Assalamualaikum ;)
Sebenarnya dari sebelum maghrib tadi menyetori..memandangkan semua orang memerlukan tenaga Una untuk membantu mereka..maka Una berpaling tadah dari lappy ni kejap. kejap jeh.
Sekarang dah mengadap balik... Dan kalau dah mengadap ni..pukul berapa nak habis pun tak tau.
Baca title kat atas nun pun dah tau bunyik macam sedih je kan. haha takde la sedih mana.. Mengikut diskusi Una dan kengkawan yang dicintai sekalian sebelum ni, semalam kami nak keluak sama sama pastu nak tengok cerita Istanbul..aku datang. Movie yang dapat rating paling tinggi dalam perbualan kita akhir akhir ni.. tapi ada kekangan pulak ..tambah tambah semalam kan nak berakhirnya tahun hijrah..so tak sesuai la untuk kita berhibur kan.. hormat agama kita kerana Islam adalah agama yang Mulia. So, postpone kepada hari ni.
Pukul 11 lebih camtu Una da gerak ke bando..kebetulan ayah nak hantar abang ke busstand so join sekakilah..terima kasih ayah! tunggu punya tunggu punya tunggu..Ain pon sampai. Hari ni keluar berdua berkasih kasihan dengan Ain (muahaha) sebab yang lain ada kekangan.. at last Ain pon sampai. Kitorang pon gerak la ke Kluang Mall. berfeluh feluh kami menapak... Bila dah sampai ke tempat yg nak dituju..pelik sebentar. Asal lengang no nih? Takde orang nak tengok wayang ke? bila tengok betul betul..baru perasan yg panggung wayang tu tak bukak.. okay bai. tinggalkan kluang mall berangkat pula ke kluang parade. dan sampai je kat sana..panggung wayang tu tutup. Tension aku kenapa sume tutup ni...?
Bila direnung renungkan..difikir fikirkan.. ya Robbi.. hari ni 1 Muharam. sebab tulah tak bukak. ! apa punye turrr la.. akhirnya kami pun membuang masa dengan berjalan ke sana ke sini tanpa hala yang dituju. satu kedai tu entah maybe dalam 3, 4 kali kitorang masuk. Lagha..lagha.
Tak kisahlah yang penting dapat jumpa sahabat yang dirindui..dan luangkan masa dengan dia. banyak benda kitorang borak.. daripada exam, ke kawan kawan praktikum sampai ke cikgu cikgu.
Berterabur Mcd yang Una makan. muahaha. sabar jelah..las las dengan Ain2 sekali tersembur sembur.
Sekian. tak tau nak bebel ape dah.
No comments:
Post a Comment