Assalamualaikum :)
Lepas solat asar tadi..luangkan sedikit masa dengan Ma'thurat yang disayangi. Lama dah ma'thurat tu kat atas locker. Sejak masuk matrik..dah jarang jarang dapat luangkan masa lepas asar untuk baca satu persatu kalimah Allah yang suci tu.. bukan kerana takde masa..masa tu sentiasa ada. Semuanya bergantung pada diri sendiri.. kalau kita nak..macam macam cara kita akan lakukan untuk dapatkan apa yang kita nak.kalau dah tak nak..macam macam dalih yang kita akan beri ..aiye tak??
Kalau kat rumah..dah jadi rutin untuk semua penghuni rumah..lepas asar atau subuh akan baca ma'thurat. Parents aku memang galakkan each of us baca..banyakkkkkkkk fadhilat yang kita akan dapat..katanya. Dan waktu kat hostel dulu pun..setiap malam sabtu..akan ada bacaan ma'thurat beramai ramai kat musollah. Ya Allah..rindunya zaman zaman sememeh, serabai, selekeh dulu.
Okay..dah dah..zaman sememeh or whatsoever..bukanlah point sebenar entry kita pada waktu dan di kala ini. Hari ni nak share sikit pasal kelebihan membaca ma'thurat. Tapi sebelum itu, korang tau tak apa ma'thurat yang aku dok cerita dari tadi? Ma'thurat ialah himpunan ayat-ayat Al-Qu'ran, surah surah pendek dan zikir zikir yang junjungan besar kita, Nabi Muhammad selalu amalkan kemudian disusun oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Biasanya, ma'thurat ni dibaca waktu petang (selepas asar) dan pagi(selepas subuh).Ma'thurat ada dua jenis ; kubra(panjang) dengan sughra(ringkas).
Antara fadhilatnya :
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
Banyakkan fadhilat yang kita akan peroleh kalau baca ma'thurat ni. Kalau nak tau, baginda Rasulullah adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperoleh dari amalan doa dan wirid wirid tersebut. Baca ma'thurat ni juga adalah salah satu proses dalam mendidik hati kita agar sentiasa merindui Allah dan menguatkan iman dan akidah kita pada ISLAM.

Selain ma'thurat..kita pun boleh amalkan bertasbih, beristighfar, berzikir , tahmid dan banyak lagi dalam kehidupan seharian kita. Banyak sangat cara yang Allah beri supaya kita dekat dengan DIA dan memperbanyakkan lagi pahala kita. Sangat jelas disini yang Allah SWT sangat menyayangi hamba hambaNYA. So..carilah ruang untuk baca ma'thurat kay..tak lama. Tak mengganggu masa korang untuk study pun..malah membantu korang untuk memahami pembelajaran.
Teladan untuk diri sendiri juga. Sekian.
Credit to : http://melangkahterus.blogspot.com