16 May 2013

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum :)
 
 
Warga pendidik sekalian, jasa kalian sangat besar dan sentiasa memberi makna buat seluruh isi alam. Tanpa guru,kita ibarat orang buta yang cuba berjalan sendiri tanpa bertongkat. Banyak manalah sangat ilmu kita nak dibandingkan dengan ilmu para pendidik..
 
Sesungguhnya, wujudnya hari guru adalah sebagai hari untuk kita sebagai pelajar menghargai dan berterima kasih sepenuhnya usaha , penat lelah serta kesungguhan para guru yang telah mendidik kita, dan adalah sangat penting, pengorbanan mereka dilihat dan dikenang sampai bila bila. Aku cukup beruntung dikelilingi ahli keluarga yang kebanyakkannya adalah seorang pendidik. Kerjaya mereka hakikatnya lebih kritikal berbanding kerjaya lain.
 
Bukan mudah nak mengawal kadang kadang sejumlah 40 orang satu kelas , yang berbeza perangai dan sifatnya. Bukan mudah nak menguatkan kefahaman dalam diri orang lain.. bukan mudah nak menahan dan mengawal kesabaran dalam mendidik.. Bukan mudah nak menanamkan minat untuk belajar dalam diri pelajar.. jelas, guru guru adalah hebat.
 
 
 
Selamat Hari Guru especially for my beloved mum, Hjh. Saudah Nassiman. Thanks for being such great class teacher since i am in standard 3 till standard 6.. how hard you are in making me in a great position daripada top ten paling bawah at last jadi top ten paling atas. bangga jugaklah time tu..hihi. Each time disogokkan dengan belajar , belajar dan belajar..sampai dah lali dengan maksud sebenar ' penat belajar '. Pagi sekolah, habis waktu sekolah ada tuisyen kejap. Pastu pukul 3 sekolah agama pulak. Malam kelas bintang.. aku pun tak pasti bila masa aku buat kerja sekolah.. Berbaloi susah payah mak ajar, hantar , sabar..alhamdulillah 5A. UPSR jelah yang straight A..yang lain hampehhhh. Tak cukup kat sekolah , kat rumah pun mak still mengajar. And now you have been teaching for a quite long , you are facing various sort of experience..waiting for around 2 more years , then you may have a rest and jaga cucu inshaAllah.. haha. I just hoping that Allah give you enough strength for you to face upcoming circumstances dear Guru Cemerlang Kajian Tempatan!
 

Selamat Hari Guru juga untuk my sis , ustazah Syariah kita, Pn. Siti Salwa Saringat, newly teacher.. Walaupun akak baru 2 tahun mengajar secara official..i know u did the best as what mak has gave to me and to my friends all this while.. Tahniah kerana ikut jejak langkah mak. Tahniah kerana sentiasa mempertingkatkan diri untuk menjadikan anak bangsa lebih bertamadun dalam Islam dan berjaya dunia akhirat InshaAllah. Keep on work hard akak :)
 
 
Tak lupa jugak nak wish Selamat Hari Guru untuk seluruh family yang bergelar pendidik, Cik Tin, Kak Murni, Kak Zu, Bik Piah, Kak Apin, Kak Fiza, Cik Rahim, Cik Lin, Cik Ayu, Cik Tahir, Abg Adi, Kak Azi dan Cik Hamid. Semoga kalian diberikan kesabaran yang tinggi serta berjaya menghasilkan produk yang berkualiti untuk Malaysia.
 
Selamat Hari Guru untuk guru guru yang selama ni tak pernah jemu nak mendidik :
Tadika Tot's Dale - (1997-2000)
Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood (1) - (2001-2006)
Sekolah Agama Bandar Kluang - (2001-2004)
Sekolah Agama Sri Kampung Tengah (1) -  (2005-2006)
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn - (2007-2011)
Kelas Kemahiran Al-Qur'an - (2007- 2011)
Sekolah Memandu Kluang ( muahahahaha)
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan - (2012-2013)
Segala Pusat Tuisyen yang pernah menumpang kasih ..
 
cikgu cikgu sekalian, minta halal segala ilmu ilmu yang telah diberi. Berkatilah ilmu itu dan doakanlah kejayaan anakanda sehingga anakanda berjaya..!
 
Juga untuk sahabat sahabat yang bergelar sifu selama ni.. hahaha.. korang pun boleh diklasifikasikan sebagai cikgu jugak kot. LOL.. thanks for teaching and guding me so hard.
 
Untuk pengetahuan, guru yang perlu kita hormati, segani, sayangi, sanjungi ialah ibu bapa kita sendiri. Mereka yang mendidik apa erti sebenar kehidupan..Ya mereka. Ibu Bapa saya. Ibu Bapa anda pun same, anda juga dan anda yang kat tepi tu juga,
 
SELAMAT HARI GURU :)

 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

2 comments:

  1. selamat hari guru.... thanx visit my blog.. dah follow blog dah... thanxs

    ReplyDelete
    Replies
    1. no biggie :) thanks follow kembali ..

      Delete