14 Aug 2012

Preparation raya atau kawin?

Assalamualaikum : )

Yaw beb.. masa untuk meng update blog. I'ts been quite long sampai rumah sebenarnye..since jumaat malam lepas. Tapi baru hari ni berkesempatan untuk luangkan lebih masa kat sini. Well, raya nak dekat dah kan..so banyak preparation kene buat. So..bizi sikit lah. At the same time..bizi juga untuk buat preparation sebab ahli keluarga nak bertambah tak lama lagi. Rezeki mak ayah dapat dua orang menantu sekaligus tahun ni. Tapi jumlah wang yang banyaaak dikeluarkan sekaligus juga dalam tahun ni. Apa nak buat.. zaman makin lama makin moden..of koslah lebih banyak duit yang bakal dikeluarkan.. belum tau lagi zaman aku macam mana nanti..oh dunia..

Bila tengok abang dengan kakak memang sesak habis bila cerita soal duit sejak sejak nak kawin ni..seriau aku dibuatnya. Mak ayah nak tak nak kenalah bantu jugak.. Kahwin memang memerlukan kos yang tinggi. Sesederhana mana pun yang kita nak buat , jumlah duit tu mesti tinggi jugak.. Kadang kadang sampai terpaksa meminjam. Pinjam dengan mak ayah dah tentu tentu la. Pinjam dengan bank.. pinjam dengan sedara mara.. elak pinjam dengan along sudah lah.. 

Based pada title entry ni..macam aku pulak yang nak kawin kan? haha mestilah tak.. tapi ade ke sesape yang tak nak kawin kan.. Tapi insyaAllah bila kene turn aku nanti.. aku akan make sure yang diri aku dah complete segala bagai. Maksud aku, aku dah ada kerja tetap serta gaji yang stabil, yang mana segala kos perkahwinan tak perlu lagi mak ayah susah susah nak cari.. mak ayah tinggal duduk lenggang kangkung je. Selain tu, time tu aku mesti dah ada rumah.. dah ada kereta ..bersedia fizikal menta emosi dan segala galanyalah..and last but not least.. the best, handsoooome, great iman , worthy future husband. muehehehe.. 

Imaginasi tinggi tak aku ni?? kihkihkih.. Itu semua sebagai target aku.. Taknaklah..baru habis belajar terus gatai nak menikah..kerja pon belum tentu dapat lagi ye tak? Ini target aku.. InsyaAllah..kalau kita bersungguh sungguh mesti Allah bentangkan jalannya.. kan.. 

Preparation raya? Erm..rasanya tahun ni sambut gitu gitu je kot.. malas lah nak eksaited bebenor.. Baju raya aku pon lom siap lagi ni hah.. preparation lebih kepada majlis perkahwinan tu nanti. Yang itu pulak aku tak sure sama ada aku boleh balik ke tak. Tak pun , aku buat surprise.. Cakap ngn mak tak nak balik..tapi tetiba malam tu aku dah ada kat rumah.. SURPRISEEE.! Erkkk..

Tapi raya kali ni abang aku yang kat study kat Mesir tu balik ..so gembira la sikit sebab semua dah complete..YEAYYYY

ni hah orangnye.. 

okaylah..bosan pulak aku menaip sorang sorang pastu syok sendiri.. 
sementara tunggu waktu berbuka layan dulu citer horey horey.. kbai :)

5 Aug 2012

TANDA TANDA TAHAP KEBOSANAN DALAM KULIAH SEMAKIN MENINGKAT

Assalamualaikum.


Huhu..agak penat bila seharian terkurung dalam bilik, duduk atas kerusi yang tiada langsung ciri ciri keempukannya.. dan yang paling penting mengadap lambakan kertas dan buku revision. Semua ini gara gara UPS 1 bermula hari Selasa - Khamis. Lepas tu tunggu hari Jumaat and then B.A.L.I.K...
hoho.. frankly..tak sabar gile kot nak balik. Dan bila dengar lagu raya kat radio rasa macam nak tumbuk2 je muka dj radio tu sebab putarkan lagu raya. Aku tension tahu ke tidokk? hohoo.. Tension lorh..bila dengar je lagu raya, maka secara sendirinya , akan ikut sama menyanyi lagu raya... effectnya..aku takleh bagi kefokusan yang penuh ..ecehhh..

Sekarang ni nak lepak lepak jap..mengadap blog tercinte pule.. tetibe datang idea nak cerita pasal tanda tanda aku mula bosan dalam dewan kuliah. hikhikhik.. macam serabai kan org pompuan pon boleh nak bosan bosan dalam DK. erm hello.. i am human being.. itu semua natural attitude kan.. okay jum setat.

PERTAMA

Mula menguap nguap seberapa banyak yang mungkin. 

ala tomey tomey!
..tolonglah anggap baby ni aku (begging..muehehe)
Adatlah..bila kita dah lama sangat dalam DK, mula mula memanglah kita pandang projector dengan muka lecturer..pastu pandang jam pulak pastu pandang pintu je dah.pastu haa ni yang bes..tiba tiba dunia menjadi gelap gelita ..suara lecturer yg tadinya macam petir , sayup sayup hilang.. ehh dah tidur rupanya ! Tapi aku tak pernahlah sampai tertidur dalam DK tu. Paling 'violent' pon aku dah pekakkan telinga. Kalau dengar sekalipun tak masuk otak punyelah. Bila dah mengantuk tu..aku akan tahan sedaya upaya aku..biar sampai keluar banyak mana pun air mata sebab menahan ngantuk.. Biar la mata tu sampai juling juling..tengok lecturer pon tibe tibe ada dua.. no no no..takleh tidur. Selalu yang menjadi mangsa upahan aku untuk make sure aku tak tidur ialah orang yang berada di kanan dan kiri aku. Tak lupa, orang yang duduk kat belakang aku. Function sahabat sahabat di kiri dan kanan aku ialah..tukang menepuk belakang badan aku.. Function sahabat kat belakang tu pulak ialah menendang kerusi aku dari belakang so aku akan cepat2 tersedar. Gituuu.. 
Selalunya yang duduk belakang aku budak laki, so bila diorang tendang tu bagi effect jugaklah kat aku. huhu

KEDUA

Keluarkan senjata utama.

gula gula wajib yang ayah akan beli bila balik dari tadika dulu..
SAYANG AYAHHHH!!

Senjata utama? Haishh macam belajar berperang pulak. Senjata utama student2 untuk menahan ngantuk ialah cik manis GULA GULA. Setiap kali pergi kelas memang aku akan bawak sebanyak mungkin gula gula sebagai bekalan untuk hilangkan kengantukan yang bakal melanda. Satu kuliah kadang sampai 3 kali makan gula gula. Tu baru satu kuliah, belum 3 kali kuliah. Kalau satu kuliah tu sampai 2 jam..double la aku makan kan.. Belum masuk lagi, tangan tangan yang meminta tu.. sebab korang comel,,aku pon bagilah.. So, bila aku dah pegang beg dan buka zip beg serta menunjukkan aksi aksi macam nak amik sesuatu, faham faham jelah kan..hikhikhik.

KETIGA

Membuat muka huduh dan mem' bebling ' kan bibir shekshi ku.. 

Korang tau tak apa itu bebling? Ala yang kat AF tu selalu ada cikgu yang ajar bebling.. haa.. tau dah? Kalau tak buat bende bebling tu, aku akan memuncungkan bibir sebijik sejibik macam bibir angelina jolie. Diselang selikan dengan riak riak muka yang huduh menandakan " cikgu saya tak paham!!!! " Nak je aku jerit biar satu kuliah dengar.. pakal je ade Irfan hensem kat depan nun..malu la titew nanti. bhahahaha.. Ingatkan aku sorang je yang tebiat cenggitu..rupanya adelah sorang cik kak tu pun same bila mengantuk atau tak paham akan mem 'bebling' kan bibirnya.. Wawa Dandan Lala Taktak gitu...haa aku je sorang yang paham. 

KEEMPAT

Menggerak gerakkan meja DK yang hidup segan mati tak mau seperti seorang budak kecik yang comel. Eah..berkait eah dua bende tu?? 

Ye..yang ni paling aku suke.. Since meja DK tu macam nak jadi hape..better aku jahanam kan. WUARGHHHHH. ala ala gangster pilah tau. Haishh..takdelah..aku takdelah sampai ada niat nak jahanamkan harta kerajaan tu.. dah tu je yg aku boleh buat untuk tahan mengantukkan..  *macam tak de cara lain je.. :) eahh sukatileww. 

KELIMA

Duduk diam seribu bahasa. Sambil dalam hati beristighfar dan berzikir.** Yang ni yang paling solehah la..

waaa macam nak rebus je budak ni. makan budak makan budak!
Hoho..yang ni maksudnya dah blur sangatlah tu.. bila 'tak paham plus mengantuk' , terhegeh hegeh nak lekat kat aku kan.. all i able to do is be silenced and remember Allah. istighfar sebanyak yang mungkin dan mohon dijauhkan dari gangguan syaitonn yang yang direjam. Jangan nak jeles sangat boleh tak setan? 

Sekian dulu dari saya Husna Hazimah Saringat. Ini sahaja yang mampu saya corat coretkan selepas penat memerah otak seperti memerah santan . Jemput makan lolipop. Ops.. bulan puasa okay.! btw, yang kat bawah ni bukan lolipop, ini adalah batu batu azimat kecil berwarna warni yang dijumpai di lombong emas depan block b 2 kot.. Dikatakan harga seketul batu ini bersamaan dengan bayaran broadband celcom selama sebulan. sekian. 


3 Aug 2012

Perasaan Suka dan Disukai?


Assalamualaikum.


Suka dan disukai..itu fitrah semulajadi manusia kan.. kita tak boleh lari dari mempunyai perasaan tu. Kita mungkin mampu untuk mengelak dari mempunyai hubungan cinta dengan seseorang tetapi tidak untuk mempunyai rasa suka kepada seseorang. Termasuk jugak aku kerana sudah jelas dan nyata aku ini manusia. Maka sewajarnya aku punyai perasaan sedemikian.

Biar aku nyatakan ' suka ' bukan ' cinta ' kerana pada aku dalam usia lingkungan aku, perasaan yang ada bukan di atas nama ' cinta '. Tetapi atas nama ' suka '. Cinta hanya untuk si DIA yang benar benar sah untuk kita.

Sejujurnya, pengalaman yang lalu buatkan aku rasa susah untuk meletakkan title ' suka ' kepada seseorang. Biarlah aku sepi seketika dalam dunia fantasi cinta monyet ini. Malas untuk memberi ruang dalam otak aku untuk berfikir soal cinta monyet yang belum pasti menjadi hak kita. Tambah tambah kat KMNS memang tak ada sikit masa pun yang terluang , yang boleh kita habiskan masa untuk fikir soal tu. Bagi aku lah.. bagi orang lain aku tak tau. Malangnya aku tak boleh lari dari perasaan itu. Tapi perasaan yang ada ini tidaklah sampai ke tahap lautan api sanggup ku renangi, ombak badai sanggup kuredah..bla bla bla..

Pada awalnya tahap keberkenanan aku pada dia hanyalah biasa biasa saje. Well, orang hensem, muka suci je sape yang tak minatkan.. Dan yang paling penting bukan aku sorang saje yg jatuh minat pada dia. Classmate, roomate, roomate kepada classmate ramai lagilah. Boleh dikatakan dia menjadi topik perbualan hangat para pelajar perempuan KMNS. Seramai mane yang itu aku tak tau. Dan aku dengan bestieees ku tidak terkecuali dalam soal ini. Tambah tambah dia sekuliah dengan aku.

Awal awal lagi aku dah bagitau member2 aku yang minat aku pada dia hanyalah biasa saje. Tu pun sebab dia ada rupa. Bukannya tangkap cintan baik punya. Setiap kali kami terserempak, kawan kawan aku yang sangat dihormati lagi disayangi mulalah mulakan modus operandi diorang untuk kenekan aku. Kadang kadang fedup jugak. Tapi gurauan kan..layankan je lah..

Disebabkan mereka terlampau kerap usik aku, aku jadi lali dengan semua tu. Takut jugak hati ni betul betul jatuh minat pada dia. Janganlah macam tu duhai hati.. Betulkan niat kau kat sini husna. Ini tempat belajar bukan bercinta. Bimbang jugak dia perasan yang ada 'peminat' dia dalam kalangan geng aku. Risau dia fikir yang bukan bukan.

Cukuplah untuk hari ini. Masa untuk berhenti dan fikir untuk masa hadapan. Adios~