5 Apr 2012

PENATTTTTT

Assalamualaikum.

Bertambah tambah macam nak demam bila fikirkan pasal wedding akak dengan abang tak lama lagi. Diorang yang nak kawin, tapi adik beradik lain memang memerah keringat habis habisan. Nampak tak berfeluh ni = ='

2 wedding dalam satu majlis memang mencabar kededikasian diriku ini. Haha. Lagi lagi ni wedding pertama dalam family. Niat untuk buat majlis yang sederhana mungkin bakal bertukar menjadi sesuatu yang grand. Mungkinlah..

Petang tadi, lepas test JPJ baru berangan angan nak balik rumah, goyang kaki, tidur sekejap. Bangun, pastu makan. Lepak lepak...haihhh. Mimpi saje OKAYYY =D Mak ayah dah sibuk ajak beli itu beli ini sebagai persiapan. Memandangkan my sis akan bernikah lebih awal iaitu pada akhir bulan 6 ini, maka kami turut terdorong untuk membuat persiapan lebih awal. Rasanya, bulan bulan cenggini memang dah patut bizi fikir pasal persiapan hari nikah tu.

Kepala jadi lagi pusing, tengok terlampau banyak sangat barang yang dibeli. HAHA. sabar jelah.
And for tomorrow, mak awal awal lagi dah siap bagi job untuk aku setelkan. Well, saya seorang bibik. hihi.
By now, kepala akan jadi serabut fikir pasal ni semua. Akak, abang, lihatlah adikmu ini sanggup melakukan apa saja demimu. Lautan api sanggup kurenangi, ombak badai sanggup kuredah. Propa sangat kan kan kan??
Aduhaii ; )

No comments:

Post a Comment