17 Jan 2013

Salam Takziah Ibu

Assalamualaikum :)

Sebenarnya berita sedih ni dah berlalu beberapa hari yang lepas. Tapi rasa sedih tu masih lagi bersisa . Baru tadi on kejap fesbuk, direct terus nampak status Angah yang jelas masih lagi berdukalara dengan kehilangan Musa. Nampak pulak status Epi. Hari ni dia ada final exam ..dan dia mohon Allah berikan dia kekuatan untuk jawab soalan soalan tu.. Ya Allah..Ya Kareem..KAU berikanlah kekuatan luaran dan dalaman kepada Ibu sekeluarga  Ya Allah. Tabahkanlah hati hati mereka dengan dugaan yang telah Kau berikan Ya Allah .

Siapa yang terkejut bila dengar salah seorang dari ahli keluarga kita yang meninggal dunia lebih lebih lagi secara mengejut macam ni. Personally, kalau sakit yang terlantar..lama..dibandingkan dengan meninggal eksiden..lebih perit untuk terima mereka meninggal kerana eksiden. Itu semua dah tertulis kat Loh Mahfuz. Ajalmaut, pertemuan , perpisahan dan segalanya adalah rahsia Allah yang mana tak ada seorang pun manusia kat mukabumi ni yang tau.. nama pun rahsia kan.

Berita ni masa ummi bagitau, serious..aku sangat sangat terkejut. Dalam usia yang masih muda..baru habis graduate..baru dapat kerja.. tapi Allah lebih sayangkan arwah. Yang jelas, arwah memang baik gila. Arwah bukan jenis huha huha tak tentu pasal...berhibur jugak tapi ada time time la.. memang jenis yang tak banyak cakap. Ummi, ayah dengan akak akak aku ada pergi jenguk keluarga Ibu masa tu..Ibu tanya aku mana? Maaaaaaaf ibu..bukan tak nak pergi jenguk ibu.. Ada kekangan lain waktu tu. Sedihnya ..dalam hati je tersimpan. Ibu kuat..Husna tau. Ibu tak nangis pun.. walhal along, angah , epi tengan idin semua nangis. Ibu memang redha betul pemergian Musa.. Ibu jangan risau okay..Musa kat sana tunggu Ibu..insyaAllah...kat akhirat nanti..arwah Musa yang akan tolong Ibu..

Teringat raya lepas..ibu sekeluarga datang rumah. Meriah kemain. Selalu tak macam tu pun. Musa, Epi yang dh besar2 tu semua selalu malu nak datang..pon datang jugak. Bawak dslr masing2..amik gamba sama sama.. *sampai aku hilang malu nak bergaya bagai* .ada rahsia kenapa Allah letakkan kita bawah satu bumbung haritu kan. Kira hari terakhir keluarga Husna jumpa Musa. KAU tempatkanlah arwah Musa Bin Ahmad dalam kalangan orang yang beriman ya robbi ..

No comments:

Post a Comment