6 Oct 2012

Assalamualaikum :)

Salam Sabtu yang indah :) Jenuh dan sakit bebenor tengkuk ini mengadap kerja kerja yang ( op coslah ) macam air tu. Huuuu..tak mengeluh cuma kepenatan sikit. Buat graf yang tak menjadi. Lalu aku renyuk renyukkan dan sampailah ianya ke dalam tong sampah yang penuh kegelapan. kemudian.....okay. cukup.

Pagi tadi kat KMNS ni ada program Larian Kakom yang mana , nama program je larian.. tapi tak semua yang lari . Cuma 50 orang sahaja yang melarikan diri tu.. :) the rest..buat jayrobik and sambut kepulangan mereka mereka yang dah lari sejauh 5 km tu. Dah eksaited dah bila cikgu kata larian kakom tu semua terlibat. Rupanya, ye..memang semua terlibat tapi tak semua yang lari. Baru nak replay balik memori mase ade merentas desa kat sekolah dulu.. ouch..sentap hati mak nak.

And suppose hari ni mengikut perancangan , aku dengan Nina nak balik Kluang jumpe keluarga, rumah, katil dan segala galanya yang tercinta ohohoi.. Tapi sebab ada larian kakom tu..modus operandi kitorang terpaksa dibatalkan.. sedih tau. TAU TAK AKU DAH RINDU GILER KAT MAK AKU HAA?? * ehh ehh..telepas pulak. 

By the way..korang dah check MUET korang tak? kalau belum..pergilah carik link tu sendiri.. malas pula beta nak mencemar duli letak link kat sini. ohohohoho..

MUET speaking aku kena 18 October ni.. ayoyo.. cuak kebebeh. Memang aku main hembus jelah.. pedulik la kalau examiner tu tak paham.. yang penting , ada ' hujah-hujah' dalam masa 2 minit tu..bole ke cenggitu?? Masa cikgu buat trial untuk MUET tu pun entah apa apa aku cakap. Lepas tu , gelak sendiri bila teringat balik.. haha. boleh pulak aku lupa orang dewasa dalam English tu apa. dah aku main sebut je lah old people . haishh cukuplah memalukan diri kau sendiri husna. 

Beside MUET yang tinggal beberapa hari saje lagi tu.. semua student2 matrik satu Malaysia ni tengah dedor nak menghadapi PSPM. Ya Allah.. betapa rileks nye lah aku sekarang ni. Nak dekat exam dah nanti baru kau menggelabahkan husna? Jeles dengan kawan kawan semua yang study sungguh sungguh tu. Sila bangun dari tidur dan mimpi ngerimu itu Husna!!








No comments:

Post a Comment