15 Jul 2013

Allah bukakan pintu

In The Name Of ALLAH The Almighty and most Great Creator

Assalamualaikum

Dah masuk hari keempat lepas keputusan UPU keluar, tapi sampai ke hari ni still belum sampai ke penamatnya cerita pasal UPU ni. Baik kat facebook, twitter, instagram , blog semua masih dalam mood UPU.

Husna dah awal awal lagi tekan button confirm walaupun pada hakikatnya agak ralat dan terkilan sebab tak dapat bidang kejuruteraan , sesuai dengan bidang yang Husna amik masa kat matrik dan memang cita cita Husna dan juga pekerjaan yang ayah sangat idam idamkan anaknya berkecimpung dalam tu. Padahal setiap kali bila Husna utarakan yang Husna nak jadi engineer, banyak cakap cakap negative . Mak Husna memang 50-50 benarkan anak dara dia yang bongsu ni jadi jurutera. Mungkin sebab kejuruteraan ni basically agak lasak, memerlukan seseorang rajin turun side, panjat sana, panjat sini, look around a machine..or something like that. Kerja kerja lasak ni orang lelaki je sesuai, katanya. Lebih elok orang perempuan kerja yang kat dalam , lebih selamat sesuai dengan imej perempuan yang lembut. Jadi cikgu macam mak lagi okay. Huhu. Dalam masa yang sama mak sokong sebab itu minat aku.

Awal awal masa kemaskini UPU mak agak marah sebab 80% adalah kejuruteraan. Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Kimia BioProses, Kejuruteraan Perisian Komputer ..mesti ada kejuruteraan kat depan tu. First choice sampai yang 12 termasuk RU kebanyakkannya adalah kejuruteraan. Disebabkan Husna belajar Fizik maka kejuruteraan pada Husna sangat penting. Mungkin sebab minda dah disetkan, oh kalau Fizik kena jurutera jugak, tak boleh tidak. Mak betul betul risau kalau result PSPM 2 yang bakal Husna dapat tu tergelincir , dan UPU kena lelong, tak tahu end up nya macam mana. Hati mak kan..

Result PSPM 2 keluar, Husna tak dapat high pointer sgt, Malah Husna akui Husna lagi bangga dengan result masa PSPM 1. Cukup cukup makan. Husna ulang ayat sebelum ni . Hati mak.. Naluri mereka lebih kuat. Husna sedar, tersentak. Husna terlampau yakin yang Husna akan dapat pointer yang lebih baik. Bukti yang lebih tepat subjek yang Husna score adalah subjek yang Husna tak berapa minat. Walhal yang kegemaran sangat tu lebih rendah. Husna redha. Kemaskini UPU kali kedua, keliling semua adik beradik, mak ayah termasuk ipar duai dengan anak sedara aku sekali. Tak masal lah budak botak tu nak join sekaki bincang UPU. hermm. So untuk first choice, selepas ditimbang tarakan Husna amik jugak engineering. Tapi untuk sedapkan hati mak, Husna amik Food Engineering kat UPM. Rasanya, tu jelah yang Husna harap harapkan dapat. Sebenarnya ada kakak sedara yang amik bidang ni kat UPM, dia yang suggestkan.. dia dah cerita semua sampai Husna rasa tertarik yang amat nak amik kos ni. Memang dah tanam dalam jiwa ni UPM UPM UPM. haaaa..Selebihnya amik Food Tech, Perkhidmatan Makanan, Science Comp, Computer Engineering, Chemical Engineering.. dan sebagainya. Walhal ada bidang yang Husna amik tu lari sikit dari bidang khusus kat Matrik. Husna tawakal. Tu semua konklusi pilihan Husna dan keluarga. Apapun yang Husna dapat Husna akan redha,. Padahal... kalau boleh harap sangat Allah makbulkan dapat UPM .

At the end, permohonan ke UPM tak dapat. But then I got an offer from UMT for Sains Pemakanan (Perkhidmatan Makanan). Ramai yang agak tokojot gitu, kenapa lari jauh sangat. Suddenly lose an idea of what I have to say. ..

First impression lepas cek, tergelak besar sebab Johor--> Terengganu bukan perjalanan yang singkat. Tapi masih bersyukur , ada kawan yang dapat Sabah/Sarawak..feel sorry for them. Diorang amik semua tu sebagai jihad, pengorbanan untuk belajar. Husna pun kena tanam semua tu jugak dalam diri from now on. Macam yang Husna cakap tadi lah, dalam hati ni sedih walaupun zahirnya gua ketawa sekuat kuatnya.Tapi kita balik pada realitinya, pada hikmahnya. Allah tak izinkan kita dapat apa yang kita nak kerana DIA sayang akan kita, kerana DIA lebih tau baik buruk yang bakal berlaku. Husna masih bersyukur sekurang kurangnya itu masih dalam pilihan Husna, bukan lelong. Husna masih diterima sedangkan ada lagi ramai yang terkandas, bersungguh membuat rayuan semula.

Bila Husna recheck semula permohonan Husna tu, kebanyakkan kejuruteraan Husna letak pada pilihan ke4 hingga bawah. Sains makanan ni pulak pada pilihan ke3. Sedihnya aku,, !!!

Again Husna remind diri balik, anything happened for a reason. Kawan kawan pun semua happy dengan result masing masing walaupun ada yang sedikit celaru nak pilih mana satu, nak continue dgn course tu ataupun tidak.. Seronok tengok kelam kabut diorang. Wawa, Azfar, Eddy, Atin,Iera, Afiq, Apit, Zamir, Nina, Yana, Fiqah, Qiqi, Tyty, Fai, Alida, Memey, Cik Ta, Wahyu, Aqil ,Zahin and Shiresh. Mohon mereka tersedak sedak sekarang ni kakaka.. Mana mana yang belum ada rezeki tu, ingatlah rezeki tu sentiasa ada cuma cepat atau lambat. Yang penting jangan patah semangat :)

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, Husna tak ada rezeki lagi dalam engineering. Sapa tau satu hari nanti Husna sambung master dalam engineering kan. sapa tau juga Allah bukakan pintu ini supaya pintu pintu yang lain lebih mudah dibuka?  Syukran ya robb

2 comments:

  1. Hahaha...pape pun cogratez r una.
    rezki kau ah dpt tgk penyu tiap2 ari...haha =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aih.. nak order keropok losong?? wakaka

      Delete