Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih
Dengan penuh tunduk sebagai seorang makhluk Allah, mari kita mulakan posting kali ini dengan lafaz Alhamdulillah. Alhamdulillah, hari ini kita masih bernafas lagi, dapat menghambakan diri kepada Yang Maha Esa seterusnya membersihkan diri daripada segalam macam kekotoran dunia.
Dua tiga hari yang lepas, negara kita heboh dan gempar dengan banjiran rakyat yang menyertai Perhimpunan Bersih 3.0 di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan kebanyakan negeri (mainly in KL). Turut serta, beberapa buah negara seperti Mesir, Jordan , Australia, Toronto dan banyak lagi, di mana ada rakyat Malaysia (khususnya) yang berada di sana memberi sokongan dari jauh (admit sendiri by my bro in Egypt).
Mengikut perancangan, perhimpunan ini akan diadakan secara aman kerana tujuannya adalah 'duduk bantah' ke atas beberapa perkara atau lebih sedap lagi kalau dipanggil perlembagaan yang menuntut hak dan keadilan iaitu :
- Pembersihan senarai undi
- Reformasi undi pos
- Gunakan dakwat kekal dalam pilihan raya
- Masa kempen minimum 21 hari
- Akses media yang bebas dan adil
- Kukuhkan institusi awam
- Hentikan rasuah
- Hentikan politik kotor
Pada mulanya, perhimpunan sudah pun mendapat keizinan tetapi tiba tiba mendapat bantahan. Namun, perhimpunan ini tetap sahaja diadakan dan dikawal rapi oleh pihak polis. Sangat jelas, pihak polis menjalankan tugas mereka dengan baik. ** Perhimpunan yang pada mulanya dalam situasi yang masih boleh dikawal, bertukar menjadi genting seolah olah berada dalam gelanggang perlawanan pedang antara SILENT MAJORITY dengan LOUD MINORITY. Siapa SILENT MAJORITY? Siapa LOUD MINORITY ?
Anda bijak untuk menentukannya, sangat pasti! Kita mesti pernah dengar pepatah, ' Sarang tebuan jangan dijolok..' akibatnya..begitulah jadinya. Berdasarkan video video dan gambar-gambar yang telah dipertontonkan kepada umum, banyak benorr andaian yang boleh dibuat. Biasalah, satu gambar boleh menghasilkan beribu ribu huraian. Silap silap lebih dari tu. Ada yang cuba melindungi peserta peserta perhimpunan dan para pemimpin, tak kurang hebat, ada juga yang beriye iye memberikan ulasan bagi melindungi pihak polis dan pro kerajaan. Masing masing juga saling menyalahkan antara satu sama lain. Aku percaya, perkara ini masih belum habis dibahas di balai balai polis, parlimen, warung warung kopi , sekolah dan IPT serta di tepi jalan. Tiada kata putus untuk menentukan siapa yang bersalah. Pihak polis terus terusan mengacu kesalahan kepada para peserta. Para peserta pula mengembalikan kesalahan itu dan diletakkan ke atas bahu pihak polis.
Ada yang kata, mereka yang menyertai perhimpunan ini kurang bijak dalam membuat keputusan kerana mengambil inisiatif yang salah iaitu melakukan demonstrasi yang 'merepek' katanya. Kalau nak buat sangat, tu haaahh buat kat stadium..macam tulah lebih kurang katanya.. Ada juga yang kata provokasi itu dimulakan oleh pihak polis sendiri yang cuba menyamar dan diberi upahan. Peserta peserta yang tidak tahu akan kewujudan kelompok ini, follow the flow pulak dah. Maksudnya mengikut segala tindak tanduk si upahan tu. Acanno tu? Kononnya nak 'meramaikan' dan meramahkan demonstrasi itu. Sejauh mana cerita ni, tidaklah dapat aku pastikan.I don't know. Kerana aku tidak berada di sana walaupun hati ini meronta ronta ingin ke sana. Jangan risau. Alllah Maha Mengetahui setiap sesuatu. Whatever it is, I believe in my sense. Speaking lah pulak. Takpelah, sekurang kurangnya kelompok itu menyokong Bersih walaupun dalam penyamaran. Siapa tau, di sudut hati si upahan, sebenarnya menyokong perhimpunan ini. HOHOHO.
Aku percaya hampir setengah daripada penduduk Malaysia yang menyertai perhimpunan
Bersih 3.0 ini. Admit lah perhimpuanan ini didominasi oleh warga pembangkang. Tetapi sebenarnya, ada antara mereka yang berada dalam kerajaan juga menyokong kempen ini. Malah mereka turun padang untuk menyertai perhimpunan ini.' Kita kena sedar, bahawa rakyat sekarang ini sudah bijak dan celik ..', biasa dengar tak ayat ni? Haa.. dah boleh nampak kan sekarang ni. Dah selari dengan kerajaan selama ini yang ingin melahirkan modal insan minda kelas pertama. Bijak dan celik. Satu lagi, perlu diingatkandi sini ye, kita tak boleh tawan dunia apetah Malaysia yang kecil sangat ni. Siapalah kita?? Haruman cinta teargas, tumbukan manja, pukulan mesra, sepakan rindu, sikuan romantik, pengeditan tahap terbaekk wokk, racunan manis pada minda, usapan lembut kuku besi, belaian jampi serapahan sekalipun masih kerdil dibandingkan dengan kuasa Tuhan. Dunia ini termasuk Malaysia milik siapa sayang sayang sekalian? Milik Allah jawab mereka. Nyah hamik kau 10 bintang.
Aku sedar siapalah aku ni. Tak ada darah pemimpin politik langsung sampai beriye iye komen panjang panjang ni. Orang tua kata masih hingusan dalam mengenal dunia politik. Tetapi tidak salahkan, anak muda seperti aku berpendapat . Kami punya hak untuk memberikan pendapat. Had had umur tu semua hanyalah kelayakan untuk mengundi. Tidak untuk memberikan pendapat. Bukankah kami bakal pemimpin negara? Masakan kami tidak boleh mengambil tahu tentang persekitaran negara. Chewahh. Tidak boleh tidak, aku kena akui yang aku masih di bawah umur .
Sekadar berpendapat, apalah kiranya, bagi mereka yang pro kerajaan meluangkan sedikit masa untuk mengenali apa itu pembangkang. Maksudnya di sini, kita mendengar dari kedua dua pandangan. Baik pembangkan baik kerajaan. Kemudian kita bandingkan. Kita tidak boleh meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada sesuatu medium yang menyalurkan berita. Kita sendiri yang perlu selidik. Bukan nak mebuktikan siapa betul sipa salah. Sekurang kurangnya, kita sedar terlampau banyak cerita serta versinya. Sedikit sebanyak, ada juga pengetahuan mengenai pembangkang yang kita tau. Tidaklah tuduh melulu tanpa tau cerita dari versi yang lain. At least, we have done a homework. Begitu juga dengan mereka yang pro pembangkang. Jangan sombong sombong, Tuhan marah tau.
Aku dibesarkan dalam keluarga pembangkang , yang sedari kecil diterapkan dengan isu politik yang lebih cenderung ke arah pembangkang. Begitu juga dengan kalian yang lahir dalam persekitaran pro kerajaan. Dibesarkan dengan menanam sifat lebih kepada kerajaan. Am i right? So, we are getting older and older. There's many part in this cuntry which we have to explore. Dalam family aku sendiri, walaupun kami pembangkang, kami seimbangkan pengetahuan politik daripada semua media elektronik dan media cetak. We are doing homework. Haishh..puji family sendiri nampak? Tak,, dah hakikat nak buat macam mana kan.. Muehehe.. Tak delah, sekurang kurangnya, kita ada ilmu tau. Bukanlah nak menunjuk kononnya aku ada banyakkkk ilmu . Anda sendiri kalau diberi pilihan mestilah nak jadi orang yang berilmu kan? Malulah, kita bukan main lagi nak berhujah , tapi pengetahuan yang ada seciput je.
Berhenti kat sinilah. Mohon maaf ye. Sebarang kesilapan , tegurlah aku. InsyaAllah akan berusaha untuk menerimanya. =)))
No comments:
Post a Comment