18 May 2013

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan- Hobin Jang Hobin

 
Assalamualaikum :)
 
 
Memandangkan hari ni ada kelapangan sikit, so aku rasa macam nak teruskan entry pasal matrikulasi dengan lebih terperinci yang aku pernah janji nak bagitau adik2 junior yang bakal bergelar pelajar matrikulasi termasuklah saudara mara sepupu sepapat aku. Bagi kawan kawan yang bosan dengan entry entry aku yang asyik cerita pasal matrik seolah olah macam tak boleh terima hakikat yang nama aku dah jadi sejarah dalam sistem matrikulasi , eah kau! suka hati aku lah nak buat apa pun..muahahahaha.. kay gurau, gurau..
 
Untuk yang bakal menjadi sebahagian daripada warga matrikulasi, kak Una akan cerita serba sedikit dan harap harap membantu korang yang tengah buntu tu lah.. Aiseyh,, panggil aku Kak Una kay.. ngehehe * blushing. Tapi basically kak Una akan cerita lebih ke arah KMNS (Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan). Kolej2 lain bukan tak boleh follow , bukan apa lain matrik lain caranya. So takut kalau korang follow apa yang kak una cakap..kot kot ada yang tak sama dengan matrik korang tak masal menyusahkan diri kan..:)

 
 
First of all, lepas je dapat tahu yang korang layak ke matrik, fikirlah semasak masaknya. Mintak pendapat orang lain dan kalau rasa diri tak mampu, mungkin ada ikhtiar lain untuk korang berjaya, inshaAllah. Kalau rasa nak buat solat istikharoh, silakan.. Kalau rasa diri korang mampu nak berdiri teguh kat bumi matrik nanti, silakanlah buat apa yang sepatutnya disuruh dalam laman web KPM tu ye. Apa yang kita kena bawak ? Memang banyaklah borang yang kene print out. Kalau tak print out pun selalunya ada je borang yang disediakan tapi alangkah eloknya kalau kita ikut arahan dan print sendiri..ye tak? Apa yang penting yang korang kene make sure dah settle ialah pembayaran daftar matrikulasi kat BSN , buka akaun bank BSN -kalau takde , korang tak dapat elaun, nak elaun tak?? , gambar berukuran passport dan borang2 yang diminta untuk print out. Barang barang ni semua perlu dibawa sekali waktu nak daftar. Lepas daftar tu korang akan bergerak dalam barisan menelusuri simpang simpang dan sampai kat satu tempat yang korang diminta untuk pakai blazer sebab nak amik gambar untuk kad matrik. Macam nilah rupanya kad matrik untuk KMNS :
 

Mintak abaikan muka tu ye.. comelkan? Tauuuu... Diminta berhati hati dan menjaga kad matrik ni sebaik mungkin sebab kad ni tak tahan lasak.. Kebanyakkannya dah pernah patah dua termasuklah yang atas ni jugak.
 
Kad matrik ni nak buat apa? Setiap seorang akan dibekalkan dengan nombor matrik. Nombor matrik ni adalah no siri kita yang mana digunakan untuk exam, memudahkan urusan keluar/masak pelajar- ala2 kunci gitu. Takde kad matrik pelajar tak boleh masuk semula dalam kawasan matrik melainkan ada alasan tertentu. Kad ni juga perlu dipakai bila kita kene pergi kelas. Tapi bila dah lama lama, student dah tak pakai dah. Simpan dalam kocek je. Dan kalau korang buat hal, kad ni berfungsi sebagai cagaran, akan diambil oleh pihak tertentu dan padan muka koranglah tak boleh balik tak boleh pegi outing dalam jangka masa tertentu jelah.
 
Lepas tu, korang akan diberitahu kat mana korang akan stay samada kat kluster A atau C untuk perempuan . Lelaki pulak ada satu kluster je iaitu kluster B. Tiada istilah first come first serve okay. Semuanya dah ditentukan. So, kalau yang perempuan dapat kluster A..sangat beruntung sebab dekat sangat dengan dewan kuliah dan sebagainya. Kluster B pulak kene mengerah keringat sikit tapi tak sekritikal pelajar kluster C yang jauhnya agak kejam sikit. Papepun, korang bersyukur lah.. jangan kau pegi berdendam pulak dengan budak kluster A sudah lah ye.. Cukup ke 3 kluster, bebudak kan ramai? Erm.. untuk pengetahuan setiap kluster ada anak anak dia sebanyak 5 buah blok lagi. Cerita sikit pasal blok B, dekat KMNS ada satu blok yang dikuarantinkan sebab ada keretakan yang mungkin menyebabkan kecelakaan. Blok tu baru je dilabel sebagai zon bahaya dalam awal tahun haritu. Untuk next bacth, tak tahulah samada boleh berfungsi lagi atau pun tak. Kluster C, kluster yang paling jauh..korang boleh je bawak basikal , mudah sikit nak bergerak. Tekanan yang korang kene hadapi ialah setiap hari kene berjalan jauh turun naik bukit . Tak dapat nak diluahkan dengan kata kata perasaan tu. Balik bilik mesti korang lepak punya.. baju komfem berlecak lecak.. takpe susah susah dulu senang senang kemudian. Kluster A? Tak de apa yg special hahahahahah.
Erm..tak dapek la nak tunjukkan gambar camno rupo eah kolej kediaman pelajar kat KMNS ni. Tak sompek nak amek gambar.. ekau poie tengok sendiri kek google image kay.. haaaaa nampak tak dah lekat lidah nogori ni..
Kat bawah ni adalah sedikit pemandangan daripada kluster C. Ohh yes, I am in blok C4. aras 1 bilik 11. Eah.eah promote bilik.
 
 
Cukuplah mengenai blok, sekarang kite teruskan dengan sesi pembelajaran kat sana. Before that, seperti biasa kita akan melalui program orientasi selama seminggu. Habis orientasi barulah kelas bermula. Macam mana nak tau kelas kita kat mana? Sebenarnya waktu orientasi kita akan duduk dalam kumpulan dan kumpulan tu adalah classmates kita. Kat sini, kami dibiasakan memanggil 'kelas' dengan nama ' praktikum'. Tak salah pun kalau nak panggil ' kelas' lagi..tak dosa tak.  Kita juga akan diberikan jadual waktu sama jugak macam kat sekolah dulu. Sebab tu aku suka cakap yang matrik tak jauh beza dengan sekolah. Yang bezanya adalah pakaian dan waktu kitorang lebih padat dari student biasa. Kat matrik ada 3 jenis kelas yang kita wajib masuk, tak masuk dikira ponteng. 
1) Kuliah - kalau korang ni kaki tengok wayang, hah macam tulah rupanya dewan kuliah. lebih kuranglah. Ada 9 dewan kuliah kat KMNS. 2 kuliah besar dan 7 lagi kuliah tak berapa besar. Mostly, dewan kuliah yang ada kat KMNS selesa walaupun kondisinya agak keuzuran, banyak hasil kreativiti daripada batch2 yang lepas. Termasuklah budak praktikum aku yang dah menjahanamkan kerusi kat DK 1. Kuliah ni acanor? Okay, kuliah adalah tempat kita belajar secara teori , yang mana para guru akan mengajar samada menggunakan slide ataupun secara live. haha. Ikutlah cikgu tu buat macam mana pun. Kita akan diberikan nota dan kita just follow and refer nota bila cikgu ajar. Bukan tido kay. Dah untung sangat cikgu bagi nota, kita tinggal fahamkan saje. Tapi keuntungan kita kadang kadang tak lama, sebab ada masanya cikgu yang ajar kuliah bertukar , so depend kat seseorang cikgu tu lah dia nak bagi nota ke tak. Time tu, ikhtiarlah sendiri-fotostet roomates punya notes ke, beli buku revision ke, beli kat kedai fotostet k.. . p/s: kalau mengantuk, bawak bantal..eah salah! bawak gula gula kay ;)
 
2) Tutorial - tutorial dekat blok tutorial la. hoho. Tapi kalau tutorial untuk subjek sains, kita ditempatkan dekat makmal. Blok tutorial selalunya digunakan untuk subjek math, sains comp dan subjek2 tambahan yang lain. KMNS ada 3 blok untuk tutorial. Yang paling best adalah tutorial 3 sebab masih freshy dan sedap mata memandang. Malangnya boleh dikira dengan jari kelas aku tuto kat situ. Sedap cerita, tutorial tu menatang apa kak oi?? Tutorial adalah kelas untuk kita buat latihan despite of guiding from the teachers. Ala, korang mesti da biasa tengok tutorial kat blog, kat youtube dan sebagainya kan? Apa diorang buat? Diorang guide korang kan? TETAPI! Adalah lebih afdal bagi kita untuk menyiapkan soalan tutorial terlebih dahulu sebelum dibincang. Mana yang korang tau jelah. Yang tak tau , korang boleh tinggalkan dan tunggu untuk dibincang, ataupun rajinkan diri ke unit dan tanya cikgu. Ataupun! Tiru daripada roomates atau rakan rakan yang lain. Yang ni femes, cikgu pun dah faham. Tak payah nak buat2 rasa bersalah, tu dah jadi adat dah. hoho. lepas tiru, korang faham2kanlah ye.. jangan tiru buta buta. Kuantiti soalan bergantung pada cikgu. Ada yang cuma pilih beberapa soalan , ada pulak yang suruh buat semua. Ikutlah sejauh mana comelnya korang. Makin comel, makin kuranglah soalan tuto. Kalau banyak, maksudnya korang tak comel. Terimalah hakikat. Muahahahhaha.
 
3) Amali- amali ni adalah belajar secara praktikal. Yang mana eksperimen2 semua tu buat dalam kelas ni lah. Amali yang paling best. Sebab kita akan dapat labcoat, pastu boleh berangan konon konon macam dokter. Eah? Yang tak best, kita kene buat lab report untuk setiap eksperimen. Naik menyampah jugak nak buat kadang2. hoho. Nak nak bila eksperimen tak jadi. Banyaklah aku klentong dalam tu. Tu terlebih, tu terkurang.. Amali ni kat dalam makmal ikut kesesuaian subjek. Kalau eksperimen Kimia, maka kat makmal kimia lah. Begitu jugak dengan yang lain. Untuk sains comp je kita tak perlu nak menebeng pakai labcoat. Kau buat keje depan komputer, pakai lab coat bagai dah kenapa?
 
Selain kelas, setiap kali habis satu topik kita akan diuji dan ujian tu dinamakan sebagai kuiz. Sekali lagi, depend kepada seseorang cikgu samada dia nak inform awal nak buat kuiz atau pun tak. Alhamdulillah sepanjang aku kat matrik, cikgu2 yang ajar sangat bermurah hati nak bagitau bila nak buat kuiz. Maksudnya sempatlah untuk kita refer balik, buat revision dan jawab dengan betul. Masalahnya, kadang2 dah tau pun, still belagak macam pandai, tak belaja sangat. Markah kuiz ni agak penting sebab menyumbang kepada markah PB kita, yang mana terseret sama untuk mendapat pointer yang tinggi.
 
Exam ashamne?? Untuk kedua dua sem, kita akan berdepan dengan 2 jenis ujian iaitu UPS-Ujian Penilaian Semester yang dibuat dalam pertengahan sem dan juga PSPM-Penilaian Semester Program Matrikulasi. Pointer untuk PPSPM semester 1 sangat penting ye adik adik. 10% akan dibawa bersama dalam PSPM 2. Nak tak nak kenelah belajar rajin rajin kan. Rajin tu bukan di mulut je, aplikasikan sifat rajin dalam setiap apa yang kita buat. Dekat matrik, adalah sangat penting untuk kita sentiasa rajin. Rajin buat soalan past year, rajin bertanya, rajin pergi unit. Oh yee, unit adalah nama lain bagi bilik guru. Honestly, kalau kat sekolah aku tak pernah pergi bilik guru untuk tanya soalan, kat matrik aktiviti tu adalah normal.
 
Subjek apa je yang ada eak eak? Kalau untuk student sains, aku taulah.. Akaun ..maaflah ye. Tak dapek nak tolong. As usual lah student sains, kita akan belajar subjek Kimia, Biologi, Fizik, Matematik , Sains Komputer. Kita akan dibahagikan pada 3 modul mengikut praktikum masing2.
1) Modul 1 - Subjek:
Kimia
Fizik
Biologi
Matematik
 
2) Modul 2- Subjek:
Kimia
Fizik
Matematik
Sains Komputer
 
3) Modul 3_ Subjek:
Kimia
Biologi
Matematik
Sains Komputer
 
Ada bebrapa subjek asas yang wajib diambil oleh setiap modul termasuk perakaunan ialah :
Bahasa Inggeris
Agama Islam/Pendidikan Moral
Kemahiran Dinamika
KOKOrikulum
 
Kenapa ada bahasa inggeris? Sebagai membantu kita menghadapi MUET. Kat matrik, wajib amik MUET. At least, takdelah kita blurrr sensorang nak kene amik sendiri kan. Untuk sem 2, kita kene jadi workaholic sikit sebab kene buat 2 project. For me personally agak sakit jiwa lah nak menyiapkan kerja tu but dont worry kita buat dalam team. Agama , macam biasa belajar akidah, ibadah dengan akhlak. Moral, belajar moral lah . Kemahiran Dinamika? Nama macam bombastik kan ? Subjek ni lebih kurang macam sivik, subjek yang merehatkan minda. Usually, cikgu akan buat banyak aktiviti. SO have fun! Koko pulak kelas sukan yang mana kita dah ditentukan untuk faham dan belajar sukan apa yang kita dapat. Macam aku, kitorang satu kelas dapat bola tampar. To be honest, aku tak pernah main sebelum tu tapi seronok bila dapat main walaupun aku cuma main main.. faham tak?
 
Kat dalam tivi kan, student selalunya kene buat assignment la..kat matrik takde ke? Ada,, tapi dalam bentuk soalan yang perlu dijawab dan dihantar pada masa yang ditetapkan.
 
Nak makan macam mana pulak? Laaa pakai tangan lah takkan pakai kaki.. Aku sepak jugak kak una ni kang <--- kata adik sedara aku. haha
 
Tak perlu risau sebab setiap blok ada kafe masing masing. A ada B ada C ada D pun ada. Semuanya sedap sedap belaka. Ye ke? Kalau ikut turutan tahap makanan mana paling sedap dan super duper menyelerakan macam ni haa, A > D > C > B . Kafe A ada 2 kedai AA, AB. Kafe D pun sama, DA dan DB. Kafe C dan B masih kekal satu dan selamanya..mungkin. Untuk kafe A, aku lagi prefer AA sebab lauk2 dia macam bersih sikit dan pelbagai. Lauk wajib adalah ayam kicap dengan tahu telur.. Erm..rindunya! Yang special kat kafe AA , setiap petang macam2 makanan lagi yang ada. Megi goreng ada, spaghetti, pasta, makaroni , nasi tomyam banyak la... meleleh dah air liur aku ni. Kafe D pulak , rajin lepak situ waktu ada gap. Melantak ice blended dengan keropok lekor takpun burger dengan cincau.. slurrrrrrrrp! Instead of nasi ayam dia yang sedap dan digilai tahap dewa. Makaih, lapar pulak tetiba. Kafe C..? Erm..maybe ice blended dan makanan2 goreng macam nugget, kentang entah pape pelik lagi kat situ, tu yang jadi tarikan pelajar utk makan kat situ. Lagi satu diorang ni pakar buat makanan sampai kalau order pukul 6 pukul 9 belum tentu leh dapat. ops ops. Kafe B , aku pernah sekali je jejak tu pun masa orientasi. Menurut sahabat2 ku yang tercinta, nothing special pun kat situ cuma lately, ada kiosk burger bakar. Sedap katanya, tak pernah rasa pulak aku.
 
Apa je eak yang ada kat KMNS tu kak Una? Kat KMNS ada Dewan Minangkabau, Dewan Sri Menanti , Dataran Perpatih, padang dan astaka, court2 bola keranjang, bola tampar, squash, bola jaring, tenis, spak takraw, surau yang agak besar, kedai koperasi, cybercafe, kedai fotostet, spot utk jungle tracking, tempat dating..eah eah?? Banyak tempat menarik untuk shoot gambar. Binatang2 yang tak tercapai dek akalmu pun ada,,
 
Dengar cerita KMNS ni old school?? HOIIIII..! Title pun matrik paling lama, so bangunan wajiblah yang legend2 punya bentuk. tak kisahlah macam manapun, tempat lawa2 belajar tak kemana tak guna jugak. It's all depend on us. Seriously, never been regret ang grateful to be place here. Learn a lot. Tak pernah menyesal memilih matrikulasi, kerana saya tau Allah dah aturkan perjalanan hidup saya dengan baik. Jangan pernah rasa takut kerana takut itu hanya untuk Allah my dear. Believe in qada' and qadar.. we ar Muslim right?
 
Apa yang penting, jatuh bangun adalah resam kehidupan. Jatuh tidak bererti kalah, rehat kejap je. Sebab kita dah setkan kekuatan kita dalam masa kita sedang bangkit nak berjuang. Selamat menjalani kehidupan matrik ;)
 
These are some views of KMNS.
 
 
  Dalam salah satu bilik tutoran 3.


 Dalam salah satu court bola tampar.


 Dalam dewan kuliah 1.


 Dalam makmal bahasa Inggeris.


Pemandangan dari atas bukit , sekitar kawasan kediaman Pengarah, Ketua Jabatan dan rumah cikgu.

 Dalam makmal Kimia.


 Dalam makmal Kimia jugak.


Dalam makmal Kimia jugak :)


View daripada padang golf (lah sangat) . Belakang tu adalah blok c4 tersayang .
Enough la dulu. Dari segi pakaian, inshaAllah bakal update dari semasa ke semasa.
 
 
Sekian dulu. Sebarang pertanyaan, comment je. InshaAllah kak Una reply kay.
 
lotsoflove~husna
 

18 comments:

  1. best2 entri ni.. time dlm bilik tutoran pun boleh makan? hoho

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. done review blog :)

    http://pustakawanceria.blogspot.com/2013/05/review-blog.html

    ReplyDelete
  4. salam kak, nak tanya ni. subjek maths, bio, physics, chem tu diajar dlm bhs inggeris atau bhs melayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. waktu exam memang kene guna fully english . tapi kalau time cikgu ajar, sometimes guna bi sometimes guna bm..

      Delete
    2. ooh mcm dkt sekolah dulu la ye? lagi satu, betul ke kalau dpt 4 flat utk both sem, mara/jpa akan offer scholarship kak? kawan2 akak ada tak yg dpt offer tu?

      Delete
  5. yep. haha. tak jauh beza pun kalau nak compare dengan sekolah. erm..sepanjang pengetahuan akak, kalau pointer strong pastu tambah lagi kalau markah koko tinggi bukan mara je banyak lagi badan2 yang akan taja kita . setakat ni belum dengar pape lagi, sbb result belum keluar. :)

    For more information, ce pegi website ni
    http://alumnikmns.blogspot.com/2012/12/biasiswa-dan-tajaan-20132014.html

    ReplyDelete
  6. Akak, bilik saya C4.1.12
    hihihi... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh.. awak yg suka carik pasal tu eah?? hahaha

      Delete
  7. Nak tanya...biasa berapa orang tinggal sebilik?

    ReplyDelete
  8. Nak tanya...biasa berapa orang tinggal sebilik?

    ReplyDelete
  9. Nak tanya...biasa berapa orang tinggal sebilik?

    ReplyDelete
  10. Kak , kalau kafe C di blok c ape ye ? Jauh sgt ke blok c 😭😂

    ReplyDelete
  11. Saya lupa nak daftar online? Takpe ke?

    ReplyDelete
  12. Saya lupa nak daftar online? Takpe ke?

    ReplyDelete