9 Jan 2013

Keputusan MUET

Assalamualaikum :)
Mencuri ruang seketika ..melepaskan ketensionan yang datang mencurah curah.. Luarannya memang aku nampak macam hepi kemain 24/7..asyik gelak buat benda benda yang entah pape..macam tak pernah nangis..tak pernah ada masalah. Itu luaran..aku tekankan lagi kat sini..itu semua luaran yang penuh dengan kepropaan.. ohh dunia ini penuh kepalsuan..! drama sikit tak apa kan..

Rasanya..semua orang dah tau kan keputusan MUET keluar semalam. Dan boleh tak nak bangga sikit kat sini..erm aku rasa aku lah candidate pertama yang menge'cek' keputusan tu..sebab tepat pukul 12 terus aku cek..mudah dan berjalan lancar..terus je nampak result. Takde tersekat sekat.. adakah bukti bukti itu cukup kukuh untuk membuktikan yang akulah orang pertama yang cek keputusan tu?? Itu bukanlah persoalannya sekarang ini. Mari kita abaikan.

Back to the track, keputusan yang aku dapat taklah sehebat kau yang tengah duduk membaca entry ku ini. .juga tak sesukses kau yang tengah duduk kat sebelah orang yang tengah baca entry ku ini. Biasa biasa je.. cukuplah untuk naik setapak lagi..Secara hakikinya, dengan keputusan tu tak berapa nak kuat untuk dapat mana mana bidang yang mungkin aku belajar. Yang pasti, untuk menjadi pilihan utama pihak universiti, boleh aku summarise kan sebagai " its too hard ". Apetah lagi nak dapat research universiti..erm memang tidak lerr. Tapi mana lah tau rezeki menyebelahi insan yang somel ini..ini semua kerja Allah kan.. terima segala yang tertulis :) Rasa macam muslimah sangat sekarang ni.. **

Nak repeat ke tidak? Aku rasa..this is enough kot. Memang la agak frust sebab tak capai target yang aku nak. Dan aku pun tak sangka takat tu je rupanya level aku..bukan berlagak. Jujurnya, MUET ni aku agak amik remeh sikit..dah las las nak dekat dengan exam..baru gelabah tak menentu.. There u go..tu lah keputusan yang kau dapat. Kan dah kene selepuk. Mabelesssss..

Awal awal before aku check, aku dah inform ummi aku dulu , if the results is okay..i will directly calling u. if not..paham paham je lerr. lepas je dapat result..henfon ku sepi seketika. Tiada sesi penghantaran pesanan. Langsung. Tengah dok ralit mengerjakan database kat makmal , ummi hantar text..tanya pasal result. Sebagai seorang anak yang tak sanggup nak menghampakan ibu dan ayahnya..aku jawab dengan jujur dan ikhlas..echewahh.! Dapat ---- - je.. Satu pesanan ringkas sekali lagi datang berkunjung..ummi aku gelak *sabor je lah* Dia kata ..dah lidah jawa, nak di orang putihkan..memang liat sikit ( dalam bahasa jawa..aku pro..aku pahamlah ) .. okay...T,T

Sempat aku notice kat ummi jangan bagitau Mary..maluuuuuuuu.. Bila fikir fikir balik buat apa nak malu. Mary amik dua kali baru dapat sama macam aku. Aku sekali je.. * terrrrRIAK seketika*.
Takpelah..yang penting ummi jangan bagitau..biar aku bagitau sendiri. Lagipun Mary takde tanya apa apa..buat tak tau dah la kan.. Frust..frust.. dalam frust frust aku ni, aku still bersyukur..alhamdulillah..sekurang kurangnya aku sedar yang BI aku masih tak boleh diklasifikasikan sebagai bombastik.. I will do better for next coming exam.. Tebus tebusan habis habisan.. ehh kau..jangan cakap je ye.

Aku taklah se terror mana pun.. masih bertatih serta berhingusan lagi.. *klise* For those yang rase result korang agak kurengg..janganlah sedih melampau lampau..sedih tu memang perlu..sebagai kesedaran buat kita. Tapi beragak la.. Apa yang perlu kita fikirkan sekarang ialah masa masa kita kat depan nanti macam mana. Apa step yang kita nak apply dalam hidup. Jangan risau..kawan kawan sentiasa ada kat sebelah kau..teman kau..bantu kau untuk berjaya. Haishh..aku bukan nak cakap apelah..tapi aku rasa macam nak jadi pakar motivasi je lepas ni..boleh tak?? 

Kay lah..thats all for now.. Need to do some works yang sudah memanggil manggil aku. Bersaing hebat dengan katil yang juga tengah menggoda aku untuk tidur.. Dah la sejuk..tidur kompem tak bangun. Yuna sejuk sebab kat LA..Una sejuk sebab kat Kuala Pilah..takde kaitan eah? Kay bai. Adiosssss

No comments:

Post a Comment