15 Sep 2013

Intake Kedua Pengajian Ijazah Sarjana Muda : TAHNIAH !!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Beberapa hari ni blog macam tak boleh bukak. Bila log in eh dia kata kite ni bukan owner blog ni. Eh dah kenapa? Profile kosong, semuanya kosong kosong kosong. Sedih yang amat jugaklah, medium yang gigihku bina hancur di tengah jalan. Memang dah ada niat nak block pastu buat baru arr.. tapi bila saja bukak dengan lafaz BISMILLAHIROHMA NIROHIM.. Alhamdulillah segalanya kembali kepada yang asal. Senyum sikit :)

Hahahaha..

Okay, actually nak ucapkan berjuta juta kali TAHNIAH ! buat sahabat sahabat yang dapat meneruskan pengajian kalian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk kemasukan kedua bagi tahun 2013/2014 terutama sekali untuk kawan sepraktikum yang pernah sekatil sebantal, yang menjaga dan menatang diriku seperti minyak yang ponuh masa tengah sakit dulu, Memey.. Ya Allah suka sangat untuk dia. Alhamdulillah dia akan teruskan pengajian ntuk course Kejuruteraan Perhubungan kalau tak silap kat Unimap.. Wuuuhuu i'm so jelly kat sana ramai member2 praktikum pastu crush aku pun kat sana BHAHAHAHA. hermm jujurlah pulak. Memey pun gembira habis, dan aku kat sini , di kejauhan ini hanya mampu mendoakan kebahagiaan dan moga segalanya dipermudahkan.


 
 
Yang penting tak kisahlah awak intake pertama ke intake kedua ke, level kita yang sebenarnya sama jee. Yang intake pertama ni pun takde belajar banyak mana. Baru kias kias sikit. Tapi yang geram, untunglah awak semua tak ada orientasi yang <<asdfghjkl!?>> tu. Hahaha * insert lah apa apa yang korang suka *.
 
Dalam masa tumpang gembira untuk yang dapat teruskan pengajian tu, aku pun turut bersimpati dengan mereka yang tak dapat. Contohnya, roommate punya kawan tu 3 orang tak dapat mana mana walaupun pointer memasing gila hebat. Apa yang boleh aku describe kat sini, semuanya bergantung pada rezeki .. tak naklah cakap ada khilaf mana2. Usahalah lagi.. selagi kita masih mampu untuk berusaha, gigihlah cari peluang lagi. Ye tak?
 
 


3 comments: