Nama saya Husna Hazimah. Nama anda?
Setiap antara kita ada nama masing masing. Setiap nama yang diberikan mempunyai makna tersurat dan tersirat , dan juga melambangkan diri seseorang itu. Sedangkan haiwan pun ada nama mereka sendiri.
Panggilan Nama yang Ditegah
Kalau diperhatikan, ada orang yang suka mempermainkan nama orang dengan memberikan pelbagai gelaran yang tidak baik dan tidak disukainya. Para ulama sepakat megatakan bahawa hukumnya :
Gelaran-gelaran ini tidak kira sama ada ia disebabkan kekurangan orang itu sendiri seperti jongang, juling , rabun, bisu , bongkok dan sebagainya ataupun disebabkan ia merupakan sifat orang yang berkaitan dengan dirinya seperti kedua-dua ibu bapanya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk."
( Surah Al-Hujuraat 49:11)
Memanggil Orang yang Tidak Diketahui Namanya
Jika ingin memanggil seseorang yang tidak dikenali dan tidak diketahui namanya pula, menurut Iman al-Nawawi hendaklah dipanggil dia dengan gelaran yang baik-baik seperti ' Encik ' , ' Tuan ' , ' Puan ' , ' Saudara ' , ' Cik ' dan seumpamanya yang bersesuaian dengan keadaan orang yang dipanggil itu.
Kala Terlupa Nama Macam Mana?
Hasil kajian sebuah agensi di Barat menunjukkan 98% responden mengatakan mereka lebih mengingati wajah orang yang mereka temui berbanding dengan nama. Sikap sambil lewa juga menjadi punca kita tidak dapat mengingati nama orang. Ada kalanya ketika bersalaman dengan orang yang baru kita temui, fikiran kita ditumpukan kepada perkara lain. Akibatnya kita tidak dengar dengan jelas nama yang diberitahu. Ada kalanya kita merasakan orang itu tidak penting untuk kita, tidak perlulah kita bersusah payah mengingatinya.
Cara Mengingati Nama
- Dengar dengan betul.
- Sebut berulang kali
- Lihat kad nama (business card)
- Tuliskan nama
- Ulangi ejaan
Petikan rencana dari SOLUSI edisi 26
Renungan bersama khususnya untuk tukang taip berkaliber ini. =)))
No comments:
Post a Comment