Assalamualaikum
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih
“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .” (Al-A’raf : 57)
Pernah dengar potongan ayat Al Qur'an ni? Untuk bebudak sekolah, i'm so sure korang pernah dengar tentang potongan ayat ini dan mungkin pernah menghafalnya suatu ketika dahulu. Tak silap ayat ini ada dalam buku teks agama tapi tak berapa ingat pula dalam form berapa. Kan kan kan??
Lately, hujan turun dengan lebat.Kalau tak pagi, petang.Bertambah kerap, lagi lagi lepas earthquake hari tu. Tau kan pasal earthquake tu.. ? Kalau tak tau, maknanya korang memang duduk bawah tempurung.Muehehehe ^ ^
Dan sejak sejak eartquake itu juga telah menjadikan aku seorang Ombrophobia, iaitu fobia kepada hujan. Tak delah sampai kena hujan sikit pun tak boleh, lari lintang pukang , menyorok bawah katil segala. No no no... Macam over je kan =) Ketakutan aku pada hujan setakat macam tiba tiba je meremang bila dengar hujan mula nak turun, dan bila dah kritikal aku akan tutup semua tingkap kat rumah dan rapatkan kain langsir. Motifnya tak taulah kenapa, macam la bila buat macam tu, dapat cool down balik. Aishhh pelixx..
Semestinya bila dah takut kepada hujan, komfem komfem akan ada rasa takut juga kepada petir dan kilat atau nama saintifiknya Brontophobia . Aip, tidak tidak tidak. Tiada kaitan dengan Bront Palarae okayy =))
Bila dengar je guruh, makaihhh kecut perut ni haah pastu menggigil sekejap tak tentu pasal. Kronik ke tak ye?? Aku rasa tak berapa nak kronik sebab aku masih lagi boleh 'cover cover' depan orang lain. Hihihihihi
Bila kat rumah je aku mula berperangai begini. Well well kat rumah sendiri, suka hati kite lewww ^ ^
That's it. Macam mana sekalipun tetap bersyukur bila Allah turunkan hujan. Sekurang kurangnya , turunnya air hujan ini dapat menyejukkan sedikit persekitaran bumi yang semakin panas ni. Summing up, jum ucapkan
" Alhamdulillah "
Sekian Terima Kasih
No comments:
Post a Comment