26 Jun 2013

Akhirnya, Dayah Pergi

In The Name of ALLAH The Almighty and Most Great Creator

Assalamualaikum

**sila pause lagu di footer sebelum membaca untuk mendapatkan mood yang baik sesuai dengan entry ini**

Allahuakbar, Allah Maha Besar . Segala puji hanya bagiMU Ya Allah

Baru tadi Husna post pasal Dayah kan.. herm.. Dayah dah pun tinggalkan ahli keluarga, sahabat sahabat dia dan kita semua kerana Allah Taala. Sesungguhnya daripada DIA kita datang, kepadaNYA jua kita kembali .

Firman Allah SWT yang bermaksud::

Katakanlah(wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada ALLAH yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata. Lalu ia memberitahu kepada kamu, apa yang telah kamu lakukan (serta) membalasnya.
(Al-Jumuat: 8)

 
Dayah, sesungguhnya kitorang semua sayangkan kau dan akan sayangkan kau sampai bila bila. Tapi, macam mana pun sayang kitorang kat kau, Allah lagi sayangkan kau. Allah kan maha pengasih.. Kitorang tau kau dah lama tahan sakit tu kan.. Allah saja nak bagi pahala kat orang lain.. kitorang tau kau penat.. kau rehat ye kat sana. Tunggu yang lain, sama sama kita kat sisi Allah nanti.
 
Lepas tengok kondisi Dayah petang tadi, Husna tau dia tak akan lama.. tapi tak menyangka secepat ini. Alhamdulillah, Husna sempat jumpa dia buat kali terakhir. Untung arwah pergi di awal usia. Mungkin selepas ini kita pula. Ape lagi yang perlu kita buat kalau bukan banyakkan amalan..
 
 


6 comments:

  1. :( sedih sha baca pasal kwn husna .. moga rohnya dicucuri Rahmat .. Alfatihah ..

    ReplyDelete
  2. innalillahiwainnailahirajiun..semoga arwah ditempatkan dkalangan org beriman.

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah, baru je lepas baca kisah yang sebelum ni..

    ReplyDelete
  4. innalillahiwainnailaihirajiunn...

    ReplyDelete