3 Jul 2013

MUET


In The Name of ALLAH The Almighty and Most Great Creator

Assalamualaikum

Alhamdulillah..hari ini masih mampu menghirup udara Allah. Syukran.

Sepanjang pengetahuan Husna, minggu ni adalah minggu minggu struggle buat calon calon MUET. Sahabat baik merangkap ex boss praktikum Husna dulu dahpun selesai dengan percubaan kedua MUET pagi tadi, dan esok ada lah beberapa orang yang akan menghadapi benda yang sama. So, I sincerely wish u guys good luck and may Allah bless and ease everything. Yelah, kita tak taukan, apa yang akan berlaku . Mudah mudahan dipermudahkan.

Harap harap cukuplah segala persediaan selama ni, dan pada pendapat Husna sendiri, teacher kita kat matrik dulu, Madam Corsi, dah banyak sangat membantu kita . Kita sendiri pun nampak betapa dia bekerja keras nak kita semua berjaya. Cuma kita je kadang kadang amik ringan pasal semua tu. Husna rasa pengalaman pertama dulu sedikit sebanyak membantu korang kan? I think so.

Husna tak repeat. Husna malas nak repeat sebenarnya. Hoho. Frankly, for me once is enough. Alhamdulillah walau tak sehebat mana , Band 3 dah cukup memuaskan. Tu pun Husna tokojot sebab masa Speaking Test.. macam....tuuuuut je tau. Idea yang keluar ciput. Tak ada huraian sangat. Tak ada bidas bidas. Padahal time praktis, HAMBOI KEMAIN. Itulah akibatnya apabila kita kurang berdoa. :( Nasib baik ada Apit dengan Afiq yang sudi membantu kawan dia yang comel lagi innocent ni . hahaha. Seriously, I didn't even remember how to interrupt. And when Apit started to interrupt , I can't control myself to laugh. ^ ^ But Alhamdulillah, it's not burst out. (Eh cakap omputih pulak. ) Senyuman sahaja yang mampu dilahirkan. Masa tengok examiner tu gila cuak, padahal examiner tu lek lek je. Herm menggelabah Husna ni .

Hari untuk Writing, Listening dengan Reading Test pulak , malam tu Husna tidur lewat. Maklumlah baru habis final exam untuk sem 1, nak pulak aku tidur awal kan. Nak nak habis je exam, kitorang semua boleh balik untuk cuti sem. Serious talk, Husna tak ulang kaji langsung. Langsung okay. I tengok Running Man secara Marathon. Muahahaha.. Belagak gila minah ni. Padah esoknya, bangun lambat, satu note apa tak sempat nak selak, tudung tak betul , pergi exam baju tak gosok. Memang sakai dow. Hilang kekonfidenisasi dalam diri ini . Tapi bila fikir balik, apa yang nak diselak, sebab exam 3 serangkai tu susah sikit nak predict . Tapi Alhamdulillah sekali lagi sebab Husna dipermudahkan nak jawab test2 tu. Listening konfiden bak hangggg.. Macam makan kacang je masa tu. KAHKAHKAH ^ ^

Sekali lagi Husna bersyukur sebab beruntung amik MUET kat matrik. Semuanya dah diuruskan. Honestly, Husna susah sikit nak aware dengan exam yang kita kena urus sendiri. I need to list and make a reminder so I would aware. Itu adalah kelemahanku. I mean, kalau kita amik kat luar , leceh..banyak benda nak kena uruskan sendiri. Our friends might not take the test along with us right? Lagi satu, bila Speaking test calon sekeliling kita adalah rakan praktikum sendiri, I do know them so I would not feel so ashamed. hikhikhik. Malu adalah sebahagian daripada Iman. :)

I know Band 3 is not enough. Syarat kelayakan cuma letakkan Band 3 sebagai yang minimum. Apa apa pun, Husna serahkan pada Allah. Doa sebanyak yang mungkin moga moga keputusan UPU 11/7 ni tempatkan Husna dalam Universiti yang Husna suka dan bidang yang boleh bawa Husna capai cita cita Husna. Ameen.

Enough kot for my experience during Muet ni. Btw, I'm showering everybody who's going to take MUET now or sooner , best of luck !!

Dikesempatan ni jugak nak wish one of my best best best friend, SitiNor Waheda Damri , selamat ulang tahun yang ke 19 . Semoga sentiasa dilindungi yang Maha ESA.In Sha Allah . I love you E-ed :)






3 comments:

  1. gudluck husna.. insyaAllah semuanya dipermudahkan. Aminn... all the best ye.

    follow sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm already taking MUET :) I'm just sharing my experience. hihi btw, thanks for follow me. going to follow yours right now ..

      Delete
  2. sorry any newly follower..internet tak berjalan dengan baik sehari dua ni. i'm going to visit and follow u guys later aku babe :)

    ReplyDelete