Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih
Sangat jelas ye disini bahawa kemalasan yang melanda diri aku sekarang ni berada pada tahap maksimum. Ya Allah!!! Tak taulah kenapa satu hari ni rasa malas je nak buat assignment. Padahal kat atas meja tu dah bertingkat tingkat assignment yang tengah tunggu giliran untuk di settle kan. Ape kena dengan aku ni?? ( sambil menghentak hentakkan kepala kat dinding )
Nak kata tengah tension..takdelah tension mane sebab tengah hari cuti kan. Memang banyak buang masa lah dari buat kerja. Lainlah kalau hari hari kuliah. Ketensionannya memang payah la den nak cerito. Pergi kelas pagi pagi , semangat bukan main lagi. Sampai makmal/bilik tuto/ dewan kuliah tension tu mesti datang balik. Ada je keje yang tak siap. Memang bersusunlah bebudak tengah siapkan kerja. Tak lain tak bukan, meng "copy paste" keje orang lain. HEHEHE :DD. biase lettew kan.
Jujur punye cakap, life kat matrik memang sesak der!.. Pandai pandai lah kita nak uruskan macam mana. Sakit kepala tu adalah perkara biasa buat kitorang. Jalan yang terbaik ialah TIDUR. Bila tidur, kerja tak siap. So, get ready lah pagi pagi nak kena bangun setelkan semua tu. Kalau sempat, sempatlah. Tak sempat...lantak kaulah belalang. Gituuu..
Pernah satu hari tu, dah berdenyut2 kepala.. urut urut la sikit. Tegang tegangkan rambut. HAMIK KAU! Segenggam rambut gugur...sedih titeww. Yelah dulu kat sekolah, semua cikgu suap. Sampai sini, semua kena buat sendiri. Agak terkedek kedek jugaklah. Bila dan tension, kalau boleh hari hari nak kol IBU ku tercinta!. Bila dengar suara dia, hilang semua stress2 sume tu. Daripada negatip terus transfer ke positip. Ecehhh..rindu senanye. hikhikhik tersipu malu.
Okaylah beb. Mood nak buat assignment tetibe je datang balik. Izinkan hamba logout dulu yer. Adiosssss
No comments:
Post a Comment