9 Apr 2012

Seorang Lagi Pelatih PLKN Meninggal Dunia

Assalamualaikum.

Ada dengar cerita pasal seorang pelatih PLKN siri 9/2012 meninggal dunia tak? Sebenarnya cerita ni dah lama, tapi baru sekarang ni berkesempatan menggali cerita ni dengan lebih detail.Kejadian berlaku di Kem PLKN Terkok, Sungai Siput. Masuk kali ini, katanya 19 orang yang dah meninggal dunia di Kem Latihan masing masing. Tapi berdasarkan latar belakang cerita yang berlainan lah. 19 orang meninggal dunia..! Makaihhh, jumlahnya memang nampak sikit tapi sebenarnya BANYAK woo.! Memanglah takdir yang menentukannya. Kita sebagai manusia dah tentu tentu tak boleh nak nafikan. Setiap orang dah ditentukan hari mati masing masing.

Takutnya dengar. Dahlah pelatih yang meninggal tu sebaya dengan kite. huhu Intake pertama untuk sesi 2012 pulak tu. Menakutkan calon calon yang lain. Menurut sumber, mangsa meninggal akibat demam selama beberapa hari. Ada yang mengatakan bahawa mangsa, R. Vinoth telah terkena jangkitan kencing tikus. Tapi ura ura itu dinafikan oleh Menteri Pertahanan kita kerana menurut kajian makmal dan juga Jabatan Kesihatan Perak , tiada virus tersebut dalam kolam air kem itu. Langkah yang diambil ke atas Kem PLKN Terkok, ialah dengan menghentikan operasi dan pengambilan pelatih untuk intake yang seterusnya.

Bagi aku sendirilah kan, pihak pihak berwajib yang menjaga pusat pusat PLKN tu seharusnya menjadikan aspek kebersihan dan kesihatan sebagai perkara yang paling atas untuk dititkberatkan. Bukannya nak mengada ngada , kononnya generasi sekarang ni tak boleh kena kotor sikit ke apa. Hakikatnya, benda benda tu semua memang PENTING!!. haaa semangat ni.. =D so, ada bagusnya jugaklah kan kami mengada ngada ni. hihi

Sebelum sesi PLKN ni bermula, setiap dari pihak yang berwajib tu perlu membersihkan kawasan persekitaran. Bukan sesaja mengarah. Yelah, consider la sikit. Ye, mungkin sebelum ditinggalkan pelatih yang sebelumnya, diorang mungkin ada kasi bersih itu tempat. MUNGKINLAH. Tapi tak mustahil, tempat tu boleh jadi kotor balik. Dah lama kena tinggalkan..Pulak tu, kawasan tu pulak bahagian pedalaman. Janganlah sampai ada air yang bertakung. Tukar tukar la air tu. Kalau tak, memang very the easy lah kan virus virus tu buat puak. haihhh. Boleh tak saya apply jadi YB ? **

Haha. Penat ar berleter. Perut lapar. Menjewit jewit minta diisi. Okayy bai.



* : based on Berita Harian

2 comments:

  1. salam..hey..sempoi blog..follow mine ^_^

    http://penhijaupenpink.blogspot.com/

    ReplyDelete