Assalamualaikum :)
Saya sangat pasti, yakin dan muktamad bahawasanya seluruh rakyat Malaysia khususnya, tidak terkecuali pendatang Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia dan sebagainya tahu mengenai simbolik 5 Mei 2013 ni. Rasanya seluruh dunia pun tahu..yelah dengan adanya teknologi terkini, dunia tanpa sempadan dalam zaman modenisasi..rakyat pasca merdeka dikelilingi bangunan pencakar langit ..huh.. **lap peluh kat dahi. Rata rata bloggers macam berlumba nak buat entry pasal PRU-13 yang mana keputusannya kita akan tahu dalam masa beberapa jam sahaja lagi.
Apapun yang anda undi, tidak perlu di "highlight" di sini, because i don't even ask you..huhu. Undi kan rahsia..Undilah mana mana yang anda rasa anda yakin dengan kepimpinan mereka. Cuma, rajin rajinlah buat kajian, baca sebanyak mungkin bahan bacaan, buat perbandingan dan konklusikan. Ye..tu je yang mampu saya lakukan sebagai seorang yang belum cukup umur untuk mengundi. Menyokong dari kejauhan. lol
Pada pandangan mata Una sendiri, susah nak percaya kepada media yang sentiasa berssikap lalang.. Better to observe by yourself.
Sedikit terkilan malam semalam masa otw balik rumah lepas lawat ayah kat hospital, satu Kluang dikelilingi budak budak bawah umur yang rata rata masih terlekat "L" kat motor masing masing , berdiri atas motor megah dengan bendera parti mereka, mengganggu pengguna jalan raya yang lain..serasa macam nak langgar je . **Emo sikit** Tak boleh terima semua ini lagi lagi lepas tengok dua orang penunggang motosikal ' block' jalanraya dan kenderaan kenderaan yang lain dalam keadaan jalan raya sangat sesak waktu tu. Dan berlaku di depan mata Una, sebuah kereta hampir melanggar motosikal yang sengaja memintas laluan kenderaan lain kat traffic light sebab masih bergerak walaupun dah lampu merah. Dapat lesen instant ke? Whose going to be blame?
Pada kiraan Una, ini bukan yang sepatutnya berlaku dan sangat percaya tak ada ibubapa yang support anak anak mereka beraksi seperti gangsterisme dan vandalisme. Tapi tak hairan kalau akar yang tak kuat akan hasilkan buah yang busuk.
Apa pun sahaja pandangan orang, terima dan bandingkan. Tak nak cakap lebih, duduk depan tv, ditemani kopi berasap menanti keputusan. Harap harap, kepimpinan menjadi lebih telus selepas ini.
#ubah#IniKaliLah
lotsoflove~husna
No comments:
Post a Comment