7 May 2013

PRU-13 II

 
Assalamulaikum :)
 
 
Yeay cerita politik sudah tamat..buat masa nilah. Walaupun tampuk pimpinan negara masih kepunyaan parti yang sama, diharapkan selepas ini Negara kita lebih bersih daripada rasuah, pecah amanah, penipuan, fitnah , keji sesama sendiri dan yang lebih penting jujur dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin. Ingatlah setiap antara kita punya tanggungjawab yang harus dipikul. Pemimpin adalah imam yang memimpin makmumnya ..besar tanggungjawabnya. Andai salah strategi pimpinannya, maka akan ada balasan dari yang ESA. Begitu juga dengan kita, pilihlah pemimpin yang adil dan mampu ..andai salah pilihan kelak kita juga akan menerima balasannya.
 
 
Lebih baik hidup dalam aman damai dan tidak saling memusuhi. Kadang kadang macam menyampah jugak tengok segelintir pelajar sekolah yang beriya iya menyatakan pendapat lagi lagi kat laman sosial. Eah, kau tau apa je? Lol..admit umur aku pun belum boleh dilabel sebagai layak mengundi, hagak hagak la dik oi aku pun tak beriya sangat macam kau. Yang lebih perit menusuk kalbu sampai keluar kata kata kesat , seolah olah adakah ini produk yang bakal menggantikan tampuk pimpinan Negara? Ecehhhh..
 
Walauapapun yang terjadi, samada benar wujudnya konspirasi , penipuan dan sebagainya..andai tak dapat dibuktikan di sini, tidak perlu takut dan gusar di sana nanti setiap penipuan akan terungkai..Aku percaya setiap antara kita sudah mampu berfikir secara rasional dan logikal. Kita punyai mata bukan untuk dibutakan, Ada telinga bukan untuk dipekakkan.. ada kuasa bukan untuk dikhianati.. Bertindak atas akal waras dan berfikir secara bijak.
 
Aku yakin, generasi sekarang ni lebih melihat ke hadapan dan tak lagi duduk di bawah tempurung , mendengar tanpa menganalisis. Rakyat semakin bijak.. Manelah tau, entah entah ada yang dah merangka plan pembangunan negara yang lebih berkualiti..Who knows? Andai kita berada di pihak yang benar , mengapa perlu gelabah? Anda mampu mengubahnya :)


No comments:

Post a Comment