Assalamualaikum :)
Salam pagi Khamis semua. Una sekarang officially penanam anggur tegar . Yeayyy! harap harapnya banyak menyumbang kepada pembangunan Negara lah. Harap haraplah.. Sekarang ni belum ada mood nak cari kerja even awal awal bulan sepatutnya sangat sesuai untuk cari kerja so nanti payment tinggi sikit..takpelah..Una tunggu kakak ipar deliver dulu and then jadi babysitter dlm 2 weeks maybe..pastu baru cari kerja.
2 hari yang lalu bersamaan dengan 30 April 2013..tarikh yang matric student definitely looking forward, tarikh yang mana kami menjadi mantan pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Sedih dan sangat sedih. But, deeply feeling so great being a piece of KMNS. Wa bangga jadi warga KMNS even pointer tak berapa nak bangga.. bangga gila wa cakap sama lu
Takut jugak sebenarnya nak jawab paper Fizik haritu.. dah la subjek major Una , ' las payper' pulak tu..kene pulak habis paper boleh terus balik.. Elak sangat asyik fikir pasal balik je. Alhamdulillah paper 2 , diri ini masih boleh dikawal rapi, masuk paper 1..kaybai. Apa apa pun..bersyukur sangat Una akhirnya dapat jugak tamatkan sesi pembelajaran kat sini. Tak sangka wa beb! Jujur la awal awal sem 1 selalu call parents nangis2 nak keluar. Tak tahan. Una bukan jenis , eh kau..duduk belajo.Hari ni kau buat kimia, pastu benti buat fizik , pastu buat math, pastu tengok running man..Eh? wa memang bukan cenggitu orangnya. Saya tak nak belajar kerana dipaksa, memaksa atau terpaksa. Sampailah kena ugut baru Una benti merayu nak keluar. kay foine.
Panjatkan kesyukuran sekali lagi sebab Allah bagi pinjam kawan kawan yang sangat baik..sentiasa ada dengan Una tak kira susah senang, jadi tempat Una mengadu itu ini.. well, Una 'masuk air' sikit. Bila dipertemukan dengan kawan kawan yang serba spesies sama dengan Una, rasa macam kita memang dijodohkan bersama..lol :x Baik roomates, bebudak blog..(woi salah eja!)..maaf , bebudak blok, classmates dan semua lah yang aku kenal..ternyata sama gila dengan aku. kadang kadang rasa macam aku ni kat matrik ke sepital gi**? ketawalah..aku buat lawak ni. kay.

s2ap7-nian :)
Kenal tak lama dan untuk jadi rapat macam ni sekali memang agak mustahil tapi tak mustahil sebab kita banyak habiskan masa bersama. Kuliah duduk sekelompok, duduk kafe sekelompok.. Happy bekerjasama dengan korang.. tak kisahlah apa orang nak cakap, we are who we are. macam aku cakap sebelum ni korang adalah 7 orang abang, 13 orang kakak dan seorang adik yang lebih matang dari aku.. huahuahua.. Awal2 perkenalan kita, aku faham semua orang malu2.. aku jer kurang nak malu kan kan kan.. ? Pada aku, malu tu perlu ada tapi mesti kena pada tempatnya. Aku tak cakap korang malu tak bertempat, biaselah orientasi. Aku je yang agak eks cited mungkin..yang paling aku ingat waktu nak buat sketsa, zahin ada idea tapi dia cakap dengan budak laki je..bila suruh cakap depan semua..dia diam. hehe..sori zack peaceyaw. Dan ..tipulah kalau aku tak ingat sesi lakonan yang sangat menebalkan muka aku.. seronok ye gelakkan aku ..takpe takpe.. at last, masing masing tunjuk true colours masing2.. macam2 lah perangai korang rupanya..masing2 lawan tanduk sapa lagi tinggi..
dear nina and yana,
thanks sebab sentiasa jadi tembok yang kukuh dan kuat untuk insan yang serba lemah ini bersandar.. tak jemu dengar korang marah, bebel, tegur , sabar je dengan perangai aku dan wat so ever.. Nina, inshaAllah..kalau tak ada kekangan, kite boleh selalu jumpa.. Series rumah kitorang memang dekat gila. kalau nina kawin korang boleh stay rumah aku..takde hal la..ecehh. Yana, unnie, sifu.. thanks byk bantu aku dalam study..u are such a great sifu. Kalau ada each of us yang give up, masing masing berlumba nak bagi kata semangat. Thanks buat studygroup sama2. Even awalnya korang tau yang aku tak leh masuk sangat dalam studygrup sume ni. Sebab dah terbiasa lama lama aku adapt sendiri.Maaf kalau sepanjang kita rapat , yelah since orentasi da start rapat bertiga kan..aku tak sedar percakapan atau perbuatan yang buat korang tersinggung.. aku bakal merindui gosip gosip kita bertiga.. haha..


Dear Siti Fairuz,
a great friend! Jatuh beberapa kali tapi masih boleh bangkit sendiri. Orang akan nampak Fai sangat kuat.. Aku tau kau kuat walau banyak mana alasan kau bagi, aku percaya semangat kau sangat kuat. Fai, i am really sorry for wht had happened between us dulu.. aku salah menilai sahabat aku sendiri. Thanks tak putus2 motivate aku.. belajar dengan aku, ajak aku pergi rumah kau, buat rumah kau macam rumah aku sendiri, mak kau treat aku macam anak sendiri..aku segan gila bole tak.. lately aku macam ada problem, kau tanya aku okay ke tak.. concerned pasal aku..thanks a lot beb.. Aku belajar macam macam dari kau. I am not strong enough , nak bangkit dari jatuh..memang bukan senang. Sorang lagi sahabat yang aku respek. Bila kau down,aku rasa terpanggil nak motivate kau pulak. At the end, aku realise..we still need each other. Just ingat apa yang Madam Corsi penah cakap kat kau, u such a special girl. ignore other thing.. apa yang jadi sebelum ni, aku amik hikmahnya. Alhamdulillah aku dapat rasa hikmahnya..:) thanks friend.
Dear Wawa,

Dear mumy and mak,

Dear Afiqah, thanks banyak bantu and tolong aku sepanjang kat matrik ni. mintak maaf kalau terkasar dengan kau ke or wat so ever yang menjengkelkan hati kau..aku minta maaf. never regret by knowing u :) ingat lagi masa orientasi, aku suka tngok kau sebab kau asyik senyum jee..haha

Dear waheda, E-ed, cik ta, wawaheda dan sebagainya.. lately glamer eah.. dengan citer nak kawin dengan zain saidin? hohoho... waheda, sem 1 kite tak rapat sangat pun kan.. naik sem2 ni baru kite rapat dengan waheda, mungkin sebab kite satu grup dgn waheda dalam BESMA tu.. seronok kawan dengan waheda, lagi satu, thanks jadi pembaca setia blog tak seberapa ini.. teruskan membaca kay.
Dear memey, maaflah masa ikut saya balik, saya tak bawak awak jalan jalan pun.. nak balik matrik, sakit pulak tu. awak yang kene tahan lapar, jaga saya masa dlm train.. terharu mehhh.. maaf tau. Datanglah johor lagi kay, inshaAllah awak nak pergi mana je ..saya bawak awak kay..takde masalah kawan dengan cik memey ni.. dia bahagia je, aku pun tumpanglah kebahagiaan dia jugak.. memey, tengok dlu awak hampir nak mengalah at last dapat habiskan matrik jugakkan? inshaAllah satu hari nanti Allah bayar penat lelah awak kay daling..
Dear Wahyu, terima kasih tumpangkan bilik walaupun cuma sehari dua..tengs sangat. layan je perangai kita, nak tu nak ni.. senang bg kerjasama dengan wahyu..senang cerita tengs for everything ;)
Dear Faziera, awal orentasi kite agak rapat..duduk sebelah sebelah pulak tu. Dan kau tak habis habis cakap Zamir comel, aku iyekan je..padahal aku tak tau kenapa aku agak takut dengan zamir waktu tu.. dont ask me why..i just don't know. apa apa pun..tengs for being such a good fren.. maaf kalau ada teguran2 aku yang tak menyenangkan kau ke..ape ke..maaf yek.
Dear boys of s2ap7
Dear Azfar, thanks for always try to make other people laugh and smile.. jahat jahat mana aku layan kau, kau mesti baik je dengan aku.. haha sorry sorry penolong korang memang kasar amat perangainya.. thanks jugak ajar fizik, chemist..thanks a lot beb!
Dear Eddy, thanks for the Ferrero Rocher yang aku dah habis makan kat matrik hari tu.. aku faham kau ni pemalu gitu orangnya..thanks again la for any of your help..suksess suksess muahaha.
Dear Shiresh, macha thanks a lot ! presentation will not going well if u were not there. Kalau kau takde time tu..memang masaklah kau kene dengan aku .. glad to see u in this class and u adapt with the classess very well..
Dear Aqil, terima kasih daun keladi kerana menjaga rahsiaku dengan baik.. haha aku dah tak utang apa2 kan? have fun kawan dengan kau..kau layan aku macam aku ni adik kau.. thanks kadang2 bg kata2 semangat..and haa tengs cadburry, pun aku dah habiskan jugak ehehe..
Dear Zahin Zuhairi, sahabat yang baik.. maaf aku takde niat nak kecilkan ati kau pasal entry lepas pasal ketua and penolong praktikum tu. sikit pun tak de niat nak perkecilkan hati kau.. time tu aku macam konfius lagi..asal kau benti haa? macam tu.. well, nk pegang jawatan, risiko nak hadapi apa2 case tu sgt tinggi. thanks lantik afiq yang sgt boleh diharap.. nasib aku baik la afiq jadi ketua.. kire aku trust dia, papehal dia boleh handle. alhamdulillah everything is okay. erm.. bes kawan dengan kau, sentiasa ada niat nak perbetulkan diri..kau kene kuat semangat beb. barulah dapat hasilnya..
Dear zamir, puas aku mengorek gambar yang ada kewujudan kau disitu..supaya fair semua org ada dlm gambar..zamir sepanjang kenal kau..menyirap ke tak menyirap..lama lama kita akan lali dengan perangai orang..yelah setiap manusia lain2..tengs for teaching me sometime..do appreciate it.
Dear Apit. firstly, thanks sebab tolong roomate aku siapkan presentation bi dia., sori sangat tak de niat nak malu kan kau ape tau..tengs for everything..takut sangat kau rasa terbeban haritu. huhu
aku tak harapkan apa apa, nak bagi apa apa jauh sekali. Ana tidak punya harta.. aku cuma boleh doakan korang, semoga kita sama sama berjaya inshAllah..Allah nampak usaha kita..dan DIA maha mengetahui..tengs semua. u guys memang the best lah! Semoga perpisahan ini adalah perpisahan yang terpelihara. Berdoalah semoga ukhuwah yang kuat ni akan terus kuat. By the way, remember my words, we are not loosing each other..we are only far part.. From now on, marilah usahakan tanaman anggur kita dengan jayanya. saranghae
lotsoflove~husna
friendship never end...i hope
ReplyDeletei love to say never say never.. haha
ReplyDelete