9 Mar 2013

Saya lemah tapi saya kuat

Assalamualaikum :)

Beri saya sedikit ruang. Beri saya sedikit masa. Beri saya satu peluang. Dalam kejatuhan ni, saya perlukan masa untuk bangkit semula. Bangkit dari kegagalan. Bangkit dari satu satu dugaan . Dugaan yang datangnya tak kira masa. Saya tak tau berapa banyak lagi dugaan yang saya akan hadapi satu hari nanti. Dan saya tak tau betapa dalamnya dugaan itu hingga memerlukan saya untuk menelusuri dugaan itu semampu yang saya boleh. Yang saya tau, saya baru  lepas jatuh tadi. = ='

Saya bukan orang yang kuat. Saya tau diri saya tak sekuat Cik Bedah yang kerjayanya adalah angkat berat. Untuk mendokong seorang budak kecil yang mempunyai berat 20 kg sahaja saya mungkin saja akan mangalah, apatah lagi nak mengangkat besi yang berkilo kilo beratnya tu.. Walaupun 20 kg itu tak sampai setengah dari berat saya, walaupun pada pandangan orang lain 20 kg tu apalah sangat. Hakikatnya, saya tak suka dokong budak yang ada berat 20 kg. 20 kg bersamaan dengan berat saya darjah 2. Dah besar..kau jalan sendiri jelah nak dokong bagai pulak. Saya sedar diri saya tak sekuat tiger..kerana secara hakikinya saya seorang manusia. Mengapa perlu dipertikaikan kemampuan manusia dengan haiwan? Dah pasti setiap ciptaan Allah itu ada fungsinya yang tersendiri. Saya sedar apabila saya berada pada tahap yang selesa, saya sering kali terlalu selesa dengan keselesaan saya itu. Padahal nikmat selesa itu bila bila sahaja boleh ditarik kembali. Kerana kita manusia, hanya  meminjam. Dalam konteks ini, kita hanya mampu meminjam apa saja kepunyaan Allah. Kita tak boleh dan tak mungkin memiliki barang pinjaman itu.

Saya sedar diri saya lemah, lembik dan yang seumpama dengannya. Bila saya berdiri, baru ditolak sedikit , saya mungkin akan jatuh. Kerana saya lemah. Wanita insan yang lemah bukan? Wanita perlukan seseorang yang menjadi benteng pertahanan, kekuatan untuk dia. Erm..tiada kaitan. Mari abaikan. Saya tahu diri saya lemah, tapi kalau mengalah..adakah saya akan rasa kepuasan yang berpanjangan ? Tak..tidak..no...ect ect. Saya tak akan rasa puas. Saya hanya akan puas bila saya mampu menyelesaikannya dengan keringat saya sendiri. Sendiri.

Saya tak kuat. Saya lemah. Tapi saya boleh jadi kuatkan? Ya..saya akan jadi kuat. Saya mungkin tak berapa nak kuat..tapi saya boleh jadi kuat. Tiada yang mustahil. Apabila kita mahukan sesuatu, pasti akan ada jalannya. Ada.

Saya mengaku..saya buntu saya keliru saya tertekan. Saya tak tau jalan mana perlu saya lalui untuk mengelak dari terkena simbahan masalah. Realitinya, setiap jalan yang kita lalui dalam kehidupan ni tak akan sekali pun terlepas dari terkena masalah. Ikan pon ada masalah...lagi lagi ikan JOS. HAHAHAHA! stop.

Dugaan memang menyesakkan. Saya tak boleh lari. Saya perlu hadapi. Saya tidak suka lari daripada masalah. Jujur, saya akan cuba sedaya saya untuk selesaikan satu masalah itu. Putus asa? Tipu kalau tak pernah. Sampai bila nak putus asa? Masalah akan tergantung sampai bila bila. Dan kita? Akan rasa bersalah juga sampai bila bila.

Sila beritahu saya , kat mana saya perlu sorokkan segala yang saya hadapi tanpa seorang pun yang nampak? Sila beritahu saya, jalan penyelesaian yang saya perlu ambil satu persatu, secara lengkap ? Sila beritahu saya, jika diberikan dua pilihan yang sangat bernilai..mana satu yang lebih bernilai? Anda mungkin merasa benda yang sama, tapi kita berbeza. Penerimaan kita berlainan. Saya dah cakap tadi, saya jatuh. Kali ni saya jatuh berkali kali ganda. Saya perlukan masa untuk bangkit semula. Waktu yang berganda ganda. Secara lahiriahnya, orang akan nampak saya kuat, saya boleh hadapi tanpa sebarang keluhan. Walhal..saya tipu mereka. Saya tipu. Saya tipu. Saya propa. Saya kuat drama.

Cakaplah apa saja. Saya akan tangkis seboleh saya. Saya tak kuat, tapi saya belajar untuk jadi kuat. Hidup tidak boleh terlalu bergantung pada yang lain. Saya akan berdiri semula. Teguh, tegak..

" Bangkit bila ditolak jatuh bangkitlah semula .."

2 comments:

  1. salam singgah rabu..

    nota cinta: nanti rajin2 lah singgah blog js ye...dh msk dlm bloglist js dh....hihi

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. :) sedikit bizi buat masa ni..akan adakan jugak masa tu ye ..hehe

    ReplyDelete