7 Apr 2012

Titanic 3D

Assalamualaikum. Selamat 2.54 pagi semuaaa : )

Tak tidur lagi disebabkan mata ini terlalu obses dengan laptop.
Hari ni sebenarnya classmates aku ajak turun banda lepak sesama bawah jambatan, rooftop mall, kedai kedai makan terutamanya kedai MakMak bukan Mamak. Haha. Takdelah.

Mereka mereka tu ajak lepaking lepaking sahaja. Agenda diorang sebenarnya nak tengok cerita Titanic 3D yang baru keluar tu hah. Selain tu, saja nak keluar ramai ramai penuhkan shopping mall. Kami memang satu kelas begini. Disebabkan dah terlampau seia sekata sehati sejiwa, segalanya nak bersama. Even, pilih course untuk UPU hari tu pun, cari yang saling berkaitan. Apa pun tak boleh kan? Tak payah buat reunion segala, setiap kali hangout dah macam reunion dah. Segerombolan gituu..

Sori la guys, tak boleh nak join lah. Tak sihat sangat lagipun poket dah kering. Gua dah sengkek gile ni beb. =D

Leonardo diCaprio : u are so osemm ...(dulu) haha peace!


Plus, korang taukan Titanic ni, underage punya budak tak boleh tengok. So, dalam usia usia 18 aku yang belum nak 18 ni, boleh ke masuk panggung tu? Korang pun bukan semua yang dah 18 kan..haa.. Tak masal kena kick out tengok cerita lain pula. Sadis je bunyi.

Takpelah. Kalian bergembiralah dulu. Nanti ada masa kita hangout sekali lagi sesame okayy.. Love u allz like a love song lahh : )

No comments:

Post a Comment