Assalamualaikum :)
Tiba tiba datang mood nak berceloteh lepas terharu dapat mesej dari Nina.. Serius..mesej tu buat aku mengalir air mata..bukan gadoh wokay! Tiba tiba dan tiba tiba je rasa macam bersyukur sangat. Ya Allah..Ya Robbi Ya Karim.. Kepadamu saja aku sembah dan kepadamu saja aku minta pertolongan. Aku bersyukur atas tiap tiap sesuatu yang berlaku kerana itu adalah ketentuanMU.
Ya Allah..ya tuhanku.. Andai satu hari nanti.. nyawa ini sudah tiada di dalam jasad.. khabarkan pada mereka semua yang di sekelilingku.. bahawa aku sangat menyayangi mereka. Bisikkan pada telinga mereka, bahawa mereka sentiasa di dalam ingatanku, di dalam setiap doaku.. Aku tidak mahu jauh dari mereka..mereka adalah sebahagian dari kekuatanku.. Setiap aku ketawa, aku masih mahu mereka ketawa bersamaku. Setiap aku menangis..aku masih mahu mereka datang memujukku. Setiap aku marah..aku masih mahu mereka berada di sebelahku..menenangkanku. Biarkan setiap suka dan duka , kami bersama.. berjalan di atas jalan yang sama. Berlari di atas litar yang sama.. berlawan di dalam gelanggang yang sama.. bersujud kepadaMU di dalam rumahMU yang suci bersama.. mensyukuri nikmatMu bersama sama.
Jauhkan kami dari kealpaan, jauhkan kami dari mainan duniawi .. tanamkan dalam diri setiap antara kami rasa cinta yang menebal terhadap ibu bapa kami, keluarga kami, agama kami, para nabi dan rasul dan juga kepadaMU YA ALLAH! Andai satu hari nanti, KAU berikan kejayaan kepada kami..biarkan kami berjaya bersama..Andai satu hari nanti, KAU duga kami dengan kegagalan..jauhkan kami dari putus asa dan bisikan syaitan.. Andai satu hari nanti, kami masih bersama..KAU kuatkanlah ukhuwah kami ..Andai satu hari nanti , kami terpisah..KAU lindungilah mereka walau dimana mereka berada..berkatilah setiap apa yang mereka lakukan..
No comments:
Post a Comment