Terapi Ion Rendaman Kaki adalah sejenis rawatan yang menyeimbangkan ion positif dan negatif dalam tubuh badan manusia. Fungsinya banyak. Antaranya membuang sisa toksik dalam badan, melancarkan peredaran darah, mengeluarkan darah beku dan banyak lagi. Paling tak terjangka boleh hilangkan jerawat. It's not hilangkan.. more to mengecil dan mempercepatkan jerawat tu nyah dari muka korang. Bila sebut 'hilangkan' rasa macam, after terapi terus jerawat tu ghaib. Serius. Itu yang akan aku bayangkan sebab imaginasi aku tinggi.
First time buat tengahari tadi dengan mak since orang laki semua berebut rebut ke masjid mengumpul pahala dengan mengerjakan solat jumaat, Alhamdulillah. So, kitorang pun rasa macam ..eh sementara tengah kosong dekat pusat terapi tu, apa kata kite meriahkan tempat tu? macam tulah lebih kurang. So drive dari sekolah mak terus ke pusat terapi tu, tak jauh dari rumah sebenarnya. Sekadar untuk pengetahuan penduduk Kluang jelah ya, pusat terapi ni terletak berhampiran dengan Masjid Kampung Tengah. Nama lorong tu klasik ala ala kejawaan iaitu Lorong Wak Kermin.. amacam? Ini pertama kali, memang teruja la nak buat. Selama ni cuma dengar cerita orang , tengok kat tv.. serasa diseru seru untuk turut melakukannya. ceeeeh.
Aku baru rasa macam berangan nak amik gambar tu gambar ni, konon nak masuk dalam instegewem ke, fesbuk ke, twitter ke.. blog ke..dan entah apa lagi laman social yang ada sekarang. Rupanya memang angan, sebab terpampang kat sekeliling tempat tu.. benda alah ni.
ooooo
Makanya, erm tak apa lah mungkin ada sebab tersendiri kenapa tuan punya pusat tak bagi kebenaran kita amik gambar. Sebenarnya, tempat lain aku rasa okay je macam tak ada hal je nak buat camtu.. yelah macam aku cakap tadi , mungkin ada sebab tersendiri. Kot maybe ada side effect ke nanti kan.. kita tak tau. Sebagai seorang yang berdisiplin, maka ku patuhi arahan itu.
Terapi ni menggunakan alatan yang disambungkan dengan elektrik. Alatan tu ada ion yang macam masa sekolah dulu kimia korang ada belajar cathode dan anode ..haa camtulah rupanya benda tu. Kaki kita direndamkan bersama sama dengan alatan itu dalam bekas yang bersaiz sepatutnya. Jangan risau, kalau kaki kita besar gajah pun, aku sangat pasti tuan empunya pusat sangat bertoleransi untuk menggunakan besen yang besar. kay don't worry kay. Kemudian alatan itu akan disambungkan pada suis yang mengalirkan arus elektrik, dan pada masa itulah ion positif dan negatif mula aktif.
Untuk 5 minit yang pertama, (based on my own experience) akan keluar cecair berwarna kekuningan. Menurut Ummi, tuan punya pusat terapi warna kuning tu adalah toksik dari badan . Setiap warna yang keluar ada maksudnya yg tersendiri.
- Kuning kehitaman : Toksin dari saluran buah pinggang
- Kuning kemerahan : Merawat dan mencegah Penyakit Gout
- Kuning berminyak : Kolestrol
- Coklat : Masalah Hempedu
- Hijau tua : Merawat Masalah Batu Karang(Pundi hempedu)
- Buih putih : Kelenjar limpa
- Buih gelembung : Merawat Penyakit Gastrik
- Zarah putih berlendir : Ortoprosit tulang
- Hitam : Logam berat
- Merah : Darah beku
Ada side effect tak? Yang ni depend pada masing masing. Macam mak aku, tiba tiba pedih kat hati pastu berdebar je. Aku pulak bahagian kepala, berdenyut denyut macam kena cucuk. Tapi tak semua orang rasa. Bergantung pada orang.
Oh ya.. sebelum tu kitorang kena minum air Hidrogen dua gelas sekali kau, tersedak sedak minum. Air tu bukan air mineral biasa. Air apa entah , aku kurang beri perhatian waktu diberi penerangan mengenai air tu.
Saje je aku try terapi ni sebagai regangan sebelum sambung belajar nanti dan terkebetulan aku mmg suka mencuba sesuatu yang baru. Buang dulu yang negatif negatif baru senang nak terima sesuatu yang baru kan, inshaAllah. Why not kalau korang pulak cuba terapi ni.. sebab ni terapi ni boleh membantu variasi jenis penyakit, dengan izinNYA. Resdung, senggugut , lumpuh dan macam macam lagi.
Ni contohnya figurasi yang aku cuba minta korang bayangkan.. daripada terbayang sendiri yang entah apa apa entah macam mana, baik aku tunjuk gambar. Credit to google dan owner gambar.
No comments:
Post a Comment