15 Nov 2012

On My Way To Be A Successful Chemical Engineer...Amin :)

Budak Matrik pergi Kakom,
Assalamualaikum..:)

Eh..sesuai pulak pantun tu.. belasah lah. Sebagai anak kepada guru Bahasa Melayu, saya sebagai bakal pewaris kepimpinan negara perlu menggunakan dan memartabatkan lagi bahasa Melayu kerana bahasa Melayu merupakan khazanah warisan negara kita sedari zaman nenek moyang kita lagi..blablabla..propa.

Wah..Una buat title entry lah tak sangka lah tokojod lah teruja lah..ye saya mengaku selama ini sangat malas untuk buat title entry sebab.....tak tau lah kenapa tapi memang sifat malas tu dah tertanam puloks. peace

Since kita umat islam dah masuk tahun baru, dan kebetulan pula lagi beberapa hari saje lagi bebudak matrik akan pulang ke lubuk masing masing untuk sambung sem 2 insyaAllah amin.:) , Una dah tanamkan azam baru dan berjanji akan sungguh sungguh dalam melaksanakan apa apa kerja sekalipun. 
Azam kali ini, ialah saya nak cari Dato' yang bernama azam...lawak dah lapuk eah? kaybai.
Tolong tepati janji anda Una. Ingat..lembu berpegang pada tali.. manusia berpegang pada janji. kita manusia ke lembu..? kalau manusia buat cara manusia. kalau lembu buat cara lembu. mooo...

Ingat tak dulu masa kite kecik kecik..ala time kite main guli same same tu.. herm yolah!
kat sekolah, mesti cikgu ada tanyakan.. ' ali, abu, fasha sandha..bagi saya tiga cita cita awak nanti dah besar nak jadi apa? Saya nak catit dalam buku rekod pelajar ni.. '
*wewitt

kita pon tanpa rasa curiga, waswas dan sukahatinya menjerit jerit bagitau cita cita kita biaq satu kelas dok dengaq.. tentera lah, polis lah, cikgu lah, doktorlah.. saintis lah..padahal apa yang saintis buat pon tak tau.. ada yang tak kurang hebat nak jadi pelakon, penyanyi..burrrrr.. 

Una still ingat lagi apa yang Una konon konon nak jadik dulu. First sekali nak jadi guru.  




Kenapa? Sebab mungkin pengaruh persekitaran Una yang dikelilingi cikgu cikgi sekalian. Mak cikgu, kakak cikgu, pak cik cikgu, mak cik cikgu, sedara mara pon almost 70% yang jadi cikgu. Kalau nak tau dulu kalau mak Una ada meeting, die mesti suruh Una tolong conduct kelas dia. Memang serabai la aku jaga bebudak tu. At last, bebudak tu pon molek je panggil aku cikgu padahal gua otai kat situ. Kembang kempis jugak lah..

Second, Una nak jadi doktor. Dulu best la kan..main sebat je nak jadi doktor. Kau ingat petik jari je terus dapat title doktor eah.. ha? ha? ha? ha? ( sila buat sambil petik jari dan goyangkan kepala) 
nak jadi doktor ape pon tak tau. main hentam jelah kan. nama pon kecik lagi.dah besaq sikit, barulah terfikir nak jadi doktor apa. So masa tu Una pon decide nak jadik doktor pakar sakit puan...



kenapa dan mengapa? Sebabnya, sekarang ni kebanyakan doktor pakar sakit puan semuanya lelaki. mana yang perempuan..ada.. tapi tak banyak. As a girl who will become a woman someday, mesti ada perasaan malu untuk berdepan dengan doktor lelaki kalau penyakit tu melibatkan woman sensitive zone. dah tentu pesakit gegurls lebih selesa dengan doktor perempuan. lebih memahami gitu.. Una sendiri, demam sekalipun lebih selesa dengan doktor perempuan.. Mak Una awal awal dah cakap..kalau nak jadi doktor biar jadi pakar sakit puan. Even koperal Una pon pernah cakap macam tu jugak. 

Malangnya , Una tak amik bio.. harharhar. plus, Una takut tengok bedah bedah tu..nak berderai jantung den ni hah.. camno nak jadi doktor? So..terbengkalai jugaklah cita cita tu..

Third..Una nak jadi juruterbang. wuahhhh yang ini paling best.. Memang dah lama simpan angan angan nak jadi pilot. I do no why..Susah kan nak jumpa pilot perempuan..tapi sekarang ni agak belambak jugaklah. Una siap ada ikon lagi.. 


taraa!! Kapten Noor Hafizah. hamik kau siap gambar majalah lagi. Sape kata wanita bertudung tak boleh join kerja2 adventure macam ni. Bila cakap pasal pilot ni, berkobar kobar pulak hati Una ni. haihh.. N i am totally agree that woman makes better leader than man. Afiq , lihatlah.. wakaka cukuplah dah perang mulut dengan dia dalam dewan masa MUET haritu. tajuk ni punya pasal . 

Una memang dah tanam niat dulu nak jadi pilot..mak, ayah pun dah kasi restu..cehh..



bayangkan bila kita kat atas langit, kita dapat tengok indahnya hasil ciptaan Allah. Automatik akan lahir keinsafan dalam diri kita. subhanallah! dapat tengok awan, hujan..macam macam. 
Malangnya, Una rabun. sobsobsob.. kite mimpi jelah ye. orang rabun takleh jadi pilot.. kang ada yang ke laut. sodeyhhh.. lagi satu.! ketinggian pulak tak berapa nak santek. oke diam. part ketinggian aku tak suka nak diskusi. 

so...babai la pilot. i left u behind. tengok dari jauh jelah.

yang keempat..erm erm..cita cita saya nak jadi bini kepada orang kaya. peace yaw!
yang kelima..nak jumpa choi minho pastu cakap dengan dia oppa saranghae..bhahahahahaha..
gua da melalut. sape choi minho? ohh die yg selalu poke aku kat peshbuk .. lagilah mengarut. oke setop. 
yang keempat n kelima ni Una merepeks sajerr.

Now, cita cita dah berubah pulak. Berubah bukan sebab suka suka je nak ubah. Berubah kerana course, minat dan beberapa lagi faktor .. Sekarang sedang berusaha untuk mencapai angan angan untuk menjadi seorang jurutera kimia. Amin ya Allah..ya Robbi. 


nak tau ape tu kejuruteraan kimia? Kejuruteraan kimia ni satu profession yang mengaplikasikan subjek kimia, fizik dengan add math. so kasi mantap ini subjek wokeyh. Kemudian digunakan pula dalam proses penukaran bahan mentah atau kimia menjadi satu bahan yang ada value. selanjutnya ..pergilah kat mana mana website yang ada maklumat pasal chemical engineering ni heh.. sebab Una belum jadi engineer lagi.

Jangan jadi angan angan mat jenin dah lah ye. Hopefully, impian ni tercapai insyaAllah. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. So, kengkawan sepraktikum sekuliah,,jika ternampak Una main main ..tolong sepak , atau sepak atau kedua duanya sekali ye. 
Plis remind me. Una ada tanggungjawab yang besar. bukan beban tapi tanggungjawab. Hopefully jugak, result PSPM berganda ganda better daripada yang lepas. Plis makesure and ensure .



.......YA ALLAH KEPADA ENGKAU SAHAJA YANG AKU SEMBAH..DAN KEPADA ENGKAU SAHAJALAH AKU MINTA PERTOLONGAN......

No comments:

Post a Comment