6 Oct 2012

Assalamualaikum :)

Salam Sabtu yang indah :) Jenuh dan sakit bebenor tengkuk ini mengadap kerja kerja yang ( op coslah ) macam air tu. Huuuu..tak mengeluh cuma kepenatan sikit. Buat graf yang tak menjadi. Lalu aku renyuk renyukkan dan sampailah ianya ke dalam tong sampah yang penuh kegelapan. kemudian.....okay. cukup.

Pagi tadi kat KMNS ni ada program Larian Kakom yang mana , nama program je larian.. tapi tak semua yang lari . Cuma 50 orang sahaja yang melarikan diri tu.. :) the rest..buat jayrobik and sambut kepulangan mereka mereka yang dah lari sejauh 5 km tu. Dah eksaited dah bila cikgu kata larian kakom tu semua terlibat. Rupanya, ye..memang semua terlibat tapi tak semua yang lari. Baru nak replay balik memori mase ade merentas desa kat sekolah dulu.. ouch..sentap hati mak nak.

And suppose hari ni mengikut perancangan , aku dengan Nina nak balik Kluang jumpe keluarga, rumah, katil dan segala galanya yang tercinta ohohoi.. Tapi sebab ada larian kakom tu..modus operandi kitorang terpaksa dibatalkan.. sedih tau. TAU TAK AKU DAH RINDU GILER KAT MAK AKU HAA?? * ehh ehh..telepas pulak. 

By the way..korang dah check MUET korang tak? kalau belum..pergilah carik link tu sendiri.. malas pula beta nak mencemar duli letak link kat sini. ohohohoho..

MUET speaking aku kena 18 October ni.. ayoyo.. cuak kebebeh. Memang aku main hembus jelah.. pedulik la kalau examiner tu tak paham.. yang penting , ada ' hujah-hujah' dalam masa 2 minit tu..bole ke cenggitu?? Masa cikgu buat trial untuk MUET tu pun entah apa apa aku cakap. Lepas tu , gelak sendiri bila teringat balik.. haha. boleh pulak aku lupa orang dewasa dalam English tu apa. dah aku main sebut je lah old people . haishh cukuplah memalukan diri kau sendiri husna. 

Beside MUET yang tinggal beberapa hari saje lagi tu.. semua student2 matrik satu Malaysia ni tengah dedor nak menghadapi PSPM. Ya Allah.. betapa rileks nye lah aku sekarang ni. Nak dekat exam dah nanti baru kau menggelabahkan husna? Jeles dengan kawan kawan semua yang study sungguh sungguh tu. Sila bangun dari tidur dan mimpi ngerimu itu Husna!!








23 Aug 2012

Perginya Seorang Seperjuangan

Assalamualaikum =)


Salam takziah buat keluarga Mohamad Fariq.

Baru beberapa hari lepas, aku dikejutkan dengan pemergian saudara Mohamad Fariq, salah seorang rakanku yang tua lebih setahun dari aku. Boleh aku anggap sebagai seorang abang memandangkan dia senior aku. Kepulangannya kembali menghadap ILLAHI, secara jujur memeranjatkan aku. Takdir Allah kan..siapa yang tahu.. 

Aku takdelah rapat sangat dengan arwah. Tapi pernah jugalah bertegur sapa. Biasalah.. arwah dalam aliran sukan..aku pulak aliran agama. So, possibility untuk kitorang rapat.. sangat nipis. Aku kenal arwah pun sebab arwah merupakan adik angkat kakakku. Itu sahajalah sebab musababnya kami bertegur. Kalau tak..jangan haraplah.. Sebab aku tak berapa 'sedap' nak berbual panjang lebar macam dah lama sangat kenal dengan seseorang yang aku tak tau sape dia yang sebenar. 

Naik tingkatan 4, arwah pindah ke sekolah lain..lebih dekat dengan rumah arwah. Time tu aku tingkatan 3, sibuk dengan PMR.. maka aku tak amik kisah sangat pasal arwah. Lagipun arwah hanya adik angkat kakakku. Bukan siapa siapa bagi aku. Aku pun anggap arwah  macam abang je.. since arwah selalu jugak.. berkongsi nasihat dengan aku. Pada mula aku kenal arwah..aku tak berapa senang. Sebab kawan kawan arwah semua kepala masuk air. Terjalnya.. MasyaAllah.. Takut je arwah pon spesies macam diorang. Tapi lepas aku kenal arwah.. barulah aku tau.. yang terjal mana pun bebudak tu.. dalam hati diorang masih ada ruang positifnya. Sebab itulah kita tak boleh menilai sebuah buku berdasarkan muka depannya sahaja. Ekhem ( don't judge by i'ts cover)

Penghujung tingkatan 5, tiba-tiba arwah muncul kat laman fesbuk untuk ber chatting dengan aku. Tanjat titter.. 

Sempat kitorang bertukar number phone.. and at last kami keep in touch semula. Kakak aku sikit pon tak tau yang kitorang texting sesama. Aku takut akak aku fikir lain pulak. Pernah jugak arwah bagi hint kat aku untuk jadi lebih rapat dengan aku. Mati mati aku tolak. Direct. Terus. Takde kalis kalis.

Time tu, aku sendiri tak tau apa perasaan arwah. Since lepas tu aku terlampau bizi dengan SPM.. padahal takdelah belajar sangat pun. kitorang tak contact langsung. Quite for a long time. Sengaja aku pon buat macam tu. Sebab, frankly aku tak bersedia untuk semua tu..lainlah kalau just kawan sahaja..aku still boleh accept. Aku pun tak tau kenapa dengan aku ni. Arwah cuma bagi hint je.. tapi aku hukum arwah dengan menghilangkan diri macam tu je. Arwah call, aku tak jawab. Arwah text, aku tak balas pun. Kadang kadang sengaja aku off kan phone aku. Jahatnya aku ni. =(

Siap remove arwah dari friend list aku kat fesbuk lagi. Allah..apekene ntah dengan aku ni..

Kitorang lost.. Tak tau khabar berita. Senyap je ..

And, baru beberapa hari lepas..kakak aku sibuk tanya aku betul ke Fariq dah meninggal? Haaa  ???
Aku dah gabra dah.. betul ke? Main main je kut.. last year ada jugak yang menyampai nyampai kononnya ada budak meninggal.. las las itu semua tipu. Kesian kene pedajal.. 

Aku buat tak tau je..sampailah kelmarin kakak aku bagitau yang Fariq betul betul dah meninggal.. Eksiden .. koma.. dan meninggal. Seriously, aku terkedu.. Lagi dasyat punya terkejut.. bila kakak aku cakap yang Fariq koma lebih kurang 6 bulan sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya beberapa hari sebelum kita semua 'gembira' nak sambut kedatangan Aidil Fitri. 

Dalam kepala otak aku terus terbayangkan.. macam mana perasaan ibu arwah..ayah arwah.. keluarga arwah tak lupa jugak rakan rakan arwah. Aku pun turut sama terkesan.. Aku tak sempat nak mintak maaf pada arwah dengan sikap kebudak budakan aku pada arwah dulu. Mungkin perkara ni remeh je.. tapi terasa sangat dalam hati aku ni. Rasa bersalah yang amat sangat. 

Lebih terkesan sebab arwah meninggal bila bulan Syawal makin hampir. Allahuakbar. Aku akui, arwah memang sangat baik. Bukan propa. Tapi hakikatnya. 

Semoga Arwah Mohamad Fariq ditempatkan bersama dengan hamba-hambaMU yang beriman ya Allah.. 




22 Aug 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum ;)

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin..

Alhamdulillah..hari ni masuk 4 syawal dah..syukurlah dapat rasa bulan ramadhan dan syawal untuk tahun ni. Bertuahnya kita umat Nabi Muhammad kerana diberikan bulan ramadhan yang mana bulan ramadhan bulan yang penuh rahmat dan pintu langit terbuka luas.. Kira macam bonus la..

Rugilah kita kalau kita sia siakan bulan yang penuh kemuliaan tu kan..

Ke mana hari ini? Banyak tak duit raya yang dapat?  Ke...banyak yang dikeluarkan..hikhikhik
Cukuplah 3 hari dah berjalan sana sini ( tak ke mana sangat sebenarnya pun) ..it's time to rest..
perut dah penuh..takleh nak berjalan sangat. Elak baju raya dah tak muat je. ops!

Raya tahun ni bagi keluarga saya..disambut secara besederhana sahaja. Bukankah kita sepatutnya menyambut hari raya ini dengan sederhana sahaja? Erm...maklumlah persiapan lebih kepada majlis perkahwinan yang tak lama lagi akan diadakan.. so ala ala kadar sahaja. Yang best nya, sepanjang tahun ni tak plan pun nak ada tema warna baju raya macam tahun2 yang sebelumnya.. tapi ter sepadan pulak citarasa masing2 nak pakai warna biru. Maka seharian tu berbiruan lah kami sekeluarga.



Yeah..tu dia.. Kat sini kakak sorang je yang lain.. Almaklumlah..orang dah berkeluarga.. Lari sikit temanya. Ekhem..:)



Dikesempatan ini, saya nak mohon maaf zahir batin dari hujung rambut sampai ke hujung kaki . Halalkan segala makan minum ye kawan kawan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Salam Alaik. =)