Assalamualaikum :)
Hai semuaaaaa :) Its not too late rasanya kalau sekarang ni Husna nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013.. ala baru 4 hari bulan kan..okay lah tu. Cepat betul masa berlalu.. Tak sangka dah masuk ke alam belasan yang terakhir even lamaaaaa lagi nak official 19 haha..baru 18..beri diriku masa merasai alam 18 dulu..hihi
By the way..hari ni birthday kakak husna..so i am gladly wishing u Marina Nafisah Saringat Happy Birthday yang ke 21 tahun..semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati dan memberkati setiap satu perjalanan hidup kak ina okay . Jujur ni..walau pun asal balik rumah je kite mesti bertekak..hakikatnya bila berjauhan ada rasa rindu kat dalam sudut hati ini...aisehhhh,,
So..bila masuk tahun baru je..first thing yang orang akan tanye mesti..apa azam kau?? Aduyaiii boring la beb..azam banyak banyak kalau satu pun tak tercapai ..hampeh je. Better kita setelkan dulu mana mana azam kita yang tak tercapai sebelum ni, make it true for this year...kan? Lagi elok kalau cenggitu..hermmm well sepanjang tahun 2012 rasanya banyak pengalaman pahit manis masam masin payau 3 in 1 yang Husna rasa. Kalau yang manis boleh lekat kat kepala otak ni..yang pahit apetah lagi.. Frankly , 2012 teach me a lot on how to become a person and how to know the real of a person.
Januari- Awal tahun 2012 dihabiskan dengan membuang masa di rumah..menjadi penganggur yang setia menunggu tawaran belajar dan menghabiskan duit parents. Ditambah juga dengan membina badan.. Menjadi maid tak bergaji merupakan rutin harian ku.. Skill memasak aku buktikan ...walaupun selama ni kebolehan Husna memasak di belasah habis habisan oleh abang abang dan kakak kakak yang suka membuli adiknya yang comel ini.. ( jangan nak poyo ).
Februari- Kehilangan nenek yang tersayang.. Kitorang satu family semua panggil nenek dengan panggilan Mak Wo atau yang sebenarnya orang kampung panggil Mak Tua..dah kitorang ni semuanya manja manja gitu..pelat2 kan sikit lidah tu..lekatlah nama Mak Wo.. bukan makwe okay ! Sepak nak? okay gurauuuuuu. 7 Februari 2012..bersamaan birthday 3 orang kawan aku, Azidah, Shafiqah and Murtadha ..hari tu jugalah Mak Wo menghadap PENCIPTANYA. Sedihnya Ya Allah..Husna antara cucu yang rapat dengan Mak Wo. Tapi Husna puas..sebab Husna pernah jaga Mak Wo kat hospital..pernah mandikan Mak Wo even Mak Wo malu malu bila cucu dia nak mandikan..Suap Mak Wo makan..Pakaikan Mak Wo baju. pkaikan telekung bila nak solat..layan Mak Wo walaupun tak faham sangat apa yang Mak Wo cakap..At least Husna pernah buat perkara yang tak semua cucu nak rasa. Mak Wo sakit dah lah lama ..dari Husna sekolah rendah..sampai Husna dah habis sekolah. Satu perkara yang Husna tau tentang Mak Wo.. Mak Wo kuat..sangat kuat! Mak Wo pergilah..Husna tau Mak Wo dah penat dekat dunia ni..Mak Wo rehat kat sana ye..tunggu Husna.. Husna nak kat sisi Mak Wo sampai bila bila..( nangis )
Mac- Result SPM keluar..tak silap ar..aku pon tak ingat..yang penting around bulan Mac. Perasaan berdebar tak berapa nak rasa. Serious ..sebab aku tau result aku akan teruk..sebabnya aku lebih banyak bersukaria dari belajar masa form 5 dulu. Tak masuk kelas banyak kali, sibuk sangat nak kejar markah KOKO..bercinta bagai..whatever! Aku menyesalllllllllllll.............!! Tak guna dah kan.. sebab tu bila ada junior2 yang still keep in touch dan sedare mare yang bawah dari umur aku ..aku lagi suke tanya diorang pasal sekolah. tension eah? harharhar.. belajar lah betul2 yek..nanti menyesal macam aku ni haa...tak dapek nak buek apo laie.. redha jer ( ni bukan redha..ini pasghah). Alhamdulillah..keputusan seperti yang dijangka. Tak delah teruk mane..tapi agak malu arr dengan rakan sperjuangan yang lain. Dari UPSR bawak ke SPM bilangan A tu tak berubah.. Mak cakap mungkin ada cop 5 kat dahi aku. okay mak.
April- bulan ni aku banyak habiskan masa depan internet ( erm yolah..) dan ke pusat membeli belah untuk habiskan gaji mak ayah. seingat aku keputusan matrik keluar dalam bulan ni. Bila dapat tau aku dapat matrik..mak ayah cepat cepat suruh beli tu beli ni..sabor la..tunggu lah keputusan U keluar dulu. Bila UPU keluar..aku tak dapat mana2..padanlah muka aku. Mak ayah pun macam tau tau je aku tak dapat U.. Preparation bermula dari bulan ini..baik material, fizikal, rohani dan emosi.. yang tak best.my bestfriend cik Siti Nurain terpisah..die kat Tangkak while aku kat Nogori.. babai beybehh..
Mei- Its the time..well now i am Matric student..i have my own matric number..bla bla bla..parents hantar sampai bilik. tolong kemaskan sikit sikit. time diorang nak balik..diorang suruh hantar sampai tangga je...ayah cakap, kalau nak nangis sekarang ..jangan nangis kemudian..hakikatnya aku memang sedih..tapi air mata tak de nawaitu nak mengalir..buat pertama kali selain hari raya, ayah suruh cium pipi dia..sebak! nangis dalam hati..Nak uruskan diri sendiri? Tak de masalah..aku dah biasa duduk asrama..sedihh sebab jauh... dah lama sikit..lupa daratan balik. LOL jumpe kawan kawan baru yang dari tempat lain..seronok kenal diorang.. jumpe jugak dengan Nina Marliana..kawan lama yang dah lama tak jumpe..
Jun- Belajar, belajar dan belajar..tak ada kerja lain dah. Tahap ketensionan..tak berape sangat lah..
Julai- Belajar..sampai berbuih..hermmm bohong je. ketensionan mula menampakkan bayang. Call family, menangis..mintak izin nak keluar, Tapi kene REJECT,,DIRECT! mintak sekali lagi, mak ugut tak nak masukkan aku kat mana mana institusi pengajian.. okay.. tiba tiba..realise aku harapan mak ayah sekarang ni..dare u to ruin their dreams??
Ogos- Berpuasa di negeri orang..bestnyeeeeeee..hari pertama ramadhan bersahur pukul 6.50 pagi. Ku sangkakan 5.50..tengok luar dah terang benderang...bhahaha.. bersahur, berbuka dengan kawan kawan..syukurnya dapat rasa semua tu. dan exam mid sem selama seminggu..kritikal nya tak de study week. puasa kat dalam air con..sejukk..tido pon sedap.. alhamdulillah i think im doing it well..pastu cuti selama 2 minggu dan raya!!!!
September- Back to the college..belajar macam biasa. Result pon keluar...alhamdulillah..resultku bolehlah..tak teruk mana. Boleh senyum dengan lebar sebab dapat buktikan kat cikgu Chemistry..yang saya mampu buat Kimia.. bukan berlagak..terkejut jugak sebenarnya. Padahal bila time kuiz..ke laut. By the way..dalam bulan ini Husna dapat 2 orang ahli keluarga baru. Abang ipar dan kakak ipar. Welcome to our happy family abang Ilias and Kak Aida. :)
Oktober- Belajar kembali ..Tuto kuliah amali tuto kuliah amali..tidor.
November - Exam Sem 1.. penentu segalanya.. Jujur..aku study sampai takde selera nak makan..haha okay bole blah. Aku betul betul nak score for this time.
December- cuti sem selama 2 minggu sahaja.. dan kembali menjadi seorang student matrik yang skema. Result keluar.. walaweyh..cuak kebebeh.. alhamdulillah..even tak capai target..aku masih berad di paras selamat.. tapi kene tough sikit untuk sem 2.
Tamat untuk tahun 2012. bermulanya tahun 2013 maka bermulalah perjuangan hidup yang baru. Ya Allah hanya kepadaMU sahaja aku berserah..bimbinglah daku..pimpin daku ke jalan yang benar dan KAU redhai.
~ with love ~
No comments:
Post a Comment