Assalamualaikum =)
Salam takziah buat keluarga Mohamad Fariq.
Baru beberapa hari lepas, aku dikejutkan dengan pemergian saudara Mohamad Fariq, salah seorang rakanku yang tua lebih setahun dari aku. Boleh aku anggap sebagai seorang abang memandangkan dia senior aku. Kepulangannya kembali menghadap ILLAHI, secara jujur memeranjatkan aku. Takdir Allah kan..siapa yang tahu..
Aku takdelah rapat sangat dengan arwah. Tapi pernah jugalah bertegur sapa. Biasalah.. arwah dalam aliran sukan..aku pulak aliran agama. So, possibility untuk kitorang rapat.. sangat nipis. Aku kenal arwah pun sebab arwah merupakan adik angkat kakakku. Itu sahajalah sebab musababnya kami bertegur. Kalau tak..jangan haraplah.. Sebab aku tak berapa 'sedap' nak berbual panjang lebar macam dah lama sangat kenal dengan seseorang yang aku tak tau sape dia yang sebenar.
Naik tingkatan 4, arwah pindah ke sekolah lain..lebih dekat dengan rumah arwah. Time tu aku tingkatan 3, sibuk dengan PMR.. maka aku tak amik kisah sangat pasal arwah. Lagipun arwah hanya adik angkat kakakku. Bukan siapa siapa bagi aku. Aku pun anggap arwah macam abang je.. since arwah selalu jugak.. berkongsi nasihat dengan aku. Pada mula aku kenal arwah..aku tak berapa senang. Sebab kawan kawan arwah semua kepala masuk air. Terjalnya.. MasyaAllah.. Takut je arwah pon spesies macam diorang. Tapi lepas aku kenal arwah.. barulah aku tau.. yang terjal mana pun bebudak tu.. dalam hati diorang masih ada ruang positifnya. Sebab itulah kita tak boleh menilai sebuah buku berdasarkan muka depannya sahaja. Ekhem ( don't judge by i'ts cover)
Penghujung tingkatan 5, tiba-tiba arwah muncul kat laman fesbuk untuk ber chatting dengan aku. Tanjat titter..
Sempat kitorang bertukar number phone.. and at last kami keep in touch semula. Kakak aku sikit pon tak tau yang kitorang texting sesama. Aku takut akak aku fikir lain pulak. Pernah jugak arwah bagi hint kat aku untuk jadi lebih rapat dengan aku. Mati mati aku tolak. Direct. Terus. Takde kalis kalis.
Time tu, aku sendiri tak tau apa perasaan arwah. Since lepas tu aku terlampau bizi dengan SPM.. padahal takdelah belajar sangat pun. kitorang tak contact langsung. Quite for a long time. Sengaja aku pon buat macam tu. Sebab, frankly aku tak bersedia untuk semua tu..lainlah kalau just kawan sahaja..aku still boleh accept. Aku pun tak tau kenapa dengan aku ni. Arwah cuma bagi hint je.. tapi aku hukum arwah dengan menghilangkan diri macam tu je. Arwah call, aku tak jawab. Arwah text, aku tak balas pun. Kadang kadang sengaja aku off kan phone aku. Jahatnya aku ni. =(
Siap remove arwah dari friend list aku kat fesbuk lagi. Allah..apekene ntah dengan aku ni..
Kitorang lost.. Tak tau khabar berita. Senyap je ..
And, baru beberapa hari lepas..kakak aku sibuk tanya aku betul ke Fariq dah meninggal? Haaa ???
Aku dah gabra dah.. betul ke? Main main je kut.. last year ada jugak yang menyampai nyampai kononnya ada budak meninggal.. las las itu semua tipu. Kesian kene pedajal..
Aku buat tak tau je..sampailah kelmarin kakak aku bagitau yang Fariq betul betul dah meninggal.. Eksiden .. koma.. dan meninggal. Seriously, aku terkedu.. Lagi dasyat punya terkejut.. bila kakak aku cakap yang Fariq koma lebih kurang 6 bulan sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya beberapa hari sebelum kita semua 'gembira' nak sambut kedatangan Aidil Fitri.
Dalam kepala otak aku terus terbayangkan.. macam mana perasaan ibu arwah..ayah arwah.. keluarga arwah tak lupa jugak rakan rakan arwah. Aku pun turut sama terkesan.. Aku tak sempat nak mintak maaf pada arwah dengan sikap kebudak budakan aku pada arwah dulu. Mungkin perkara ni remeh je.. tapi terasa sangat dalam hati aku ni. Rasa bersalah yang amat sangat.
Lebih terkesan sebab arwah meninggal bila bulan Syawal makin hampir. Allahuakbar. Aku akui, arwah memang sangat baik. Bukan propa. Tapi hakikatnya.
Semoga Arwah Mohamad Fariq ditempatkan bersama dengan hamba-hambaMU yang beriman ya Allah..
No comments:
Post a Comment