Assalamualaikum
** Sebelum baca entry ni sila pause kan lagu di footer. Kalau tak , tak feeling **
Petang tadi lebih kurang pukul 3 , Husna dapat berita salah seorang kawan yang kondisinya memang sedia maklum lemah semakin kritikal. Kawan Husna tu nama dia Nur Hidayah Binti Mashoor, satu sekolah, satu matrik..even kami berdua tak serapat mana.. tapi Husna cukup kenal dengan dia. Tiap kali berborak tak pernah tak diselangi dengan gelak ketawa. Dia periang, cukup teliti orangnya. Siapa yang tau dalam ganas ganas perangai dia tu, rupanya ada bakat terpendam. Suara Dayah sedap gilok.
Memang ramai yang terkejut bila dapat tahu Dayah disahkan menghidap barah otak. Barah otak okay. Kalau Husna sendiri rasa macam benda ni mimpi apatah lagi dia yang rasa, yang menanggung segala pahit tu. We don't even realise sakit pening dia tu rupanya symptom awal penyakit tu. Bertambah tambah rasa terkejut tu bila apa yang Husna lakonkan dalam BESMA Movie Challenge kat matrik tu jadi pada dia. Untuk pengetahuan Husna pernah lakonkan watak seorang remaja perempuan yang menghidap barah otak , dalam hati mohon agar dijauhkan dari diri sendiri , ahli keluarga dan kawan kawan. Siapalah kita, Allah pilih Dayah. Dayah , you are the chosen one..
Dalam watak yang Husna bawak tu, memang ada symptom sakit pening yang melampau. Hilang focus, tak boleh jalan dengan betul. Tulisan makin teruk, belajar tak boleh masuk. Dan yang paling sedih, hilang daya upaya. Apa yang Husna lakonkan tu exactly jadi pada dia.. Husna?? Melongo terkejut. Allah maha berkuasakan.
Teringat lagi satu hari tu, kami outing sama sama. Dia tak habis habis cakap nak pergi klinik.Pelik jugak, tapi sebab Husna bizi dengan diri sendiri so amik ringan je apa yg dia cakap.. ralat tau. ralat gila.
Untuk pengetahuan jugak, semua ni berlaku waktu tinggal seminggu je lagi untuk final exam. Dan 3 minggu lagi untuk keluar dari matrik. Dayah tak amik exam langsung, hari kitorang exam, dia dah terlantar kat hospital. Dayah ada buat operation. Apa yang diberitahu pada Husna doc buat operation tapi tumor tak boleh dibuat , hanya lendirnya je yg dapat dibuang. Rupanya, kakak dia beritahu tadi , memang dia sekeluarga dah sedia maklum barah dia tak boleh operate. Dan lender tu diambil sebagai sample. Ya Allah..
Sesampai je Husna kat hospital tadi, hampir hampir tak kenal dengan Dayah. She's totally weak. Kurus, Cengkung. Tak sampai hati nak nangis depan mak dia, padahal dalam hati ni rasa nak luahkan semua air mata yang terkumpul ni. Menurut mak dia, malam tadi dayah okay. boleh senyum walaupun dah tak ada daya nak bertutur. Angguk dengan geleng je. Tiba tiba pagi tadi lepas makan, dayah muntah . Terus tak sedarkan diri. Harapan dia tipis. Memang doctor dah siap sedia takut apa apa terjadi. Semuanya bukan ditangan kita. Allah maha merancang.
Kat sini Husna nak mintak jasa baik kawan kawan blog sekalian. doakan yang terbaik untuk Hidayah.
" Ya Allah, sekiranya sahabatku Nur Hidayah Binti Mashoor, masih berdaya, KAU panjangkanlah umurnya. Moga dia masih lagi dapat beramal kepadaMU. Tetapi sekiranya ditakdirkan dia pergi lebih awal.. KAU tempatkanlah dia bersama mereka yang beriman dan tempatkanlah juga dia di sisiMU. Ampunkanlah segala dosa dosanya. KAU peliharalah dia di syurgaMU Ya Allah"
We still need you. Be strong dear Dayah :) We won't show our tears. We show our strength so you can gain strength too .
Aamiin :')
ReplyDeletearwah dah meninggal malam tadi jam 10 :'(
Delete