29 Jul 2012

Den sesajo yo buat entry ni sebab den bosan dan tak tau nak buat apo. sekian

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih

Dimulakan dengan bismillah..disudahi dengan Alhamdulillah
begitulah sehari dalam hidup kita, mudah mudahan dirahmati Allah..

Sepanjang Ramadhan Kareem ini, terasa diri aku lebih solehah daripada biasa. Ecehh..masuk trolley gerak sendiri nampaknya. Beginilah rupanya orang yang terlebih perasan wahai kawan kawanku yang dirahmati Allah sekalian. Seperti biasa, kalau aku mencongok depan lappy bukak belog, tak lain tak bukan aku sedang berada dalam kebosanan tahap melampaww. Macam mana melampau tu? Haa itu yang kita tak tahu. 

Selalunye camnilah. Lepas balik dari bazar je, naluri nak study tu hilang serta merta. Nak membuang masa pulak bermaharajalela gitu.. padahal UPS lagi seminggu je lagi. Hahaii camno nak buek ni?? Aku ni nama je budak fizikal..tapi fizik belajar macam masuk tak masuk je kan.. seriau jugak ni.. 

Okay, lupakan sementara pasal study. sementara sahaja okay. diulangi sementara.

hari ni juadah berbuka puasaku dengan rakan rakan bilik yang dicintai ialah Nasi Kerabu Special Dibuat Dengan Penuh Keikhlasan.. wallaweyh..takdelah.. Nasi Kerabu je.. yg belakang belakang tu aku menambah.. hihihihi.. moge2 betul betul makcik tu buat dengan penuh keikhlasan ye...terliuk rasanya. Harap kali ni punye Nasi Kerabu tidak menyebabkan perutku memulas mulas esok pagi.. 

Bukan ape..last week aku beli Nasi Kerabu jugak.. nak sangat makan kan.. haa amik kau.. ceri beri titter tau pagi2 ..nak g kuliah shakit memanjang.. benshiiiii.. maybe sebab tak biasa makan budu kot.. tu yang ade side effect tu.. huhu

Oh yee..lupe pulak nak cerite. Semalam dapat kunjungan istimewa dari ibu dan ayah tersayanggg,, tak sangka gitu..(padahal da infom awal awal dah..) . kesian diorang datang jauh jauh..mesti penat sangat kan.. awalnya, aku kaborkan pada mereka yang aku nak balik minggu ni..tapi las minit aku cancel sebab takde membe nak balik.. tatut arr tite.. Takdelah takut mane sebab aku pernah balik Kluang sensorang, takde membe la maksudnye.. tapi ntah lar.. huhu

Ingatkan nak g outing , beli barang kat Econsave. Malangnya tak jumpo jumpo pulak econsave kat pilah ni haa menyorok mano ntah ...

eh den nak siap nak berbuko dah ni. den tinggal dulu yek. selamat berbukoooo

No comments:

Post a Comment