Assalamualaikum.
Mencintai atau menyukai seseorang adalah fitrah kita sebagai seorang hamba-NYA. Sedangkan budak kecik juga punya naluri menyukai seseorang. Mengapa perlu dipertikaikan? Berusaha benar kawan aku sorang ni mempersoalkan , kenapa bebudak sekarang ni tidak senang duduk tanpa kehadiran seseorang yang dipanggil pakwe dan makwe , kenapa bebudak sekarang ni tak boleh nak lari daripada sifat suka akan seseorang. Memang totally agree lah, couple adalah HARAM. Dan, apabila HARAM , ianya tetap HARAM walaupun cuba di islamik kan. Matlamat tidak menghalalkan cara =) Kita mesti ingat, naluri itu adalah satu naluri yang memang Allah dah jadikannya sebagai input dalam hidup kita. Takut nak hurai lebih lebih. Bimbang terpalit pada diri sendiri. huhu.
Maaf kawan. Bukan nak cari pasal, sekadar memberikan pendapat. Yelah, saling memperbaiki mana mana yang kurengggg. Itulah fungsi kawan kan?
Tidak salah untuk mempunyai perasaan suka kepada orang lain. As long as , kita pandai kawal diri, tidak terlalu memberikan ruang untuk si Nafsu, dan macam macam cara lagi kita boleh buat untuk avoid dari sebarang perkara negatif berlaku. Kalau ikutkan, usia usia kita ni, terutamanya mereka mereka yang masih pakai baju sekolah tu, tidak molek untuk bercinta. Katanya, cinta monyet. Ye, betullah tu. Biarlah berkawan dulu. Lagi molekkan???
Bukannya aku nak propa. Konon macam tak pernah bercinto pulok. Pernah memang pernah. Malah , dalam zaman sekolah rendah lagi, sudah mula ada perasaan perasaan sebegitu. Kite suke die.Die suke kite. Suweet kan? Naik sekolah menengah, lagilah kan. Masing masing dan pandai nak berlawa, berhensem henseman. Kena pulak, sekolah yang pergaulannya agak freee. Haihhh.. Tapi bila dah besar ni, aiik besar ke??
Besar lar.. i dah habis sekolah okayyy ** hahaha. Bila rewind balik cerita cerita masa zaman lampau dulu, mesti tergelak sendiri. Kelakarnya lah perlakuan kita tu. Ni apa yang aku rasalah, apa yang korang rasa mana aku tau kan kan kan.. Dan bila korang sedang berjalan and then terserempak dengan sepasang couple yang tengah bercintan cintun tu, automatically korang akan ada rase menyampah. Menyampah bukan kerana jeles, tetapi kerana ' hish, bebudak ni kecik kecik dah pandai bercinte bagai '. Terfikirkan anda semua mungkin perasaan menyampah itu juga pernah dialami oleh orang yang dah pernah terserempak dengan korang yang sedang bercintan cintun tu dengan partner korang tu? Haaaa camne??
Macam tulah apa yang aku rasa sekarang ni. And now i realise that i have lost a precious time , which i could spend it with all other precious things. Regret tahu tak?? Haishh menyesal pun tak guna kan.. Takpelah mungkin pengalaman yang aku dapat tu , boleh mematangkan diri lagi kan. Erm..macam tulah.. =)
No comments:
Post a Comment