Assalamualaikum :)
Salam Pagi Sabtu .
Dunia ini mungkin kelihatan sangat jelas di mata kita. Seolah olah apa yang kita nampak sudah cukup membuktikan yang dunia ini penuh dengan bermacam macam benda. Walhal, pada hakikatnya..mata kita hanya nampak separuh daripadanya sahaja. Manakala separuh yang lain adalah rahsia Allah..yang kita sebagai manusia perlu gali, korek, cari dan fikir . Sebab itu, kita dianugerahkan akal..untuk kita berfikir dan mencari rahsia rahsia Allah yang mana rahsia rahsia itu akan menyebabkan kita lebih celik minda dan memahami kewujudan sebenar kita di mukabumi Allah yang luas ini.
Mungkin ada antara kita yang terlepas pandang tentang rahsia rahsia Allah ni. Rahsia rahsia itu selalu bermain dalam kitaran hidup kita. Antara yang jelas ialah dugaan. Dugaan itu rahsia. Rahsia milik Allah. Mengapa dugaan itu diturunkan..sangat pasti anda, anda dan anda juga tahu mengenai kehadirannya bukan? Setiap dugaan tu..ada hikmahnya.. biasa dengarkan? Aku admit..dugaan dugaan yang datangkadang kala buat diri kita jatuh. Sekali jatuh..memerlukan kekuatan yang luar biasa untuk bangun semula. Tapi bi difikirkan semula.. Tuhan itu Maha Berkuasa atas tiap tiap satu. DIA tahu setiap satu perjalanan hidup kita dari mula sampai akhir. Bukankah kita dah bersaksi bahawasanya tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH S.W.T..maka aku wajib yakin bahawa wujudnya dugaan adalah sesuatu yang positif..bukan ngatif. Allah Maha Mengetahui..ketahuilah Allah menduga hambaNYA kerana DIA tahu hambaNYA mampu untuk menggalasnya.. percaya kepada qada' dan qadar Allah..
Be strong ibu. Hakikatnya untuk kehilangan dua orang ahli keluarga dalam satu satu masa memang pahit untuk ditelan. Percayalah..dugaan dugaan itu adalah untuk memberikan kekuatan kepada diri kita. Mungkin ada dugaan yang lebih mencabar kita bakal terima satu hari nanti. Kekuatan itu adalah sebagai persediaan , ibu. Kuatlah Ibu...
No comments:
Post a Comment