2 Dec 2012

Kuat dan Lemah

Assalamualaikum

Izinkan aku membuang masa sebentar kerana membuat soalan math sememangnya mengancam kewibawaan aku sebagai seorang student yang rajin..muahahaha..
hari ni nak berdiskusi mengenai sesuatu yang sangat familiar dalam hidup kita. Seperti mana yang kita tahu, kat dunia ni Allah jadikan setiap sesuatu tu ada pasangannya.Even kita sendiri ada pasangan kita. Semuanya atas ketentuan Yang Maha Esa. Begitu juga apabila bercakap mengenai kekuatan..pasangannya ialah kelemahan. Wahh..sastera habis aku. Well well..aku anak cikgu BM. so bahasa kenalah bombastik kan..muahaha

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. insan yang lemah tidak bermakna sangat lemah..kerana disebalik kelemahan itu pasti ada terselit kekuatan di posisi yang lain. Hanya tuan punya badan dan Yang Menciptanya sahaja yang tau. Kau ape tau? hoho..macam tu jugak jika ada insan yang kuat, tidak semestinya dia akan sentiasa kuat dan kukuh berdiri dengan cubaan yang mendatang. U know what, kita berlari, kita merangkak, kita berjalan dan kita terjatuh..itu semua adalah resam kehidupan yang perlu kita lalui. Itu semua adalah proses bagi mematangkan kita.

Wanita selalu dikaitkan dengan perkataan lemah kerana ada kata kata yang menyatakan bahawa wanita adalah insan yang lemah. Sebenarnya, aku tak berapa gemar perkataan ni. Untuk pengetahuan jejaka jejaka idaman malaya sekalian, disebabkan wanita diasak dengan perkataan yang lemah inilah menyebabkan mereka menjadi lebih kuat daripada lelaki. Bukan nak condemn orang lelaki. tapi itulah hakikatnya..terimalah..ohh dunia. Tapi, disebabkan bebudak lelaki ni kadang kadang suka melemahkan dan melembikkan diri dia dalam sesetengah hal, buatkan aku suka guna ayat tu untuk tarik balik kelembikkan dorang tu. Adui,,tak sesuailah nak lembik lembik..  Akui, dalam Islam juga, kata kata ini di ' high light ' tetapi, bukanlah untuk menunjukkan betapa lemahnya kaum wanita ini. Tetapi sebagai point untuk orang lelaki menghormati wanita, tidak menggunakan kekerasan terhadap wanita dan aplikasikan sikap bertanggungjawab dalam diri orang lelaki. Kenapa mesti lelaki je yang kene bertanggungjawab?? Tak..wanita pon sama.. tapi..lelaki ke bakal menjadi imam. so why not kalau bertatih dulu mulai sekarang?

Sekian..

ohh..entry ini sangat suci dan nampak kemuslimahannya.. : D

No comments:

Post a Comment