22 Jul 2013

I am a Muslim and I am not that offended

 

In The Name of Allah The Almighty and Most Great Creator

Assalamualaikum

 

"I am a Muslim and I am not that offended.." - Young Singaporean Muslim


July 21, 2013
Latest Update: July 21, 2013 05:11 pm
 
When I first saw the “Halal Bak Kut Teh” picture on The Real Singapore Facebook page, I was irritated but I didn’t think much of it. I believed the guy was an idiot and that’s it. But I was surprised that the backlash has gotten so big over just a few hours.
I was disappointed to see so much hate comments being posted by fellow Muslims over this one photo and some even go far as to post threats of violence and death threats. And now, the couple is facing up to 15 years in jail and heavy fines over this one photo, which really saddens me as thieves and people with assault charges usually get much less.
Why am I not offended? I actually have a different perspective on the issue. I subscribed to a few foreign news channels like Al Jazeera and The Young Turks and I have seen the faces of REAL HATE.

I have seen people like Pastor Terry Jones, who called for the burning of the Quran. I have seen a group of Islamophobic Americans gather to throw hateful slurs at a mosque event in California. I have seen the absolute disrespect of Nakoula Basseley Nakoula and his blasphemous film which he called “The innocence of muslims”. I have seen the bigotry and also the sympathy of the people of Texas in ABC news experiment “What would you do?” when Muslims are discriminated. I have seen a Hispanic woman pushing a Muslim man onto an oncoming train, killing him, just because he was Muslim. And the worst of late, I have seen the genocide of the Muslim Rohingya people by the so called “Buddhist” Burmese.

The face of hate comes in many sickening form. But when I see Alvin’s face, I don’t see a hateful person; I just see the face of a troll.

Understanding hate and dark humor.
Maybe it is because of my age and my exposure to the internet, I understand dark humor and some can be really funny. I am a fan of South Park with their highly intelligent yet crude but funny jokes and satires. But in the end, dark humor is essentially a joke that can either be funny or fall flat and just be stupid.

I would say that Alvin’s Halal Bak Kut Teh photo is just a piece of really bad dark humor that is not funny. There is no real malice in this photo. He did not insult our prophet, he did not call for the Quran to be defaced and he did not go out to injure a fellow Muslim. At most I could say that he is insensitive for suggesting that a dish most commonly made with pork is halal.
We are getting into an uproar over FOOD? Let’s change the situation a bit and say Alvin did the same photo BUT with frog legs (which is also haram). How much of an uproar will that make?
Being respected. As Muslims, we always ask that our religion be respected. But it would be hard to respect someone if he acts like an overly sensitive baby who would throw a tantrum over such a small issue. We need to be mature. If you find the photo insensitive, feel free to make a video or make an article to address how insensitive the post is or simply bring this matter to facebook admin let them handle it. To issue threats of violence, instigate suicide and even death threats over a food related matter is simply unacceptable.

Justice. Quoting from the Holy Quran 2:190

“Fight in the way of Allah those who fight you but do not transgress. Indeed. Allah does not like transgressors.”

The concept is simple, if you are called to defend our faith, do so without transgression. If you are threatened with words, you are to fight back with words ONLY. If you are threatened with fists, you are to fight back with fists at most. If you are threatened with a sword, you may fight back with a sword.
What Alvin did does not warrant jail time for up to 15 years or even such a heavy fine. Prison is a place where we keep thieves, robbers, rapists and murderers, people who have committed crimes against property and person. To treat Alvin, whose crime is bad humor, like a harden criminal is indeed transgressing the limit. At most, all he deserves is a small fine and mandatory community work (maybe at a mosque so he could learn a thing or two about being with Muslims).
In all, we must keep things in perspective in issuing justice so that our emotion doesn't cloud our reason. We should not turn an issue about food into something that could divide a nation and we must act more maturely if we want to be respected. - The Real Singapore, July 21, 2013


* Young Singaporean Muslim submitted this article to The Real Singapore, a news portal on life in Singapore.
* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.



i'm not backing or supporting their action,  as a muslim I do feel challenged. rationally, I agree with the opinions. it's wake people up. i'm not judging people..but it is a reality. Allahuakbar

15 Jul 2013

Allah bukakan pintu

In The Name Of ALLAH The Almighty and most Great Creator

Assalamualaikum

Dah masuk hari keempat lepas keputusan UPU keluar, tapi sampai ke hari ni still belum sampai ke penamatnya cerita pasal UPU ni. Baik kat facebook, twitter, instagram , blog semua masih dalam mood UPU.

Husna dah awal awal lagi tekan button confirm walaupun pada hakikatnya agak ralat dan terkilan sebab tak dapat bidang kejuruteraan , sesuai dengan bidang yang Husna amik masa kat matrik dan memang cita cita Husna dan juga pekerjaan yang ayah sangat idam idamkan anaknya berkecimpung dalam tu. Padahal setiap kali bila Husna utarakan yang Husna nak jadi engineer, banyak cakap cakap negative . Mak Husna memang 50-50 benarkan anak dara dia yang bongsu ni jadi jurutera. Mungkin sebab kejuruteraan ni basically agak lasak, memerlukan seseorang rajin turun side, panjat sana, panjat sini, look around a machine..or something like that. Kerja kerja lasak ni orang lelaki je sesuai, katanya. Lebih elok orang perempuan kerja yang kat dalam , lebih selamat sesuai dengan imej perempuan yang lembut. Jadi cikgu macam mak lagi okay. Huhu. Dalam masa yang sama mak sokong sebab itu minat aku.

Awal awal masa kemaskini UPU mak agak marah sebab 80% adalah kejuruteraan. Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Kimia BioProses, Kejuruteraan Perisian Komputer ..mesti ada kejuruteraan kat depan tu. First choice sampai yang 12 termasuk RU kebanyakkannya adalah kejuruteraan. Disebabkan Husna belajar Fizik maka kejuruteraan pada Husna sangat penting. Mungkin sebab minda dah disetkan, oh kalau Fizik kena jurutera jugak, tak boleh tidak. Mak betul betul risau kalau result PSPM 2 yang bakal Husna dapat tu tergelincir , dan UPU kena lelong, tak tahu end up nya macam mana. Hati mak kan..

Result PSPM 2 keluar, Husna tak dapat high pointer sgt, Malah Husna akui Husna lagi bangga dengan result masa PSPM 1. Cukup cukup makan. Husna ulang ayat sebelum ni . Hati mak.. Naluri mereka lebih kuat. Husna sedar, tersentak. Husna terlampau yakin yang Husna akan dapat pointer yang lebih baik. Bukti yang lebih tepat subjek yang Husna score adalah subjek yang Husna tak berapa minat. Walhal yang kegemaran sangat tu lebih rendah. Husna redha. Kemaskini UPU kali kedua, keliling semua adik beradik, mak ayah termasuk ipar duai dengan anak sedara aku sekali. Tak masal lah budak botak tu nak join sekaki bincang UPU. hermm. So untuk first choice, selepas ditimbang tarakan Husna amik jugak engineering. Tapi untuk sedapkan hati mak, Husna amik Food Engineering kat UPM. Rasanya, tu jelah yang Husna harap harapkan dapat. Sebenarnya ada kakak sedara yang amik bidang ni kat UPM, dia yang suggestkan.. dia dah cerita semua sampai Husna rasa tertarik yang amat nak amik kos ni. Memang dah tanam dalam jiwa ni UPM UPM UPM. haaaa..Selebihnya amik Food Tech, Perkhidmatan Makanan, Science Comp, Computer Engineering, Chemical Engineering.. dan sebagainya. Walhal ada bidang yang Husna amik tu lari sikit dari bidang khusus kat Matrik. Husna tawakal. Tu semua konklusi pilihan Husna dan keluarga. Apapun yang Husna dapat Husna akan redha,. Padahal... kalau boleh harap sangat Allah makbulkan dapat UPM .

At the end, permohonan ke UPM tak dapat. But then I got an offer from UMT for Sains Pemakanan (Perkhidmatan Makanan). Ramai yang agak tokojot gitu, kenapa lari jauh sangat. Suddenly lose an idea of what I have to say. ..

First impression lepas cek, tergelak besar sebab Johor--> Terengganu bukan perjalanan yang singkat. Tapi masih bersyukur , ada kawan yang dapat Sabah/Sarawak..feel sorry for them. Diorang amik semua tu sebagai jihad, pengorbanan untuk belajar. Husna pun kena tanam semua tu jugak dalam diri from now on. Macam yang Husna cakap tadi lah, dalam hati ni sedih walaupun zahirnya gua ketawa sekuat kuatnya.Tapi kita balik pada realitinya, pada hikmahnya. Allah tak izinkan kita dapat apa yang kita nak kerana DIA sayang akan kita, kerana DIA lebih tau baik buruk yang bakal berlaku. Husna masih bersyukur sekurang kurangnya itu masih dalam pilihan Husna, bukan lelong. Husna masih diterima sedangkan ada lagi ramai yang terkandas, bersungguh membuat rayuan semula.

Bila Husna recheck semula permohonan Husna tu, kebanyakkan kejuruteraan Husna letak pada pilihan ke4 hingga bawah. Sains makanan ni pulak pada pilihan ke3. Sedihnya aku,, !!!

Again Husna remind diri balik, anything happened for a reason. Kawan kawan pun semua happy dengan result masing masing walaupun ada yang sedikit celaru nak pilih mana satu, nak continue dgn course tu ataupun tidak.. Seronok tengok kelam kabut diorang. Wawa, Azfar, Eddy, Atin,Iera, Afiq, Apit, Zamir, Nina, Yana, Fiqah, Qiqi, Tyty, Fai, Alida, Memey, Cik Ta, Wahyu, Aqil ,Zahin and Shiresh. Mohon mereka tersedak sedak sekarang ni kakaka.. Mana mana yang belum ada rezeki tu, ingatlah rezeki tu sentiasa ada cuma cepat atau lambat. Yang penting jangan patah semangat :)

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, Husna tak ada rezeki lagi dalam engineering. Sapa tau satu hari nanti Husna sambung master dalam engineering kan. sapa tau juga Allah bukakan pintu ini supaya pintu pintu yang lain lebih mudah dibuka?  Syukran ya robb

12 Jul 2013

Alhamdulillah..sujud syukur

In The Name of ALLAH The Almighty and Most Great Creator

Assalamualaikum

:)

Hari ni entry special..tetiba ada smile.. eh hari ni kerja memang nak senyum je.. Lapar dahaga semua tak ada. Yang ada cuma nawaitu nak senyum je.. haha

Alhamdulillah.. pukul 12 tadi keputusan UPU untuk lepasan matrik, asasi dan STPM keluar. Sebenarnya dari malam semalam lagi eh kita ni menggelabah. Aiyelah, tarikh pemberitahuan tu asyik tak konfem je, bila tanya kawan2 serta melihat bukti2 yang sohih  rupanya memang betullah hari ni result keluar . Tak boleh tidur semalam tapi las las tidur jugak. herm.

Lepastu nak sahur pun macam kurang selera sebab terfikir fikir dapat ke tidak permohonan aku tu. Husna akui UPU kali ini sangat penting. Lebih penting dari masa lepasan SPM dulu. Dulu, kalau tak dapat pun macam tak kisahlah..matrik kan ada. Tak dapat U, masuk arr matrik.. Tapi kali ni kalau tak dapat UPU, nak ke mana lagi? Kalau boleh tak nak masuk swasta lah. Ikutkan mak ayah Husna masih berkemampuan untuk biaya pengajian Husna kat swasta. Eh..bukan nak berlagak ke apa tau.. tapi ini secara realitinya.. erm tolong jangan fikir negative ya ya.. terima kasih :) Tapi, kita hidup tak boleh nak fikir senang kita kan? Senang cakap jangan nak ' jual ikan ' sangatlah..

Lepas sahur, solat subuh, tadarus, letih sangat sebab malam tu tidur lewat.. plan macam nak tidur kejap siap set jam pukul 8 nak bangun bereskan kerja kerja rumah semua tu. Harapan je lah.. Ya Allah..lama gila boleh tak anak dara ni tidur sampao pukul 12.30.. omakaihh.. tu pun sedar lepas dengar bunyi mesej, mesej tu pulak dari mak . macam ni content mesej tu ,

" Salam. cane? "

Dalam hati sikit pun tak teringat pasal UPU tu.. so Husna macam blur kejap siap fikir apa yang mak cuba sampaikan ni..?? apanya yang macam mana? takkanlah mak suruh basug pinggan tadi, mak Tanya macam mana? haaaaaa,, blur habislah.

Bila dah fullt tersedar, tepuk dahi.. baru teringat UPU. terus capai laptop   siap ingat tak ingat dah no matrik. Mula2 macam hang sikit.. biase arr mesti berpusu pusu manusia macam aku tengah cek keputusan. Berbekalkan kesabaran dan penuh tawakal, akhirnya keluar benda kat bawah ni :

 

 
Alhamdulillah, mula mula memang tak terfikir langsung yang ini yang akan dapat. Selama ni asyik menyebut UPM UPM UPM. Sejujurnya dari hati ni memang nak sangat masuk UPM , course Food Engineering. Lepas dengar dari Kak Alyani berkobar kobar gitu nak amik course tu..
 
 
Sedih memang sedih..tapi kenalah amik dari sudut positifnya ye tak? Walaupun Husna tak termimpi pun nak masuk UMT, sekurang kurangnya course tu masih dalam course yang Husna minat. Walaupun dalam praktikum Husna sorang je yang tercampak kat UMT, mungkin Allah suruh jalinkan ukhuwah dengan orang lain, tambahkan kawan, tambahkan pengalaman. Lebih positif bila mak ayah gembira, adik beradik semua support. kawan kawan pun support. Perasaan berdukalara tu pun hilang serta merta. bersemangat pulak dah.
 
 
Dan buat apa nak keciwa sangat, course ni, U ni adalah pilihan Husna sendiri. Walaupun bukan first choice, yang ini pilihan ketiga. Sekurang kurang benda yang paling menakutkan budak matrik dan asasi tak berlaku...(lelong) so far so good :)
 
 
okay, so maybe tu je kot yang nak dicerita. Terima kasih buat semua yang mendoakan.. moga moga bidang ini, fakulti ini boleh membawa Husna kepada kejayaan duniawi ukhrawi inshaAllah :)
 
 
 
 

11 Jul 2013

First Day of Ramadhan

In The Name of ALLAH The Almighty and Most Great Creator

Assalamualaikum

Macam mana first day puasa korang? Rasanya , hari pertama tak berapa nak goyah sangat kot benteng nafsu tu. Tenaga masih ada. Ke siang tadi dah ada yang gi beli lunch sorok sorok, kat belakang kedai? Takkan.. eh aku tau. korang semua bebaik. senyum sikit senyum sikit ..

Alhamdulillah tadi,,ermmm lauk sedap sangat. Ikan masak merah (feberet bak anggg) , sotong masak kicap, sayur labu masak lemak..ada murtabak, kuih muih banyak gilos lepas tu air asam boi, air apa tah dalam botol abang ipar beli tapi rasa dia kureng sikit..hoho . tu je lah kot. Lauk tu semua simple, mungkin air tangan orang tu ikhlas maka bila makan jadi sedap je. Thanks akakku :)

Alhamdulillah juga .. ramadhan pertama untuk tahun ni menjadi..eh pelik tak pelik tak? apa yang menjadinya ni? tak paham ek.. okay jom kasi paham

Tahun lepas, first ramadhan sedih sangat. Sebenarnya orang lain pun sedih, tpi aku rasa aku sedih lagi over.. Anak bongsu yang manja gitcheww. ekeke. Kiranya first time lah kita ni berpuasa di perantauan. Eleh, macam sorang sorang je padahal kawan kawan kemain ramai kat sana. pastu macam dia sorang je dalam dunia ni yang berpuasa tidak bersama keluarga. Over kan over kan..

So, my first time ever la kiranya berpuasa tanpa family dan bersama sama dengan kawan. Sebenarnya time tu cuti, so mana2 student yang nak balik boleh balik. tapi Kluang --> Kuala Pilah bukan dekat.. kita pun tak baliklah. Roomates ada dua orang tapi lagi sorang balik so tinggal yang sorang tu dengan kita ni la. Konfiden dan yakin seratus peratus lah boleh bangun awal nak sahur. Sebab kononnya dah biasa bangun pukul 4,5 pagi untuk study. Pastu bila mak ingatkan macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Memang riak, takabbur, sombong , berlagak la time tu.

Punyalah eksaited nak sahur, kita terjaga pukul 4. Awal lagi.. lagipun sunnah nabi kan melengah lengahkan sahur . Kita pun ambil keputusan untuk tidur balik. Nak kejutkan roommate kat sebelah bangun sahur awal macam tu pun tak sampai hati. Dia pun tidur macam baby dah aku tengok. Dah tidur tu..tersedar lagi.. tengok jam dah pukul 5.50 . Gelabah tak gelabah lah time tu. nasib baik belum azan, subuh masuk lambat. jamah je lah apa apa. Tapi kitorang sempat buat milo panas . Makan roti cicah dengan milo tu..makan secepat yang mungkin.

Dah kenyang, licin semua.. nak g toilet lah. basuh muka, gosok gigi, nak amik wudhuk sekali..tadi lepas bangun terus makan kan.. maaflah ter tak senonoh pulak. hoho . Roomate tu jalan laju je ke toilet, emergency case. Kite ni pulak jalan lambat lambat.. tapi kepelikan asal dah cerah ni. nak ujan ke? aiyelah tu kot nak ujan. Entah apa apa entah aku ni. Takkanlah nak ujan, hari cerah kemain kan.. Dah basuh muka, gosok gigi , amik wudhuk semua.. time tu roommate masuk bilik dulu. Pastu dia keluar balik , then tnya kat kite ni macam ni " Una, betul ke tadi Una tengok jam pukul 5.50?"

Pada waktu, saat dan ketika itu terasa diri ini seperti dipanah halilintar.. eh kite berlari masuk bilik tengok jam balik. Oh mai..you may predict what's happen actually..

kat jam tu dah pukul 7 okay.. 7 okay..

terkejut. nak tergelak . sedih semua ada arr.. tapi kitorang solat dulu. habis solat terus gelak la. dalam masa yang sama keliru status puasa kitorang. Tanya mak aku dia kata sah, inshaAllah. sebab situasi lebih kurang sama macam orang yang berpuasa, pastu dia lup yang dia puasa, dan dia termakan. macam gitulah. mak pun tak benti gelak.. mak citer kat satu family. mereka juga turut mengketawakan aku. aku yang berduka lara.

Lain pulak dengan roommate tu, dia kol kakak dia.. pastu dia kena marah. kakak dia cakap puasa tu tak sah. eh, dia diam je satu hari. bertambah tambahlah menggelabah. tapi lepas buka tu kitorang gelak balik. sebab macam entah pape entah engkorang ni. tu la lain kali jangan belagak sangat.. haa ni makan dia.

Disebabkan tak sure status puasa tu, so kitorang ganti jugak .. aiyelah yang itu lebih baikkan.. :)

Semalam, ada jugak wish roommate tu , pstu dia berdekah tak hengat. Memang wajib ingat smpi bila bila. Start esoknya, pagi2 mak kol..takut terlajak lagi. kakaka.

Herm tu jelah.. tak taulah nak klasifikasikan cerita ni lawak ke sedih ke, ape ke.. sebab semuanya dah campur campu r jadi kerabu taugeh dah.. eah macam merapu kan? okbai. Salam Ramadhan ya Muslims :)

3 Jul 2013

MUET


In The Name of ALLAH The Almighty and Most Great Creator

Assalamualaikum

Alhamdulillah..hari ini masih mampu menghirup udara Allah. Syukran.

Sepanjang pengetahuan Husna, minggu ni adalah minggu minggu struggle buat calon calon MUET. Sahabat baik merangkap ex boss praktikum Husna dulu dahpun selesai dengan percubaan kedua MUET pagi tadi, dan esok ada lah beberapa orang yang akan menghadapi benda yang sama. So, I sincerely wish u guys good luck and may Allah bless and ease everything. Yelah, kita tak taukan, apa yang akan berlaku . Mudah mudahan dipermudahkan.

Harap harap cukuplah segala persediaan selama ni, dan pada pendapat Husna sendiri, teacher kita kat matrik dulu, Madam Corsi, dah banyak sangat membantu kita . Kita sendiri pun nampak betapa dia bekerja keras nak kita semua berjaya. Cuma kita je kadang kadang amik ringan pasal semua tu. Husna rasa pengalaman pertama dulu sedikit sebanyak membantu korang kan? I think so.

Husna tak repeat. Husna malas nak repeat sebenarnya. Hoho. Frankly, for me once is enough. Alhamdulillah walau tak sehebat mana , Band 3 dah cukup memuaskan. Tu pun Husna tokojot sebab masa Speaking Test.. macam....tuuuuut je tau. Idea yang keluar ciput. Tak ada huraian sangat. Tak ada bidas bidas. Padahal time praktis, HAMBOI KEMAIN. Itulah akibatnya apabila kita kurang berdoa. :( Nasib baik ada Apit dengan Afiq yang sudi membantu kawan dia yang comel lagi innocent ni . hahaha. Seriously, I didn't even remember how to interrupt. And when Apit started to interrupt , I can't control myself to laugh. ^ ^ But Alhamdulillah, it's not burst out. (Eh cakap omputih pulak. ) Senyuman sahaja yang mampu dilahirkan. Masa tengok examiner tu gila cuak, padahal examiner tu lek lek je. Herm menggelabah Husna ni .

Hari untuk Writing, Listening dengan Reading Test pulak , malam tu Husna tidur lewat. Maklumlah baru habis final exam untuk sem 1, nak pulak aku tidur awal kan. Nak nak habis je exam, kitorang semua boleh balik untuk cuti sem. Serious talk, Husna tak ulang kaji langsung. Langsung okay. I tengok Running Man secara Marathon. Muahahaha.. Belagak gila minah ni. Padah esoknya, bangun lambat, satu note apa tak sempat nak selak, tudung tak betul , pergi exam baju tak gosok. Memang sakai dow. Hilang kekonfidenisasi dalam diri ini . Tapi bila fikir balik, apa yang nak diselak, sebab exam 3 serangkai tu susah sikit nak predict . Tapi Alhamdulillah sekali lagi sebab Husna dipermudahkan nak jawab test2 tu. Listening konfiden bak hangggg.. Macam makan kacang je masa tu. KAHKAHKAH ^ ^

Sekali lagi Husna bersyukur sebab beruntung amik MUET kat matrik. Semuanya dah diuruskan. Honestly, Husna susah sikit nak aware dengan exam yang kita kena urus sendiri. I need to list and make a reminder so I would aware. Itu adalah kelemahanku. I mean, kalau kita amik kat luar , leceh..banyak benda nak kena uruskan sendiri. Our friends might not take the test along with us right? Lagi satu, bila Speaking test calon sekeliling kita adalah rakan praktikum sendiri, I do know them so I would not feel so ashamed. hikhikhik. Malu adalah sebahagian daripada Iman. :)

I know Band 3 is not enough. Syarat kelayakan cuma letakkan Band 3 sebagai yang minimum. Apa apa pun, Husna serahkan pada Allah. Doa sebanyak yang mungkin moga moga keputusan UPU 11/7 ni tempatkan Husna dalam Universiti yang Husna suka dan bidang yang boleh bawa Husna capai cita cita Husna. Ameen.

Enough kot for my experience during Muet ni. Btw, I'm showering everybody who's going to take MUET now or sooner , best of luck !!

Dikesempatan ni jugak nak wish one of my best best best friend, SitiNor Waheda Damri , selamat ulang tahun yang ke 19 . Semoga sentiasa dilindungi yang Maha ESA.In Sha Allah . I love you E-ed :)