26 Apr 2012

Oh Pro dan Kontra

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih

Secara simplenya, Pra-Universiti = Tamhidi = Asasi = Foundation = Matrikulasi = Form 6. Most of them adalah A level yang kita mungkin tak boleh guna langsung untuk dapatkan pekerjaan. So, macam mana nak bezakan antara mereka semua? Senang je:

MATRIX
1.Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
4.Subject yang compact dan pembelajaran yang laju (Contra)
5.Kurang praktikal (Contra)
6.Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
7.Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
8.Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

ASASI/FOUNDATION
1.Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
4.Kurang praktikal (Contra)
5.Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
6.Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
7.Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

DIPLOMA
1.Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
2.Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
3.Lebih peluang kerja - Matrik + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
4.Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
5.Pembelajaran lebih relax. (Pro)
6.Mungkin melekakan. (Contra) (mende ni leh jdi Super Contra kalo kome leh pikir psal 'dunia so sial' kat Malaysia ni camne)
7.Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.

TAHMIDI (USIM shj)
1.Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Tapi ianya sama macam matrikulasi dan asasi. Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
2.Perlu power bahasa arab.

FORM6
1.Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
2.Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
3.Kalo score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure boleh masuk apa course sains yang korang nak. (Super Pro)
4.Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure sayang korang. (Super Pro)
5.STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
6.STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
7.STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).

SIJIL
1.Pra- U (Contra)
2.Sijil boleh di gunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
3.Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
4.Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.

25 Apr 2012

Oh Matrikulasi

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih

Malam ni asal ntah aku ni tetiba jadi kepoh tak tentu pasal. Dari semalam lagi dah berdebor debor jantungku ini. Dan alhamdulillah...


 Yang dinanti nantikan. Tapi, kepelikan di sini ye. I tak mohon Negeri Sembilan pun, bagaimana, mengapa dan macam mana boleh lari ke KMNS ni.. Pelik tak pelik tak? Nampak sangat kan dia main letak jeee. Hurmm tak kisahlah.. yang penting dapat kan..

Tetapi, sangat sedih ye di sini. Kerana, pendaftarannya ialah pada 28 Mei , dan mengikut perancangan keluarga, kakak sulung ku bakal bernikah 30 Mei. Wuarghhhhhhhh kompem tak dapat balik. Mana sadis wehh T______T

Ape pun, aku tak terus decide nak pergi, sebab nak tunggu keputusan UPU dulu. Kot kot tersangkut mana maan yang berkenan, aku akan pertimbangkan lah. Series, memang kena buat solat istikharah satu hari nanti.
U guys, plis pray for me okayyy Adiosssss

24 Apr 2012

Oh Matrikulasi

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah 
Lagi Maha Pengasih

Dari semalam sebenarnya hatiku ini berdebar debar nak tau keputusan kemasukan Matrikulasi untuk sesi 2012/2013. Bangun pagi terus je rasa kelam kabut tak tentu pasal. Saje lambat lambat online , takut line bizi. Maklum lah, beribu riban lagi yang nak check jugak.. Nak cek guna SMS, kedit pulak dah cecah 0.00 hahaii
Las las bukak laman web matrik, yang keluar benda ni hah..





Eh, sakit pulak hati kite ni. Berfeluh feluh tunggu. Takpe takpe..mungkin terlamapau ramai yang semak, macam gini la jadinya.. Nanti den torai , torai dan torai lagi okayy. Adiosss