1 Mar 2013

Relevan lagi ke surat cinta?

Assalamualaikum :)

Ditepi katil, bersama hembusan angin kencang dek hujan yang lebat, bertemankan semangkuk mee maggi asam laksa yang masih berasap..sesungguhnya hujan hujan macam ni , tahap kelaparan tak dapat nak ditolak tepikan. Dilema nak study ataupun tidur..lalu aku pilih untuk berjimba.

Berbalik pada entry, relevan lagi ke surat cinta? Idea datang tiba tiba lepas balik dari ceramah entah apa kebenda. Kononnya nak memperkasakan sahsiah dan kononnya kami insan insan yang terpilih kerana akhlak yang terlampau baik dan....melampau. Input nya? Lebih kepada menjaga akhlak antara lelaki dan perempuan..benefit yang aku dapat? have to admit ceramah tadi sangat interesting tambah tambah presenter tu sangat spontan, lawak, best dan BERANI. Disebabkan banyak sangat gelak dan merapu..so aku labelkan ceramah tadi 3/5. okaylah tu.

Surat cinta. Frankly, my own opinion lah.. sekarang ni surat cinta bukan mainan remaja sekarang ni. Kalau diorang nak express kan rasa suka atau cinta mereka kepada seseorang.dah banyak sangat gadget dan laman laman sosial yang membantu mereka untuk meluahkan rasa hati yang dah terpendam terbuku , tak sanggup nak simpan lagi..senang cerita..surat cinta boleh diklasifikasikan sebagai " old school " dan tak " in " dalam dunia serba moden, segalanya dihujung jari.. Lagipun, sebagai seorang perempuan, aku lagi suka kalau someone tu nak luahkan sesuatu secara gentle. Face to face and just express your feeling in front of the person. Samada orang tu terima ataupun tak..tu belakang cerita. Bukan ke sepatutnya, bila kita sedar yang kita menyukai seseorang ..kita juga perlu persiapkan diri untuk menerima feedback dari orang yang kita syok tu. kan? Redha dan terima, tak semestinya bila kita suka pada seseorang bermakna orang tu pun akan suka balik pada kita. Kalau ya..okaylah.  Kalau tak..janganlah paksa orang tu suka pada awak tu. Ada jodoh..ada lettew. Ekhem..dokter cinta berbicara. 

I am so sure, u guys mesti pernah dapat surat cinta kan? Lahai..kenapa senyum senyum tu..herm..me my self tak terlepas dari menerima surat cinta and guess what? Una pernah dapat surat cinta seawal darjah 3..! Darjah 3..bayangkan lah..kalau dah 19 tahun ni pun masih kebudak budakan..yang darjah 3 tu macam mana nak explain eak? Dalam kepala otak masa tu, apa budak ni tulis , tak fahamlah. .suka ?  Amende tu? Bukan nak kecoh ..saje nak cerita . Jangan fikir bukan bukan boleh tak kawan kawan ? hehehuhuhihi. Surat cinta tu berlarutan sampai darjah 6 dengan orang yang sama. Una tak bagi respon sebab Una tak faham. Sekian. haha. Sampai la..surat cinta tu sampai ke pengetahuan ummi , yang mana guru kelas Una sendiri dari darjah 3 sampai darjah 6..haaa.. Rupanya, setelah sekian lama cerita cinta monyet ini , Ummi dah detect dari awal. lagi lagi budak yang bagi tu satu kelas dengan Una. Ohhmai..mak aku yang perasan, sedangkan anaknya ? Still nak main dengan anak patung barbie dan playdoh lagi masa tu. hoho.

Surat cinta tak benti kat situ. Naik sekolah menengah, Una ada dapat jugak. Bukan dari orang yang sama okay. Kali ni, Una faham. Ekhem, biasalah stage macam ni baru budak budak baru nak menjengah alam remaja dan time tu aku dah tau apa itu cinta..echewahh.. Samada aku respon pada surat itu ataupun tak? Itu rahsia zaman lampau yang aku tak suka nak ingat lagi dah.

So, untuk mecari konklusi surat cinta tu relevan lagi ke tak? I prefer to say no. dats all thak you.

No comments:

Post a Comment