6 Apr 2012

Kita terdiri daripada 4 kategori

Assalamualaikum.



Menurut kajian, manusia dibahagikan kepada 4 kategori, di mana kempat empatnya terdiri daripada karakter yang berbeza. Mungkin salah satu daripada empat karakter tersebut, ada dalam diri kita. Mungkin ada dua. Mungkin juga ada tiga. Tapi , mempunyai kempat empat kategori itu ,aku tak pasti. Mustahil. Tapi, siapalah kita.



Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."



[Al Baqarah:117]

  Kategori pertama : Seseorang yang bijak, tetapi sombong.



Huraiannya : Seseorang yang dikenali sebagai seorang yang bijak dalam setiap aspek. Setiap patah katanya mengeluarkan buah fikiran yang bernas. Sering diangkat menjadi pemimpin dan dituruti ramai orang . Apabila berlaku sesuatu masalah, dia seolah olah kekeringan usaha untuk menyelesaikannya. Kelemahannya dikenal pasti lalu ada yang cuba untuk membantu dengan memberikan cadangan dan pandangan. Namun, dia memandang sepi cadangan cadangan itu kerana berasa dia masih mampu mencari formula penyelesaian sendiri tanpa bantuan sesiapa pun. Dia tidak boleh menerima pandangan orang lain disebabkan berasa dirinya lebih hebat daripada mereka. Akhirnya, dia kecundang , jatuh tersungkur. Sedangkan di sebelahnya ada tongkat yang sedia membantunya berdiri teguh tanpa perlu jatuh.

Kategori kedua : Seseorang yang bijak, tetap cerdik.



Huraiannya: Berada dalam situasi yang sama. Seseorang yang dikenali sebagai seorang yang bijak dalam setiap aspek. Setiap patah katanya mengeluarkan buah fikiran yang bernas. Sering diangkat menjadi pemimpin dan dituruti ramai orang . Apabila berlaku sesuatu masalah, dia seolah olah kekeringan usaha untuk menyelesaikannya. Kelemahannya dikenal pasti lalu ada yang cuba untuk membantu dengan memberikan cadangan dan pandangan. Berbeza dengan kategori yang pertama. Seseorang yang bijak ini bertindak cerdik, dengan menerima cadangan cadangan itu lalu diaplikasikan dalam menyelesaikan masalah. Dia menerima pandangan orang lain kerana berasa pandangan mereka juga pasti akan memberikan impak yang positif. Dia akhirnya berjaya melunaskan permasalahan itu. Dia tidak berdiri gah sendirian. Dia menerima bantuan tongkat itu dan terus bediri.



Kategori ketiga : Seseorang yang bodoh tetapi sombong.



Huraiannya: Kita ringkaskan ayat ini menjadi bodoh sombong. Frasa yang biasa kita dengar mungkin juga biasa kita lakukan. Oopss..sori =D  .Seseorang yang tidak suka belajar mahupun bekerja. Masa yang ada dibazirkan dengan kerja kerja yang tidak memberikan manfaat.Dia tidak mempunyai pengetahuan yang luas. Tetapi dia suka berkata kata. Kata katanya kadang kala tidak ubah seperti seorang Menteri yang baru menang pilihan raya. Gaya seorang pendebat gitu.Tetapi, sebenarnya kata katanya tiada apa apa. Tiada maksud yang tersurat sebaliknya hanyalah omong kosong. Dia hanya mendengar dari yang lain, lalu disampaikan kepada yang lain tanpa ambil peduli pada kesahihannya. Apabila ada yang cuba untuk memperbetulkan keadaan, dia cepat menangkas dan menafikan. Tidak boleh menerima kenyataan bahawa apa yang dikatakannya itu tidak benar. Dia lalu disisih. Tidak mapu berdiri teguh walaupun berpaut pada tongkat.

Kategori keempat : Seseorang yang bodoh tetapi cerdik.



Huraiannya:Dalam kondisi yang sama. Seseorang yang tidak suka belajar mahupun bekerja. .Dia tidak mempunyai pengetahuan yang luas.Namun dia bertindak cerdik. Dia tidak suka belajar tetapi berusaha melawannya. Berusaha untuk mendapatkan pengetahuan. Berusaha untuk mengetahui apa yang berlaku di sekitarnya. Berusaha untuk meyakinkan yang lain bahawa dia juga mempunyai ilmu walaupun hanyalah ibarat sehelai muka surat. Supaya nanti, bicaranya tidak sumbing. Bicaranya menunjukkan yang fakta. Dia juga ada mendengar dari yang lain, tetapi dia mengkaji kesahihannya dahulu. Jika benar, akan dia sampaikan pada yang lain. Apabila ada yang cuba mematahkan kata katanya, dia punya sesuatu yang bisa menguatkan fakta tersebut. Jika tersalah tutur, ada yang cuba memperbetulkan. Dia menerimanya dan berasa pengetahuannya hanyalah sedikit cuma. Pandangan orang lain mampu menjadikan pengetahuan yang dia miliki bertambah luas.Dirinya sangat disenangi. Dia bangkit dan terus berdiri atas bantuan tongkat itu setelah lama terjatuh.






Cuba kita fikirkan sejenak. Kategori yang manakah letaknya diri kita??



Sekadar berkongsi =)

No comments:

Post a Comment