30 Aug 2013

Azab Untuk Para Wanita


Assalamualaikum.

Langkah peringatan untuk sesame kita yang serba kerdil .

 Baca, jangan tak baca , untuk renungan
(tolong ingatkan kepada semua kaum perempuan yang anda kenal)...


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

28 Aug 2013

Aku mahukan mereka sampai bila bila

Assalamualaikum.

Hari ini adalah cerita roommates di matrik secara kesuluruhannya. Semuanya. Sebab aku tak rindu langsung pada diorang. Serius tak. Sila percaya.

Allah, aku rasa macam nak menangis tengok ramai kawan kawan baru kat group UMT sibuk mencari roomates mereka yang baru. By the way , pengurusan UMT telah beritahu bakal mahasiswa mahasiswi kolej kediaman yang akan kami duduki. I like. Tak adalah terkocoh kocoh masa hari pendaftarankan? Ada yang jumpa, ada yang baru jumpa sorang, ada yang langsung tak jumpa. Dan aku faham perasaan orang yang tak jumpa tu sebab aku salah seorang daripadanya. Naik frust naik gila jugaklah tak jumpa jumpa. Asyik asyik jumpa jiran tetangga, orang rumah tak jumpa lagi.. ecewah.

Tujuan mencari roomates kat group tu memang macam sakai sikitlah. Definitely, banyak tanggapan negative macam, ' eleh, kenapa tak announce satu dunia je pasal bilik kau tu? ' etc. Tapi kita ambillah dari sudut positifnya yang mana aku sendiri pun mencari dengan niat yang suci murni. Bukan suka suki. Takat nak kenal kenal, memang kat sana pon boleh.. Namun begitu, perbincangan scara alam maya perlu juga.

That's it.

Aku cuma mampu menjadi seorang pemerhati yang setia melihat kesibukan orang ramai mencari sahabat sebantal setilam sekatil yang baru kat group tu. Jadi sebak yang teramat , teringat pada roomates matrik yang hati hardrock macam aku. Baik Anisa yang kitorang cuma sempat beramah mesra lebih kurang sebulan je, apatah lagi Yana dengan Tikah yang pernah sekatil dengan aku, kongsi meggi sambil tengok running man, gelak tak ingat dunia, kutuk felo ..eh? ops ops

Dengan diorang aku tak pernah plastic. They may be truely my sisters and sometimes I act as their mum, dalam dunia matrik yang bukan satu dongeng ini. So that's why they easily called me ' mak '. How dare.

Anisa, I don't know where she is right now. Lepas keluar matrik dah jarang contact. And I should said, kami tidak berhubung langsung. May Allah keeps protecting her.. yep of course I miss her. the one I only talk often to. then, suddenly dia pergi secara tiba tiba.. terkilan.. Tapi sebagai manusia yang masih rasional , dia masih punya minat dan kemampuannya yang tersendiri, takpe nisa..kami faham.

Yana, the only cutest teddy bear of mine. A great curator I guest. HAHA. Ada je cerita pelik dari dia , yang agak nonsense tapi lawak bak hang.. buat aku ketawa sampai keluar air mata. And now, she's going to Unikl. Seorang yang gila running man dan mampu tengok running man marathonly sampai lewat pagi. Oh ya, maggi lovers. Macam macam jenis maggi makcik ni ada. Haishh.

Tyka, kelantanese girl of high spirit with whatever she's doing. Really passionate. Paling rajinlah antara kitorang. Aku Nampak sangat work hard dia, dari apa yang dia cerita, dia lalui, aku yakin satu hari nanti dia akan berjaya dengan jayanya. Dia dapat UMS utk degree. Dan dia akan bergerak, daftar , terbang ,survive sendiri without anyone teman dia. Ya Allah how strong she is. Gigihnya dia. Kuatnya dia. Aku tabik ! Pengorbanan tu sangat berharga.

Ya Allah sumpah rindu mereka. Macam tau tau aku rindu, tiba tiba dapat kol dari tyka dan aku bertwittering dengan yana sepuas hati aku.  Aku mahukan mereka sampai syurgaMU Robbi. Jagakan mereka. Lindungi mereka. Berkati usaha mereka. Jauhkan mereka dari segala macam bala bencana. Sayangi mereka. Ameen :)

23 Aug 2013

Terapi Ion Rendaman Kaki

Assalamualaikum

Terapi Ion Rendaman Kaki adalah sejenis rawatan yang menyeimbangkan ion positif dan negatif dalam tubuh badan manusia. Fungsinya banyak. Antaranya membuang sisa toksik dalam badan, melancarkan peredaran darah, mengeluarkan darah beku dan banyak lagi. Paling tak terjangka boleh hilangkan jerawat. It's not hilangkan.. more to mengecil dan mempercepatkan jerawat tu nyah dari muka korang. Bila sebut 'hilangkan' rasa macam, after terapi terus jerawat tu ghaib. Serius. Itu yang akan aku bayangkan sebab imaginasi aku tinggi.

First time buat tengahari tadi dengan mak since orang laki semua berebut rebut ke masjid mengumpul pahala dengan mengerjakan solat jumaat, Alhamdulillah. So, kitorang pun rasa macam ..eh sementara tengah kosong dekat pusat terapi tu, apa kata kite meriahkan tempat tu? macam tulah lebih kurang. So drive dari sekolah mak terus ke pusat terapi tu, tak jauh dari rumah sebenarnya. Sekadar untuk pengetahuan penduduk Kluang jelah ya, pusat terapi ni terletak berhampiran dengan Masjid Kampung Tengah. Nama lorong tu klasik ala ala kejawaan iaitu Lorong Wak Kermin.. amacam? Ini pertama kali, memang teruja la nak buat. Selama ni cuma dengar cerita orang , tengok kat tv.. serasa diseru seru untuk turut melakukannya. ceeeeh.

Aku baru rasa macam berangan nak amik gambar tu gambar ni, konon nak masuk dalam instegewem ke, fesbuk ke, twitter ke.. blog ke..dan entah apa lagi laman social yang ada sekarang. Rupanya memang angan, sebab terpampang kat sekeliling tempat tu.. benda alah ni.


ooooo
 
Makanya, erm tak apa lah mungkin ada sebab tersendiri kenapa tuan punya pusat tak bagi kebenaran kita amik gambar. Sebenarnya, tempat lain aku rasa okay je macam tak ada hal je nak buat camtu.. yelah macam aku cakap tadi , mungkin ada sebab tersendiri. Kot maybe ada side effect ke nanti kan.. kita tak tau. Sebagai seorang yang berdisiplin, maka ku patuhi arahan itu.
 
Terapi ni menggunakan alatan yang disambungkan dengan elektrik. Alatan tu ada ion yang macam masa sekolah dulu kimia korang ada belajar cathode dan anode ..haa camtulah rupanya benda tu. Kaki kita direndamkan bersama sama dengan alatan itu dalam bekas yang bersaiz sepatutnya. Jangan risau, kalau kaki kita besar gajah pun, aku sangat pasti tuan empunya pusat sangat bertoleransi untuk menggunakan besen yang besar. kay don't worry kay. Kemudian alatan itu akan disambungkan pada suis yang mengalirkan arus elektrik, dan pada masa itulah ion positif dan negatif mula aktif.
Untuk 5 minit yang pertama, (based on my own experience) akan keluar cecair berwarna kekuningan. Menurut Ummi, tuan punya pusat terapi warna kuning tu adalah toksik dari badan . Setiap warna yang keluar ada maksudnya yg tersendiri.

 

  1. Kuning kehitaman : Toksin dari saluran buah pinggang
  2. Kuning kemerahan : Merawat dan mencegah Penyakit Gout
  3. Kuning berminyak : Kolestrol
  4. Coklat : Masalah Hempedu
  5. Hijau tua : Merawat Masalah Batu Karang(Pundi hempedu)
  6. Buih putih : Kelenjar limpa
  7. Buih gelembung : Merawat Penyakit Gastrik
  8. Zarah putih berlendir : Ortoprosit tulang
  9. Hitam : Logam berat
  10. Merah : Darah beku 
Macam aku, perubahan yang berlaku pada warna air rendaman ialah kuning siap siap warna coklat, buih buih  bergelembung pastu macam ada minyak minyak. Korang mesti penah nampak kuali atau periuk yang sebelum tu digunakan untuk masak asam pedas ke kari ke.. mesti macam ada tertinggal minyak kat dinding periuk atau kuali tu kan? Lebih kurang macam tulah rupanya. Macam apa yang korang nampak pada list atas tu, kuning berminyak adalah kolestrol. Setiap kita ada benda tu okay.. even kau kurus macam lidi pun, kau ada kolestrol. Cuma tinggi atau rendah, depend pada tubuh badan kita. Ummi cakap mungkin aku kuat makan fastfood. ehehehehhehe.. sah sah semalam aku makan kepsi. ini makan diaaaa. Coklat nak ke hitam tu pulak sebab ada masalah pada pancreas so ummi cadangkan untuk aku buat check up kat hospital. Tokojod jugak arr.. mak aku tak pasal jadi risau je. Buih gelembung tu sebab aku memang ada gastrik. And guess what gelembung aku lagi banyak dari mak.. Macam berlawan pulak. Kiranya dalam badan aku banyak angin. Herm..mungkin sebab aku jarang naik angin.. ceeeeeh. hahaha

Ada side effect tak? Yang ni depend pada masing masing. Macam mak aku, tiba tiba pedih kat hati pastu berdebar je. Aku pulak bahagian kepala, berdenyut denyut macam kena cucuk. Tapi tak semua orang rasa. Bergantung pada orang.

Oh ya.. sebelum tu kitorang kena minum air Hidrogen dua gelas sekali kau, tersedak sedak minum. Air tu bukan air mineral biasa. Air apa entah , aku kurang beri perhatian waktu diberi penerangan mengenai air tu.

Saje je aku try terapi ni sebagai regangan sebelum sambung belajar nanti dan terkebetulan aku mmg suka mencuba sesuatu yang baru. Buang dulu yang negatif negatif baru senang nak terima sesuatu yang baru kan, inshaAllah. Why not kalau korang pulak cuba terapi ni.. sebab ni terapi ni boleh membantu variasi jenis penyakit, dengan izinNYA. Resdung, senggugut , lumpuh dan macam macam lagi.

Ni contohnya figurasi yang aku cuba minta korang bayangkan.. daripada terbayang sendiri yang entah apa apa entah macam mana, baik aku tunjuk gambar. Credit to google dan owner gambar.



20 Aug 2013

Salam Aidil Fitri


Assalamualaikum.

Salam AidilFitri. Salam mahabbah .

Think of not too late for wishing you guys Happy Eid Mubarak since.. raya melayu kan sebulan. Ceeeeeeh.

Selamat Hari Raya untuk rakan rakan blogger, pembaca , rakan rakan yang lain yang sudi membaca nukilan sememeh ni. Mohon seribu kemaafan atas segala salah silap , penggunaan kata yang tak disengajakan atau mengguris hati mana mana pihak . Ikhlas dari naluri hati yang suci leluhur murni sejati.

Raya tahun ini, family husna sambut secara ala kadar , tiada tema atau baju boria. Persiapan husna pun lebih kepada untuk masuk universiti nanti. Baju raya main pakai je apa yang mak tempah .. tak ada pilihan sendiri. Berserah dan tak kisah. Husna memang tak cerewet pasal baju, asal tak senget benget kain tak sama dengan orang lain cukuplah. Yang penting sedap mata memandang dan menutup aurat kan.  Tapi ..sedih sikit. Yelah bila ada antara family kita yang dah ada keluarga sendiri memang rasa lain sikit. So salah sorang abang husna tahun ni beraya dengan family mertua , so rasa macam...u know . selama lama ni bila bergambar cukup je ahlinya tetiba tahun ni ada kureng sikit. Tapi tu semua tak penting. Tak penting.

Yang penting.. duit raya. Kan? HAHAHA

Memang malu nak terima duit raya lagi bila dah besar macam ni walaupun secara hakikatnya dalam hati ni meronta ronta nak duit raya. haha. Macam biasa sebelum dapat duit raya mestilah ada sesi bermaafan kan. Husna memang kalah bila masuk part maaf bermaafan ni. Air mata senang je nak tumpah. Nampak sangat banyak buat salah kan?? Ya...! Husna memang terasa beban dosa yang bertimpa timpa sejak sejak nak bergelar remaja yang nak memberontak ni, hoho.

Erm. tu jelah. Selamat hari raya again.

 
 
Kay.. ni je. nak tengok lelebih tengok kat instegewem kite yek. bye. adios. 

2 Aug 2013

Tell me who's more perfect than him?

In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful

Assalamualaikum

I know a man who lost his parents but refused to be called as an orphan. He was man enough to love a strong woman years older then him, worked for hem and made her stronger, opened his heart to her, shared his fears to no one but her. He was faithful to her till her last breath. Cleaned after himself and sewed his own clothes. He was good looking, courageous and fearless. He never judged anyone on their pasts or looks, and was moderate, open minded and tolerant. His neighbour was Jewish and his cousin-in-law was a Christian priest. Beaten and exiled when he was helpless, he was merciful when he became stronger. Intelligent, wise and a hard worker, he built a long lasting nation out of nothing in the last 20 years  of his life. He had no parents, but loved his daughters and grandchildren. His last will was " Be good to women". This man was a mercy for all mankind, this is my Prophet Muhammad  S.A.W




Big sorry for my inadvertent error of spelling creator to creature for the few past of entry. Admit of my own careless and thanks a lot for correcting me. I owe your good deed. :)