28 Aug 2013

Aku mahukan mereka sampai bila bila

Assalamualaikum.

Hari ini adalah cerita roommates di matrik secara kesuluruhannya. Semuanya. Sebab aku tak rindu langsung pada diorang. Serius tak. Sila percaya.

Allah, aku rasa macam nak menangis tengok ramai kawan kawan baru kat group UMT sibuk mencari roomates mereka yang baru. By the way , pengurusan UMT telah beritahu bakal mahasiswa mahasiswi kolej kediaman yang akan kami duduki. I like. Tak adalah terkocoh kocoh masa hari pendaftarankan? Ada yang jumpa, ada yang baru jumpa sorang, ada yang langsung tak jumpa. Dan aku faham perasaan orang yang tak jumpa tu sebab aku salah seorang daripadanya. Naik frust naik gila jugaklah tak jumpa jumpa. Asyik asyik jumpa jiran tetangga, orang rumah tak jumpa lagi.. ecewah.

Tujuan mencari roomates kat group tu memang macam sakai sikitlah. Definitely, banyak tanggapan negative macam, ' eleh, kenapa tak announce satu dunia je pasal bilik kau tu? ' etc. Tapi kita ambillah dari sudut positifnya yang mana aku sendiri pun mencari dengan niat yang suci murni. Bukan suka suki. Takat nak kenal kenal, memang kat sana pon boleh.. Namun begitu, perbincangan scara alam maya perlu juga.

That's it.

Aku cuma mampu menjadi seorang pemerhati yang setia melihat kesibukan orang ramai mencari sahabat sebantal setilam sekatil yang baru kat group tu. Jadi sebak yang teramat , teringat pada roomates matrik yang hati hardrock macam aku. Baik Anisa yang kitorang cuma sempat beramah mesra lebih kurang sebulan je, apatah lagi Yana dengan Tikah yang pernah sekatil dengan aku, kongsi meggi sambil tengok running man, gelak tak ingat dunia, kutuk felo ..eh? ops ops

Dengan diorang aku tak pernah plastic. They may be truely my sisters and sometimes I act as their mum, dalam dunia matrik yang bukan satu dongeng ini. So that's why they easily called me ' mak '. How dare.

Anisa, I don't know where she is right now. Lepas keluar matrik dah jarang contact. And I should said, kami tidak berhubung langsung. May Allah keeps protecting her.. yep of course I miss her. the one I only talk often to. then, suddenly dia pergi secara tiba tiba.. terkilan.. Tapi sebagai manusia yang masih rasional , dia masih punya minat dan kemampuannya yang tersendiri, takpe nisa..kami faham.

Yana, the only cutest teddy bear of mine. A great curator I guest. HAHA. Ada je cerita pelik dari dia , yang agak nonsense tapi lawak bak hang.. buat aku ketawa sampai keluar air mata. And now, she's going to Unikl. Seorang yang gila running man dan mampu tengok running man marathonly sampai lewat pagi. Oh ya, maggi lovers. Macam macam jenis maggi makcik ni ada. Haishh.

Tyka, kelantanese girl of high spirit with whatever she's doing. Really passionate. Paling rajinlah antara kitorang. Aku Nampak sangat work hard dia, dari apa yang dia cerita, dia lalui, aku yakin satu hari nanti dia akan berjaya dengan jayanya. Dia dapat UMS utk degree. Dan dia akan bergerak, daftar , terbang ,survive sendiri without anyone teman dia. Ya Allah how strong she is. Gigihnya dia. Kuatnya dia. Aku tabik ! Pengorbanan tu sangat berharga.

Ya Allah sumpah rindu mereka. Macam tau tau aku rindu, tiba tiba dapat kol dari tyka dan aku bertwittering dengan yana sepuas hati aku.  Aku mahukan mereka sampai syurgaMU Robbi. Jagakan mereka. Lindungi mereka. Berkati usaha mereka. Jauhkan mereka dari segala macam bala bencana. Sayangi mereka. Ameen :)

No comments:

Post a Comment