. nama pon kecik lagi.dah besaq sikit, barulah terfikir nak jadi doktor apa. So masa tu Una pon decide nak jadik doktor pakar sakit puan...



kenapa dan mengapa? Sebabnya, sekarang ni kebanyakan doktor pakar sakit puan semuanya lelaki. mana yang perempuan..ada.. tapi tak banyak. As a girl who will become a woman someday, mesti ada perasaan malu untuk berdepan dengan doktor lelaki kalau penyakit tu melibatkan woman sensitive zone. dah tentu pesakit gegurls lebih selesa dengan doktor perempuan. lebih memahami gitu.. Una sendiri, demam sekalipun lebih selesa dengan doktor perempuan.. Mak Una awal awal dah cakap..kalau nak jadi doktor biar jadi pakar sakit puan. Even koperal Una pon pernah cakap macam tu jugak. 

Malangnya , Una tak amik bio.. harharhar. plus, Una takut tengok bedah bedah tu..nak berderai jantung den ni hah.. camno nak jadi doktor? So..terbengkalai jugaklah cita cita tu..

Third..Una nak jadi juruterbang. wuahhhh yang ini paling best.. Memang dah lama simpan angan angan nak jadi pilot. I do no why..Susah kan nak jumpa pilot perempuan..tapi sekarang ni agak belambak jugaklah. Una siap ada ikon lagi.. 


taraa!! Kapten Noor Hafizah. hamik kau siap gambar majalah lagi. Sape kata wanita bertudung tak boleh join kerja2 adventure macam ni. Bila cakap pasal pilot ni, berkobar kobar pulak hati Una ni. haihh.. N i am totally agree that woman makes better leader than man. Afiq , lihatlah.. wakaka cukuplah dah perang mulut dengan dia dalam dewan masa MUET haritu. tajuk ni punya pasal . 

Una memang dah tanam niat dulu nak jadi pilot..mak, ayah pun dah kasi restu..cehh..



bayangkan bila kita kat atas langit, kita dapat tengok indahnya hasil ciptaan Allah. Automatik akan lahir keinsafan dalam diri kita. subhanallah! dapat tengok awan, hujan..macam macam. 
Malangnya, Una rabun. sobsobsob.. kite mimpi jelah ye. orang rabun takleh jadi pilot.. kang ada yang ke laut. sodeyhhh.. lagi satu.! ketinggian pulak tak berapa nak santek. oke diam. part ketinggian aku tak suka nak diskusi. 

so...babai la pilot. i left u behind. tengok dari jauh jelah.

yang keempat..erm erm..cita cita saya nak jadi bini kepada orang kaya. peace yaw!
yang kelima..nak jumpa choi minho pastu cakap dengan dia oppa saranghae..bhahahahahaha..
gua da melalut. sape choi minho? ohh die yg selalu poke aku kat peshbuk .. lagilah mengarut. oke setop. 
yang keempat n kelima ni Una merepeks sajerr.

Now, cita cita dah berubah pulak. Berubah bukan sebab suka suka je nak ubah. Berubah kerana course, minat dan beberapa lagi faktor .. Sekarang sedang berusaha untuk mencapai angan angan untuk menjadi seorang jurutera kimia. Amin ya Allah..ya Robbi. 


nak tau ape tu kejuruteraan kimia? Kejuruteraan kimia ni satu profession yang mengaplikasikan subjek kimia, fizik dengan add math. so kasi mantap ini subjek wokeyh. Kemudian digunakan pula dalam proses penukaran bahan mentah atau kimia menjadi satu bahan yang ada value. selanjutnya ..pergilah kat mana mana website yang ada maklumat pasal chemical engineering ni heh.. sebab Una belum jadi engineer lagi.

Jangan jadi angan angan mat jenin dah lah ye. Hopefully, impian ni tercapai insyaAllah. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. So, kengkawan sepraktikum sekuliah,,jika ternampak Una main main ..tolong sepak , atau sepak atau kedua duanya sekali ye. 
Plis remind me. Una ada tanggungjawab yang besar. bukan beban tapi tanggungjawab. Hopefully jugak, result PSPM berganda ganda better daripada yang lepas. Plis makesure and ensure .



.......YA ALLAH KEPADA ENGKAU SAHAJA YANG AKU SEMBAH..DAN KEPADA ENGKAU SAHAJALAH AKU MINTA PERTOLONGAN......

14 Nov 2012

segmen gua nak topup!

Assalamualaikum :)

selesai baca doa akhir tahun :))

Tadi Una g jenjalan ke blog blog.. n then ternampak plak satu entry mengenai segmen gua nak topup. terasa nak joint lah pulek.. maklum lah ye.. cuti sem ni agak kering poket ini. tak lupa jugak elaun pun dah makan kering. so beware je nk guna duit ni. bajet burst bro..burst bro hehehe



tu diaa !!

kenapa join segmen ni? harharhar op cos lah.. sebab saya dah makin sengkek dan kering.. ;) btw aiya ..saya pakai hotlink! hehehehe eah lupe nak amik ati.. aiya lesung pipit mu menambat hatiku. hikhik! go johorean! 

sekian..saya yang shumel.



Assalamualaikum :)

Alhamdulillah..masih lagi kita merasa tahun baru dalam kalendar hijrah hari ini. syukran ya Allah.
Sudahkah anda anda semua membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Doa akhir tahun sepatutnya kita dah baca lepas asar tadi.. doa awal tahun pulak perlu kita baca lepas maghrib ni. 


Nah Una bagi..baca kay ; ))



Dah baca dah? Alhamdulillah. Dah masuk tahun yang baru..maksudnya segala amalan amalan kita yang lepas dah dilipat dengan rapi dan kemas. Dan satu lembaran baru akan digunakan bagi mengisi amalan amalan yang bakal kita lakukan insyaAllah. Semoga amalan amalan kita sebelum ni diterima dan diberkati. Semoga juga bermulanya tahun yang baru, lebih banyak lagi amal ibadah dan kebaikan yang akan kita lakukan. Kita tak tau bila ajal kita bukan? So..sentiasalah bersedia. 

Sekian. 
Assalamualaikum :)

Aduduhh..sedihnya hati ini.. Ikut plan awal, hari ni nak hangout dengan cik Nurin Lala , cik Nur Afika  , cik Nur Fatihah , cik Norazlin kite and tak lupa jugak pakcik Umarul Fuad yg sibuk nak ikut(suppose die study sebab die cuti study week).. tapi apa boleh buat kan.. kita hanya merancang..dan ayat seterusnya korang sambung lah sendiri..dah tau kan. uhukuhuk :((

Dah bagitau mum awal awal dah.. tiba tiba mum plan nak pegi Kelantan pulaks  dah. Katanya nak pergi esok..tak tau lah apa yang membuatkan mum Una tiba tiba nak Cuti Cuti Malaysia sebab Una tau mum bukan kaki jalan. Itu yang musykil sekarang ni.. Mungkin lepas dia baca kat surat khabar ada apa entah. terus nak pergi. Dak eksaited jugak tapi dalam masa yang sama, takut mum pilih hari yang sama dengan hari yang Una nak lepakzz dengan  diorangs tu. 

Yeahhhh!! dah gumbira sakan bila mum cakap nak pergi hari Khamis..kira tak clash lah dengan agenda kitorang. Tapi, my mum suddenly, unfortunately, all of sudden dan sebagainya , pagi tadi announce kat rakyat jelata rumah ni..yang cuti cuti malaysia kita ke kelantan akan bermula pada hari ini. okay, gelas yg Una pegang terus jatuh ke lantai dan berkecai....macam kat dalam drama melyu selalu tu

kuikuikui..takdelah sampai macam tu. propa je lebih..well well u know me

padanlah pagi pagi lagi ayah dah siap siap nak g servis kereta ..mula mula rasa macam sedih jugak lah... planning baik punya.tapi tak dapat buat. takpelah kan. lama lagi kat kluang ni. diorang pon lambat lagi nak masuk sem 2.. next time kita plan betul betul.make sure kali ni kita dapat jumpa. rindu korang gila babeng tau tak. hohoho

and nasib baik jugak..most of us ada hal. biaselah cuti sekolah ni..parents pon banyak planning untuk kite. nak pegi sanelah nak pegi situlah.. well.cuti cuti sem ni kie suppose habiskan masa dengan keluarga tercinta. dah balik matrik/u nanti terrindu rindu pulak . 

nevermind la bestie sekalian.. insyaAllah kita jumpe nanti. :)) sayang rindu korang macam suka lagu cinta ( sila google translate)

Kelantan..here I COME!! GOMO KELATE GOMO 


13 Nov 2012

Assalamualaikum.. :)

Macam mana nak mulakan entry bila hati tengah sedih? Perlu ke Husna upload gambar sebagai bukti yang hati ini sedang berdukalara...ohohoho..tak perlulah..

Ye..Husna sangat sedih..sedih sangat.. Sedih disebabkan diri sendiri. Diri sendiri yang terlampau lalai jaga hati orang lain. Diri sendiri yang tau nak lepaskan marah je..padahal dalam masa yang sama..hati orang lain tercarik.. Kenapa Husna lupa pasal semua ini? Why should I?? 

And now..u deserve it. padan muka adoi..





my dear friend..do u remember? masa tu kelas amali, first experiment kita. i lend u my shoulders for u to cry.. then, kau peluk aku dan kau nangis kat bahu aku sampai blusher kau berbekas kat lab coat aku.. aku sentap jugak..tapi takpe aku basuh . nasib baik hilang.. aku tak marah..sebab aku tau tengah takut masa tu. nevermind i'll be there for u..thats what friends are for right? 

my dear friend..do u remember? kita selalu lepaking lepaking sesama. Dengan buddies kite semua tu. Asal ada event je, mesti kite duduk same same. 6 orang tu melekat je. tak pernah nye duduk dengan roomates masing2. sampai aku rasa aku dengan roomates aku tak ngam.. sebab kite banyak habiskan masa same same . sape datang awal, mesti die copkan tempat dulu. selalunya kau lah yang jadi mangsa..;) sebab kau lincah..

my dear friend..do u remember? masa tu bulan puasa..kau kol aku banyak kali ..tapi aku tak perasan..and then aku kol kau balik. kau cakap...mama kau ada bagi kurma lebih dan kau berhajat nak bagi aku . kau tau tak? sebenarnya aku sangat sangat terharu. jujurnya, aku tak berapa suka makan kurma. since kurma tu datangnya dari seorang kawan..aku terus jatuh minat gedebak gedebuk kat buah kurma. Setiap kali nak sahur and setiap kali nak buka, mesti aku makan. Bila dah nak dekat raya, kurma tu tak habis lagi..aku bawak balik rumah. Pastu mak aku campurkan dengan kurma kurma yang ada kat rumah , aku jadi sedih. Aku dah tak cam mana satu kurma yg kau bagi. Aku appreciate sangat kurma yang kau bagi..memang aku akan ingat sampai bila bila sahabat. 

my dear friend..do u remember? kau selalu citer pasal bf kau kat aku. at first, aku tak kisah..sebab aku faham ..bf kau jauh nun merantau.jarang dapat jumpa..aku faham ..faham sangat. sebab tu aku tak kisah kau nak citer banyak kali pon pasal dia. tapi...aku manusia ..aku jadi rimas. sebab tu kadang2 aku avoid kau..aku mintak maaf.. suppose aku jujur dengan kau. tapi aku takut kau kecik hati. tapi aku tak sedar yang sebenarnya, bila aku avoid kau..lagilah kau terasa hati. sori beb!

my dear friend.. do u remember? kau ajak aku stay rumah kau. aku beriya iya nak. and then kau, family kau layan aku baik sangat.. mama kau siap basuhkan baju lagi. aku jadi malu. aku dahlah tetamu, mama kau pulak yang kene kerah peluh basuh baju aku sekali. terima kasih sangat sangat.. kau ajak aku jalan jalan.. jalan sana jalan sini. sampai aku naik lenguh. pinjam kan baju kau.. nasib baik saiz kite lebih kurang. siap kite dapat title KEMBAR lagi. tokojod jugak aku..tang mana yang nampak macam kembar.. tengok saiz lettew. oshhhh sensitip aku.. pastu kite buat assignment same same. aku dapat  kenal family kau. kau siap jadi driver lagi.. kalau nak tau sebenarnya aku pening jugak.sebab kau drive laju sangat. huhu.. takpe takpe.. entah entah bila aku drive pon, org sebelah akan rasa benda yang sama kan??

my dear friend..do u remember? kau selalu ejek aku dengan irfan. letih dah aku marah kau..jangan ejek aku lagi.  aku tak suka. mana tau irfan terdengar pastu nanti aku yang malu sendiri. tak ke naya..bukan kau sorang je..semua yg ejek aku marah..enough la. actually, takde niat pon nak marah.. as human being.. kita mesti ada rase rimas bila orang suka ejek ejek kita kan. 

my dear friend.. tak lama lepas tu, kita jadi renggang.. renggang dan renggang.. dan sekarang semakin renggang.. aku sedih sangat. aku mintak maaf beb. kitorang tau kitorang salah. but why are u acting like that? ooh..maybe kau memang dah buang habis kitorang dalam diri kau.. 

yaa we know. we admit..as friends, kalau nak tegur perangai antara kita ni,kite suppose cakap depan depan..bincang leklok. tapi kitorang gune care salah dengan cakap belakang pasal kau. Kitorang bukan tak nak cakap..kitorang nak cakap..tapi kitorang tau..ada je benda yang kau nak betah nanti. 

kitorang bukan tak cuba untuk paham kau.. we are trying.. even geram dengan perangai kau pun, kitorang still kawan dengan kau macam biase.. layan kau macam biase. and hoping someday u realise it by u'r own. tapi...rupanya kau avoid kitorang. 

aku sayang kau tau tak. dengan kau aku tak malu nak cerita itu ini. dan aku tau kau pon macam tu kan. aku mintak maaf sangat sangat beb! u are such a gud fren for me. aku je yg tak loyal dengan kawan sendiri. aku sayang sangat friendship kite berenam ni. baru berapa bulan tapi kita rapat macam dah 10 tahun kenal. i hve no idea why is this thing happen. beb, kalau masa tu boleh putar.... kalau lah.. hakikatnya memang tak lah.. 

i really next sem, kite masih same2 lagi. pergi kelas same2..pergi makan same2..study same2... gosip same2.. gelak2 same..i really hope that. dan aku doa semoga Allah bukakan pintu hati kau untuk maafkan kitorang.. and same same genggam 4 FLAT.. ! aku tak de masa nak bergaduh segala bagai. and i know so do u right. Semoga persahabatan kita kembali jernih. aku sayang korang semua tau..ingat tu!!

dicurik dengan selambenye.**

10 Nov 2012

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

blog kembali hidup setelah tak berapa nak bernyawa. malam ni adalah malam terakhir before kami kami semua akan cuti panjang setelah habis semester 1. cuti panjang ke?? 2 minggu..okelahh baiklah..

Alhamdulillah..everything is done. Final exam?
Alhamdulillah..ada yang husna boleh buat...ada jugak yang menggelabah nak mencari jawapan. Tapi yang paling Husna sentap masa nak jawab paper Fizik paper 1. 

Makaihh susah nak gilerr boleh tak. Husna rasa sume formula yang Husna guna untuk soalan soalan tu sume tak boleh nak apply. Sangkut, sangkut dan sangkut. Dah lah satu jam je..terkencet kencet jugak aku kat situ kang..

copp! even dah habis final exam, kitorang masih stuck di matrik lagi sebab MUET sedang menghantui kitorang di kala, waktu dan ketika ini. And supposely, tonight i have to read a lot books to gain as much as idioms, keywords points and bla bla bla ..so esok takdelah yang tetiba muntah sampai keluar hijau hijau kat dewan tu kan kan kan.. hohoho

okelah setop sini..konon konon nak bukak buk tunjuk rajin depan roomate sebelum esok masing maisng balik ke rumah masing masing.. adiossss