8 Jul 2012

Kemalasan

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah 
Lagi Maha Pengasih

Sangat jelas ye disini bahawa kemalasan yang melanda diri aku sekarang ni berada pada tahap maksimum. Ya Allah!!! Tak taulah kenapa satu hari ni rasa malas je nak buat assignment. Padahal kat atas meja tu dah bertingkat tingkat assignment yang tengah tunggu giliran untuk di settle kan. Ape kena dengan aku ni?? ( sambil menghentak hentakkan kepala kat dinding )

Nak kata tengah tension..takdelah tension mane sebab tengah hari cuti kan. Memang banyak buang masa lah dari buat kerja. Lainlah kalau hari hari kuliah. Ketensionannya memang payah la den nak cerito. Pergi kelas pagi pagi , semangat bukan main lagi. Sampai makmal/bilik tuto/ dewan kuliah tension tu mesti datang balik. Ada je keje yang tak siap. Memang bersusunlah bebudak tengah siapkan kerja. Tak lain tak bukan, meng "copy paste" keje orang lain. HEHEHE :DD. biase lettew kan.

Jujur punye cakap, life kat matrik memang sesak der!.. Pandai pandai lah kita nak uruskan macam mana. Sakit kepala tu adalah perkara biasa buat kitorang. Jalan yang terbaik ialah TIDUR. Bila tidur, kerja tak siap. So, get ready lah pagi pagi nak kena bangun setelkan semua tu. Kalau sempat, sempatlah. Tak sempat...lantak kaulah belalang. Gituuu..

Pernah satu hari tu, dah berdenyut2 kepala.. urut urut la sikit. Tegang tegangkan rambut. HAMIK KAU! Segenggam rambut gugur...sedih titeww. Yelah dulu kat sekolah, semua cikgu suap. Sampai sini, semua kena buat sendiri. Agak terkedek kedek jugaklah. Bila dan tension, kalau boleh hari hari nak kol IBU ku tercinta!. Bila dengar suara dia, hilang semua stress2 sume tu. Daripada negatip terus transfer ke positip. Ecehhh..rindu senanye. hikhikhik tersipu malu. 

Okaylah beb. Mood nak buat assignment tetibe je datang balik. Izinkan hamba logout dulu yer. Adiosssss

7 Jul 2012

Solemnization of my sis

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih

Wah tak sangka Una dah abang ipar rupanya. Alhamdulillah , akhirnya kakak Una yang first. SITI SALWA SARINGAT sudahpun menjadi yang sah buat ILIAS AMONODIN , 30 Jun haritu. Pukul berapa? Yang tu Una tak pasti. Dugaan demi dugaan yang kakak Una lalui..walaupun dari segi luaran kakak nampak macam tak kuat. Hakikatnya, kakak sangat kuat!


Simple je. Sesuai dengan temanya , simple. Bila orang tanya, tema apa? Simple je.. Macam mana? Simple je.... Tercapai juga hasrat mak dan ayahku untuk ada menantu tahun ni. Jelas sangat ayah dengan mak gembira dengan perkahwinan kakak. Majlis pernikahan ni agak meriah walaupun dijangkakan akan berjalan secara simple. Sebab, ini first wedding dalam family Una. Plus, sedara mara dah lama tak buat kerja kawin.Tu yang tahap keterujaan masing masing terover limit tu.. Eh eh ye ke? Huhuhu..

Lepas akad nikah tu, seperti biasalah aktiviti WAJIB kami sedara mare.. amik gambo le ape lagi. Sejujurnya, pose kami sedara mara telah menyebabkan populariti sang pengantin malam tu tenggelam, wakaka. eah..pedulik apa orang nak cakap. Diorang tu semua pon sebenarnya nak amik gambo jugak.. Korang segan kan.. tau dah..


Seperti biasa Una dengan kakak yang lagi sorang ni..memang kuat melaram. Maka wajah wajah kami adalah wajah yang WAJIB ada dalam setiap DSLR yang ada haritu ngehngehngeh.

Gambar di atas di curik kat fesbuk kak Zila , main camera yang amik gambo malam tu. 

Takat ni dulu yang Una sempat nak cerita. Keje banyak sangat , ni pun curik waktu belajar. Kay bai. :DD

6 Jul 2012

Update

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah 
Lagi Maha Pengasih

Wahhh lama betul Una tak update blog. Biaselah.. daripada first day jejakkan kaki kat bumi KMNS ni, 'kebizian' yang melanda sampai tahap maha karya cinta. Setiap satu saat itu sangat sangat sangat berharga buat kitorang. Rasanya bukan student KMNS je yang macam ni. Student matrik matrik lain pun rasa apa yang Una rasa sekarang ni. Stress kat sini 2,3 macam rasanya. Tak tau nak terjemahkan macam mana. Sampai satu tahap Una tarik tarik rambut (bila stress , kegilaan pun datang dengan sendirinya..) adalah dalam sejemput rambut yang dah loose akarnya. Perhaps, terlampau banyak sangat benda yang nak kene pikir. Ecehhhh yok'o je aku ni **.

First day kat sini bersamaan dengan hari pendaftaran, op coslah cuak kebebeh kan. Mungkin pada orang lain , no problemoo gitu.. tapi TIDAK pada Una. B'coz, Una tak pernah keluar dari JB, means Una tak pernah ada pengalaman " hidup " kat negeri orang. Yes, benda ni memang satu keterujaan buat Una. Tapi takdelah tunjuk sangat yang kite ni eksaited benor nak duduk sini. Everything is under control..Lagipun Kuala Pilah ni takde ape yg spesel pun. Yang itu Una dah sedia maklum lah. Sebab ramai senior2 yang dah informkan kat Una ciri2 Kuala Pilah yang sebenarnya. Ngeh ngeh ngeh. No comment lah. :DD

Seminggu berorientasi, sikit pun Una tak ingat nak amik gambo. Jelas lah di sini bahawa kebizian yang melanda benar benar menyekat nawaitu dan hawa nafsuku untuk berangan angan. Hoho
Each of us akan dapat 2 helai baju KOKO warna hijau dan biru dan sehelai tudung nipis dan jarang berwarna peach utk student2 perempuan tanpa mengira bangsa. Untuk student non muslim, diorang kene guna tudung tu as their skarf. Sukahati diorang lah nak lilit kat tepi leher ke, buat reben kat kolar baju ke.. sukahati kau lah nak oi. For muslim, kena pakai tudung tu for a week. Siang malam. Imagine berapa banyak molecule2 kotor yang melekat pada baju dan tudung yang kami pakai selama seminggu berturut turut ? Tu belum cakap pasal bau lagi. Ermmmmm xoxo..
Wangi ke busuk ke, tu semua belakang kira. Kalau rasa sempat, Una basuh la kejap malam tu. Esok paginya dah kering. Kat sini cepat kering, sebab cuaca kat sini panas.

Dalam orentasi tu , kitorang ada Kumpulan sendiri, di mana ahli2 kumpulan itu juga merupakan ahli2 praktikum kita, Praktikum tu adalah kelas ye.. ** First first tu, masing masing cover seboleh yang mungkin. Yelah. baru lagikan... semua malu malu arh.. Sekarang ni pulak, tetibe je rasa malu tu hilang. Ye tak kawan kawan? Hahahahhaa..

Erm.. benti dulu arh.. Sambung kemudian kay. Una nak solat zohor and then siap siap untuk ke library. Banyak assignment woo.. Lemah semua nerve nerve yang ada ni. Baiiiiiiiiiiiii