Assalamualaikum.
Biar aku nyatakan ' suka ' bukan ' cinta ' kerana pada aku dalam usia lingkungan aku, perasaan yang ada bukan di atas nama ' cinta '. Tetapi atas nama ' suka '. Cinta hanya untuk si DIA yang benar benar sah untuk kita.
Sejujurnya, pengalaman yang lalu buatkan aku rasa susah untuk meletakkan title ' suka ' kepada seseorang. Biarlah aku sepi seketika dalam dunia fantasi cinta monyet ini. Malas untuk memberi ruang dalam otak aku untuk berfikir soal cinta monyet yang belum pasti menjadi hak kita. Tambah tambah kat KMNS memang tak ada sikit masa pun yang terluang , yang boleh kita habiskan masa untuk fikir soal tu. Bagi aku lah.. bagi orang lain aku tak tau. Malangnya aku tak boleh lari dari perasaan itu. Tapi perasaan yang ada ini tidaklah sampai ke tahap lautan api sanggup ku renangi, ombak badai sanggup kuredah..bla bla bla..
Pada awalnya tahap keberkenanan aku pada dia hanyalah biasa biasa saje. Well, orang hensem, muka suci je sape yang tak minatkan.. Dan yang paling penting bukan aku sorang saje yg jatuh minat pada dia. Classmate, roomate, roomate kepada classmate ramai lagilah. Boleh dikatakan dia menjadi topik perbualan hangat para pelajar perempuan KMNS. Seramai mane yang itu aku tak tau. Dan aku dengan bestieees ku tidak terkecuali dalam soal ini. Tambah tambah dia sekuliah dengan aku.
Awal awal lagi aku dah bagitau member2 aku yang minat aku pada dia hanyalah biasa saje. Tu pun sebab dia ada rupa. Bukannya tangkap cintan baik punya. Setiap kali kami terserempak, kawan kawan aku yang sangat dihormati lagi disayangi mulalah mulakan modus operandi diorang untuk kenekan aku. Kadang kadang fedup jugak. Tapi gurauan kan..layankan je lah..
Disebabkan mereka terlampau kerap usik aku, aku jadi lali dengan semua tu. Takut jugak hati ni betul betul jatuh minat pada dia. Janganlah macam tu duhai hati.. Betulkan niat kau kat sini husna. Ini tempat belajar bukan bercinta. Bimbang jugak dia perasan yang ada 'peminat' dia dalam kalangan geng aku. Risau dia fikir yang bukan bukan.
Cukuplah untuk hari ini. Masa untuk berhenti dan fikir untuk masa hadapan. Adios~
No comments:
Post a Comment