5 May 2013

Operation

 
Assalamualaikum :)
 
 
2 hari berturut turut ni Una, Mary dengan adik beradik yang lain ulang alik dari Kluang ke Hospital Putra Batu Pahat sebab ayah perlu menjalani pembedahan yang berkaitan dengan komplikasi kat bahagian dalaman . Yang mana ada saluran tersumbat yang menyebabkan ayah susah untuk buang air . Penyakit ni tak de kaitan langsung dengan batu karang ye.. setelah berkali kali dijelaskan kepada mereka yang bertanya tentang penyakit ayah..akhirnya mereka diam dan mengangguk tanda faham. Bukan apa, mostly diorang akan konklusikan yang penyakit tu adalah batu karang. Penyakit ni memang jarang kita jumpa lagi lagi dalam kalangan budak yang tak berapa nak amik tau pasal dunia luar sangat macam Una, tapi memang tak asing langsung walau sekelumit bagi para doktor. Dan apabila Una baru sahaja mengetahui tentang kewujudan penyakit itu, akan mula terdengar suara suara garau milik ayah yang berkata.." suruh jadik doktor tak nak.."
 
Nak ulang alik dari Kluang ke Batu Pahat tu tak de masalah sangat bagi kitorang sebab cuma mengambil masa selama 1 jam lebih. Tak sempat nak lapar pun dalam kereta tu. Akceli, ayah dah agak lama ada penyakit itu..seingat Una dari awal tahun lepas. Tapi penyakit ni mengada sikit.. kejap sakit kejap tak.. Tapi lately, penyakit tu agak mengganas sampaikan beberapa minggu sebelum Una ada final exam tu ayah kene tahan kat hospital. Apa yang mendukacitakan Una dapat tau ayah sakit lepas ayah dah balik ke rumah semula. Tau pun lepas Mary si mulut murai membongkarkan rahsia. Menangislah aku malam itu kerana terkejut dengan apa yang berlaku. Tapi menurut ummiku, keadaan ayah biasa je time tu..sakit biasa. Sedikit lega lepas kegusaran yang hebat. Tambah pulak esoknya ada kuiz KIMIA..memang tak de hati nak study la time tu.
 
Alhamdulillah, pembedahan tu berjalan dengan lancar ..harap semoga ayah diberikan kesihatan dan mampu menjalankan tugas seperti biasa. Aminnnn.
 

Ni sebelum operation. Operation mengambil masa selama 2 jam lebih. Una sempat tertidur dengan nyenyaknya kat katil yang kosong. By the way, mesti pelikkan asal hospital ni boleh ada penjaga ramai ramai.. sebenarnya hospital ni hospital swasta. Memang bayarannya agak mencekik sikit tapi kat sini jelah pakar yang paling dekat.. Bayar third class punya tapi macam first class jah. Satu bilik suppose 5 orang tapi ayah aku conquer sorang.. so.. 3 orang jaga maksudnya 3 katil lah yang digunakan. muahaha.. well swasta, tak ramai sangat kat sini kan.. maka aku pun dengan sukehatinya buat wad tu macam bilik aku.. ada astro kau jah.. seronok dua tiga ronoklah den ni haa.



 
After operation, bagi ayah makan..Before operation dokter suruh ayah puasa dari pukul 4 pagi sampai habis bedah.. kelaparan la ayah aku sebab dia start puasa pukul 11 lebih malam sebelum tu. Menariknya hospital swasta ni makan tengahari dan malam kita boleh pilih ikut set set yang disediakan.. erm..encik yang tolong bawakkan makanan untuk pesakit, kitorang nak lauk ayam masak halia dengan sup sayur, 4 orang punya makan ye.. eah??  lols
 
Sedara mara terdekat je yang diberitahu sebab jenis ayah Una dia tak suka uar uarkan kat orang lain. Tapi anak anak dia degil..dok post kat fb sampai mark zuckerberg pun tau.. kbai.
 
InsyaAllah esok dah boleh keluar cuma kondisinya belum sembuh dengan baiklah.. tu pun ikutkan isnin baru boleh keluar..semangat nak mengundi punya pasal.. dokter pun akur sahajalah.. Tak mintak apa apa dari korang.. mintak doakan family kami sahaja.. terima kasih :)
 
lotsoflove~husna
 


2 comments: