4 Mar 2014

Hai Hai New Semester!



3 minggu pertama untuk semester kedua . Alhamdulillah semua proses dipermudahkan. Adakala Allah turunkan ujian . Sebab nak uji kita ni betul betul dah bersedia atau belum? Tapi apalah sangat ujian yang diturunkan pada kita jika nak dibandingkan dengan ujian yang dihadapi Rasulullah dan para sahabat. Positif.

Naik semester 2, ramai jugak kawan-kawan yang tukar course. Sebagaiman ura-ura aku nak tukar course dulu terbantut dek positifnya orang sekeliling yang bagi support. Okay, for the sake of Allah, my journey in nutritions is still on . #IAmNutritionist sikit lah ehehek. Jadual loni padat , kelas seawal pukul 8 ni memang buat aku sesak sikit sebab penyakit liat nak bangun tu masih ada. Namun ku gagahi jua diri ini cewah . Gap yang cuma sejam cukup-cukup untuk beli sedikit makanan dan solat , kadang-kadang terpaksa lepaskan kelas dulu, solat di akhir-akhir waktu. Inilah life student. Ye, aku tau korang semua pernah alami. Tapi yang bahagianya kelas berakhir paling lambat pun pukul 4.. seronok dua tiga ronok, well kalau dah petang sangat sampai pukul 6-7 tu mana masuk doh.

And yet assignments and quizzes are fighting each other to make me horrible. Pity me. Aippp nak dekan tak??


#IAMNUTRIONIST

ek eley

Subuh peep :)


Peace-be-upon-you

18 Feb 2014

Tobat Aku Tobat


TOBAAAAAAAAAT AKU TOBAAAAAT!!!

First of all, entry ini tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana syarikat skincare. Sekadar menyatakan hak saya sebagai pengguna. Amende? Aku pengerusi kelab pengguna arr zaman sekolah dulu.


Setelah berfikir panjang dan kembali waras, rasa macam nak reedit entry semalam. Well, semalam tengah gila . Maka entry pun langsung tak chill tak remajalah kite.

Baru- baru ni aku dengan kawan-kawan ada guna satu produk yang boleh cerahkan muka tak sampai sebulan. Dalam masa dua minggu dah boleh lihat keberhasilannya. Kulit muka aku sebelum ni memang takde masalah sangat. 6 tahun berjemur kawad kaki pun Alhamdulillah aku takde belang sana sini kat muka. Takat jerawat tu, it’s a common thing la sebagai seorang remaja yang normal. Sebelum ni memang tak amik port pasal apa-apa jelah produk kecantikan sebab memang dah natural beauty kan? ( HEKELEH KO!!)  Lagi-lagi produk kecantikan sekarang bersepah. For me, jenama-jenama yang tak fofuler tu diragui keberkesanannya. Some part of those product akan buatkan muka kita menggelupas teruk, merah , panas . Beli jelah yang dah komersial kat pasaran tu.

But then, bila dah start bermaustautin kat Terengganu Darul Iman ni kulit jadi sunburn dan gelap . Yelah , sebab laut betul-betul kat belakang hostel. Balik Kluang semua orang rajin sangat tegur kenapa aku gelap, sape tak melatah kan? Best part, makcik aku suruh guna AuraWhite. SENTAP NOKK!

Alah, for me those things like bedak tanaka , WonderGlow and AuraWhite itself... dah ambassador dia memang cantik hot meletop sebab tu meleTOP.

Satu hari tu, salah sorang dari kawan-kawan aku nampak lain sangat. I mean, before this dia ada konflik dengan kulit dia and she turn out so white, so clean and kitorang semua jeles lantas bertanyakan rahsia kejelitaan beliau. So, she promote Collagen ni pada kitorang dah alang-alang kitorang rata-rata tengah sunburn. Yang kelakar, kot aku dulu yek yek tak suka produk macam gini, terus je keluar duit mintak tolong dia belikan. Maka, aku start penggunaan produk ini pada akhir bulan Disember lepas.

After two weeks, memang nampaklah perubahan dia. I’m turning out into a beautifully princesss hahahahahahaha . Okay perasan. Muka memang bersih dan cerah dari sebelumnya. How fast kan? Aku teruja giler , balik cuti sem makin kembang hidung aku semua memuji muka aku flawless. NGEK PEREMPUAN MANA TAK SUKA KENA PUJI CENGGINI ......!!!! Sah masa tu riak, takbur, berlagak. =,=’

No need to use any foundation , mekap boleh tolak tepi dari meja arr wa cakap sama lu. I thought that the product was so into my kulit  sbb tu hasil dia cepat.

TAPI!!!

Semalam dapat berita buruk, di kongsi oleh kakak aku sendiri berkenaan produk yang aku guna ni. Sejauh mana sahihnya wallahuaalam tapi sebelum yang tak diingini berlaku eloklah aku stop. Aku dapat tau yang kandungan produk ni sangaaaaat tak baik. Diulangi sangaaaaaat tak baik. Krim dia mengandungi mercury yang kita sah sah tau bahaya dan byk side effect dia. Itu sebablah dia mampu cerahkan dalam masa yang singkat.  
 
Okay, kat bawah ni merupakan kesan daripada penggunaan skincare berunsurkan merkuri :
1 Kanser (Kanser kulit,kanser payudara,kanser payudara)
2 Meningkatkan potensi untuk dapat penyakit hilang ingatan(nama sendiri pun xingat kang)

3 Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi(mercuri menyerap masuk ke dlm kulit then masuk ke dalam darah bawak ke buah pinggang ,berkumpul kat situ..habis rosak buah pinggang ).Lagi satu bau air kencing kuat cam bau logam adalah salah satu tanda wujudnya mercury dlm badan kite.

4. Parkinson(penyakit saraf).

 
Well, aku redho jelah lepas baca benda ni. Salah sendiri.
 
Ini pulak ciri-ciri skincare yang ada mercury
 
1) Melekit-lekit.
    Sapu kat muka pun bkn main susah nak ratakan. Haa krim malam dia memang melekit-lekit.   Nyampah aku nak guna.

2) Tidak Homogen.
    Kalau kita biarkan krim tu,akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yg padat.

3) Kulit putih segera.

  Dalam seminggu pakai memang dah nampak kesannya. Tobaaaaaat

4) Tiada langsung jerawat nak tumbuh.

    Part ni tak ada dalam situasi aku. Jerawat happy je tumbuh. Kalau jerawat tak tumbuh tu sebenarnya adalah disebabkan protein dan melamin dalam kulit telah rosak  dan kulit tidak dapat dilindungi dari sinar uv.
  
5) Bau logam.

  Merkuri ialah logam berat yg berbentuk cecair.So bau logam bau dia kuat menyengat,kalau wangi pun maybe dia dah dicampur dgn parfum(pewangi).

6) Warna kebiasaanya berwarna putih-kuning.

    Based on collagen yg aku pakai, krim siang dia warna kuning manakala krim malam warna putih. Tapi katanya tak semua produk macam tu ada collagen. Google sendiri. Well, google is everybodies bestfriends.

7) Berkilau blink2.

  Tekstur kosmetik yg ada mercury ni berkilau2, kilat2 sikit. Lepas pakai memang arr Nampak berkilau kilau .

8) Bila stop pakai,bintik2 tumbuh kat muka,gatal2.

  Lama2 kulit jadi kehitaman dan kusam lebih teruk daripada sebelumnya. Wallahua'alam. Mohon dijauhkan

9) Kulit sensitif dengan matahari.

   Kena matahari kejap je pun dah merah dan rasa terbakar. Ermm, personally muka aku memang dari dulu kena matahari memang jd merah sbb kulit asal memang putih. Tak tipu. Part terbakar tu, harap2 tiadalah hendaknya

Okay yang kat atas ni semua dapat dari pinkylaptop.blogspot.com.

Kita tengok pulak apa kandungan lain yang digunakan sama dalam skincare ni.


1) MIDAZOLIDINYL UREA AND DIAZOLIDINYL UREA

Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet setelah parabens. Bahan utamanya adalah formaldehida, yang dikenal untuk mengawetkan mayat, dan sangat berbahaya bagi kesehatan manusia. Dapat menyebabkan dermatitis (radang kulit), luka bakar, inflamasi, dan pengeluaran air mata. 

2) METHYL AND PROPYL AND BUTYL AND ETHYL PARABEN (Kandungan dalam Krim)

Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteri dan untuk memperpanjang batas waktu kadaluarsa produk. Meskipun diketahui beracun, namun kandungan ini masih banyak digunakan. Efek yang mungkin terjadi adalah timbul banyak reaksi alergi dan ruam kulit. 


3) PETROLATUM

Hindari petrolatum atau parfum berbahan petrolatum, karena ini merupakan sebuah byproduct dari produksi minyak bumi atau bensin.
 


4) PROPYLENE GLYCOL

Idealnya, ini adalah gliserin sayuran yang dicampur dengan alkohol yang terbuat dari gandum. Propylene Glycol ditemukan pada beberapa produk kosmetik dan pembersih wajah. Zat ini dapat menyebabkan kemerahan pada kulit dan dermatitis kontak. Bahkan penelitian terakhir menunjukan bahwa zat ini juga dapat merusak ginjal dan hati. 


5) PVP/VA COPOLYMER

Zat kimia yang hasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk hairspray dan kosmetik lainnya. Dianggap dapat beracun, karena partikel-partikelnya dapat menyebabkan masuknya benda asing pada paru-paru orang sensitif. 


6) STEARALKONIUM CHLORIDE

Stearalkonium klorida dikembangkan oleh industri kain sebagai pelembut kain. Namun, zat kimia ini juga terkandung dalam kondisioner dan krim rambut. Bahan ini dapat menyebabkan reaksi alergi.
 


7) SODIUM LAURYL SULFATE (SLS)

Zat sintetis ini biasanya digunakan pada produk sampo untuk membersihkan dan menciptakan banyak busa. Efek yang ditimbulkan zat ini adalah iritasi pada mata, ruam kulit, rambut rontok, ketombe pada kulit kepala dan reaksi alergi. Sering kali kandungan zat ini disamarkan dalam pseudo-kosmetik alami dengan penjelasan dalam tanda kurung “berasal dari kelapa.” 


8) SYNTHETIC COLORS

Bahan sintetis warna diyakini sebagai penyebab kanker. Jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini, jangan sekali-kali menggunakannya. 


9) SYNTHETIC FRAGRANCES

Wewangian sintetis yang digunakan dalam produk kosmetik mengandung sebanyak 200 zat kimia berbahaya. Bila Anda menggunakan produk wangi maka semua bahan kimia berbahaya bisa diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini dapat mengakibatkan efek samping seperti sakit kepala, pusing, ruam, hiper-pigmentasi, kekerasan batuk, muntah dan iritasi kulit. 


10) TRIETHANOLAMINE (Kandungan dalam krim)

Sering digunakan dalam kosmetik untuk mengatur PH dan sebagai dasar bagi banyak produk pembersih. TRIETHANOLAMINE dapat menyebabkan reaksi alergi, termasuk masalah mata dan kekeringan pada rambut dan kulit. Bisa beracun jika diserap ke dalam tubuh dalam jangka waktu yang panjang.



Taken from blog http://knnessa.blogspot.com/2014/02/awas-aku-dah-buang-set-collagen-plus.html

Bila dijenguk jenguk balik, kandungan kimia yang digunakan tu aku ada belajar dalam biochemistry sem lepas. Inilah rupanya kesan ilmu kalau tak dimanfaatkan, peritnya nak terima huhuuu T_T

Seriously, berita ni siap mengacau ngacau aku time solat semalam. Apa-apa pun yang jadi nanti, aku redho jelah dah diri sendiri yang carik pasal. Agak ramai jugak kawan-kawan dah start pakai skincare ni sebab perubahan dia yang cepat, pantas , tangkas tu. Gelojoh lah senang cerita. Menyesal sekarang pun tak guna. Sepatutnya kita buat research dulu . Tobat aku tobat dah tak nak beli produk skincare yang merepek repek lagi. Buat masa ni aku stop pakai apa-apa dulu. Padanlah muka aku flawless sangat siap licin dia macam berkilat ngat arrr..



Okay kawan-kawan, peribahasa yang kita dapat hari ni ialah SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA.

Biarlah muka tak cantik tak putih tak bersih, tapi hati kita putih bersih sesuci lebaran

 
 
-Peace be upon you-

24 Jan 2014

Farewell Semester 1

 
 



My first semester doesn’t end well .  I’m just hoping for a miracle, and of course doa itu senjata orang mukmin.

Overall,  i’m just happy with my first trial of semester. Haha.. It is suffocating for being so fake in life right? Well, i take it as an iniative to adapt with the new environment i’m going to spent for 4 years, inshaALLAH. Frankly said, for the whole semester i am not being myself so much.  Maybe i should stop being selfish ek?

It’s quite hard to face something you wouldn’t interested to learn to. But it doesn’t matter if i don’t feel it too much and put it as a burden. You know, doesn’t mean i don’t like , ultimately i’m not going to do it.  It is about, how am i going to change my own perception. While i’m struggling so hard , it’s pain.

Well, i do begging mak to give a chance to change my course, because i seems so hard to find chemistry with some of the subjects.  Howeever mak didn't gave me any positive respond and willing my fulfilling. She even scold me . HAHA. I know, things would turn like this. Cari pasal sendiri.

 But her nagging was so impressive and i do ‘melatah’ and apparently started to change myself. Alhamdulillah la kan. In the end, i’m hoping i can stay longer there, face any hard times strongly.. nothings easy..

Welcome Semester 2.

Love. Peace be upon you.

31 Dec 2013

Closed the book.

 

At the end, 2013 going to leave us in just a few more hours . Alhamdulillah.

At least, we still have the opportunity to breath in Allah S.W.T 's precious air. To look the beauty sight of HIS nature. To care upon our parents, families and friends. So do to add as much ibadah as we could. Alhamdulillah.



Tahun 2013 fair and square. Allah maha adil . Kedua dua posisi gembira dan sedih berada pada tahap yang sama. Tahun yang aku rasa betapa derhakanya aku pada mak ayah, dan dalam masa yang sama merasa syukur nikmatnya menjadi seorang anak.

 
January to April
 
By the time, spending a lot of things with classmates and roomates in matric are the wonderful things. Setuju dengan seorang sobat, ' tempat mencedok ilmu paling best adalah di matrik '.. :) even ayat tu boleh bawak kepada gelak paling bergaya . Di matrik aku belajar untuk hidup sebagai seorang 'aku', belajar apa itu persahabatan, belajar apa itu jatuh bangun..banyak lagi. Melihat setiap insan yang hebat , bangun menunjukkan kehebatan masing -masing sedang aku masih ditakuk lama. Dan aku tahu masa aku akan tiba. Soon. Very soon. insha Allah. Kita bersama berperang dan 30 April kita bawa haluan kita masing-masing. Seeing u guys crying and leftover my footsteps there seems touched me a lot. Tak boleh bla ayat roommate aku arr, 'seeing my hahazimahs gone with the car' ..apak arr..
 
 
May till August
 
Spending half of the time as a part time housewife, tu pun kadang-kadang bergilir dengan akak aku. Dah khatam novel dekat 5 kali , layan fesbuk twitter watsoevah sampai power spect makin tebal, tak tidur malam tapi esok pagi sebok nak tidur, eh lupa.. makan tak ingat dunia. And I guess less ibadah. Tengah senang lenang, lalai dengan dunia. Allahuakbar, bila ingat balik how cruel I am towards my self. About 1 month menganggur, I'm starting a new life as kopitiam girls. Arghhhh benci bila ingat benda ni. Benda paling sakai pernah aku buat. Tak sampai sebulan aku kerja, something happened and ....
I'm feeling the anger.
towards
my own
mum.
 
Derhakanya aku. Marah ibu sendiri atas sebab yang tak munasabah. Sedangkan mak buat keputusan demi keselamatan aku. Demi anak dia. I know mak hide her sorrow. A week plus plus I wouldn't see mak's face. Mak pergi sekolah baru aku keluar bilik , mak balik sekolah aku masuk bilik balik. Apa kesejadahnyalah. Macam mak aku buat apa je lah.. haihlah husna hoi. Hermmm lepastu aku sedar sendiri lah ..jangan tanya macam mana.
 
And yeah, at this moment too we receive another family members and soon-to-be famil members hihik. Ahmad Izz Zaeryl jadi pujaan malaya sekejap ...aiyolah cucu first semorang macam terlebih eksaited arh kononnya. Abang selamat ditunangkan dengan kak Fath.. looks like going to lose one more abang huuuu..


September to December

Bermulanya hidup sebagai seorang mahasiswi .Bachelor at the young age rasa macam tak percaya sahaja dengan reality ini. Menangis depan mak ayah paling bengang depan abang aku arr pastu kongasam arhh kena nganjing.. jauh kononnya. Beyond that, aku terasa sangat berat atas harapan mak ayah letak pada anak bongsu dia. Satu-satunya yang teruskan jurusan sains even pada permulaan tingkatan 4, mak tentang habis habisan untuk keluar aliran agama. Satu-satunya anak yang tak banyak cakap bila mak ayah suruh amik bidang tu bidang ni. I follow.. Terasa sangat jatuh merudum sejak-sejak ni. But they never tired to raise me up again. Alhamdulillah.
 
InShaAllah mak ayah, na akan jadi anak yang menyenangkan hati mak ayahnya. Ameen. Ya Allah, jangan pernah lekangkan lidah ibu bapaku menyebut namaku dalam setiap doa mereka dan jangan pernah hilangkan nama mereka dalam doa-doaku .. T_T
 
Dalam buku baru esok, diharapkan kita mampu mencoretkan sesuatu yang lebih indah dari sebelumnya. Namun kita perlu ingat dunia yang sementara tak dapat dikekalkan seperti mana akhirat yang selamanya.
 
 
love u guys strongly.. and plus plus 


30 Dec 2013

Perbaiki diri


 
Assalamualaikum :)
 
 
Kalau kita dah berusaha sedaya upaya kita.
Dah bagi tumpuan sepenuhnya masa lecturer ajar.
Dah jaga hubungan dengan Allah, dengan ibu bapa , dengan semuanya.. sebaiknya.
Andai kejayaan masih belum kita punya,
tetap belum dapat kita raih.
 
 
Bersangka baik dengan Allah.
Barangkali, kalau kita dah punya kejayaan tu, kita lupa diri.
Ada masanya,
kejayaan tak datang bersama-sama dengan keberkahanNYA.
istidraj .
Maka bersangka baiklah dengan Yang Maha Pencipta.
 
 
Ataupun, ambil kesempatan melihat kepada diri sendiri.
Cukup ke amalan kita selama ini?
Kadang-kadang, kita terlupa ..
benda yang remeh temeh , yang kita anggap tak penting
yang banyak membantu kita.
 
 
Contohnya,
 
kita tak amik kisah pun keluar masuk rumah guna kaki apa.
minum berdiri sambil bergaya.
buang hadas tak tutup kepala.
lupa nak mulakan sesuatu dengan Bismillah.
banyaaaaak sebenarnya.
 
Sunnah je.
Sometimes, yang 'je' tu kita lupa banyak membantu.
kan?
Padahal, kita sudah dididik sejak kecil.
Tup tup dah besar hilang.
 
 
Takpelah.. Kita perbaiki diri meh..  :)


24 Dec 2013

Coming Exam

 
 
Assalamualaikum ..
 
 
Alhamdulillah, Husna dah genap 19 tahun minggu lepas. Terima kasih kawan kawan yang banyak ucapkan , doakan , pastu merapu rapu lah karangan tu masa nak wish.. thanks a lot. Husna sangat-sangat hargai. Lagi-lagi dapat roommate yang birthday dekat dekat , even nak buat surprise dah terkantoi awal awal.. at least kita have fun sambut birthday sama- sama. Family pun, kat whatsapp group ..alah alah kemain koyanya bagi duit la kek la.. aku mintak betul betul kang ..Alhamdulillah... dengan bertambahnya umur maka makin dekatlah kita dengan kematian. Perbanyakkan amalan, mati kita tak kira umur kan.. ? Tahun depan dah masuk 2 series , masih boleh hirup udara Allah ni lagi atau tidak, kita tak tau..
 
2013 dah hampir ke penghujungnya. Sedar tak sedar dah hujung semester 1 kat university ni. Like seriously, aku kat U ? Macam banyak main je. Study week dah start dari Khamis lepas . Orang lain sibuk belek cari nota subjek apa nak ulangkaji, aku cari movie apa yang best nak tengok.. okay. Terbaik ngko =,=
 
 
Well, my final examination start on this 29 Dec till 15 January. Lepas tu cuti sebulan for sem break. Tak sabar nak balik sebenarnya. A lot of things to do playing in my mind right now. Serious tak sabar . Pray me well for this exam. May Allah ease everything, inshaAllah :)

15 Sept 2013

Intake Kedua Pengajian Ijazah Sarjana Muda : TAHNIAH !!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Beberapa hari ni blog macam tak boleh bukak. Bila log in eh dia kata kite ni bukan owner blog ni. Eh dah kenapa? Profile kosong, semuanya kosong kosong kosong. Sedih yang amat jugaklah, medium yang gigihku bina hancur di tengah jalan. Memang dah ada niat nak block pastu buat baru arr.. tapi bila saja bukak dengan lafaz BISMILLAHIROHMA NIROHIM.. Alhamdulillah segalanya kembali kepada yang asal. Senyum sikit :)

Hahahaha..

Okay, actually nak ucapkan berjuta juta kali TAHNIAH ! buat sahabat sahabat yang dapat meneruskan pengajian kalian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda untuk kemasukan kedua bagi tahun 2013/2014 terutama sekali untuk kawan sepraktikum yang pernah sekatil sebantal, yang menjaga dan menatang diriku seperti minyak yang ponuh masa tengah sakit dulu, Memey.. Ya Allah suka sangat untuk dia. Alhamdulillah dia akan teruskan pengajian ntuk course Kejuruteraan Perhubungan kalau tak silap kat Unimap.. Wuuuhuu i'm so jelly kat sana ramai member2 praktikum pastu crush aku pun kat sana BHAHAHAHA. hermm jujurlah pulak. Memey pun gembira habis, dan aku kat sini , di kejauhan ini hanya mampu mendoakan kebahagiaan dan moga segalanya dipermudahkan.


 
 
Yang penting tak kisahlah awak intake pertama ke intake kedua ke, level kita yang sebenarnya sama jee. Yang intake pertama ni pun takde belajar banyak mana. Baru kias kias sikit. Tapi yang geram, untunglah awak semua tak ada orientasi yang <<asdfghjkl!?>> tu. Hahaha * insert lah apa apa yang korang suka *.
 
Dalam masa tumpang gembira untuk yang dapat teruskan pengajian tu, aku pun turut bersimpati dengan mereka yang tak dapat. Contohnya, roommate punya kawan tu 3 orang tak dapat mana mana walaupun pointer memasing gila hebat. Apa yang boleh aku describe kat sini, semuanya bergantung pada rezeki .. tak naklah cakap ada khilaf mana2. Usahalah lagi.. selagi kita masih mampu untuk berusaha, gigihlah cari peluang lagi. Ye tak?
 
 


30 Aug 2013

Azab Untuk Para Wanita


Assalamualaikum.

Langkah peringatan untuk sesame kita yang serba kerdil .

 Baca, jangan tak baca , untuk renungan
(tolong ingatkan kepada semua kaum perempuan yang anda kenal)...


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

28 Aug 2013

Aku mahukan mereka sampai bila bila

Assalamualaikum.

Hari ini adalah cerita roommates di matrik secara kesuluruhannya. Semuanya. Sebab aku tak rindu langsung pada diorang. Serius tak. Sila percaya.

Allah, aku rasa macam nak menangis tengok ramai kawan kawan baru kat group UMT sibuk mencari roomates mereka yang baru. By the way , pengurusan UMT telah beritahu bakal mahasiswa mahasiswi kolej kediaman yang akan kami duduki. I like. Tak adalah terkocoh kocoh masa hari pendaftarankan? Ada yang jumpa, ada yang baru jumpa sorang, ada yang langsung tak jumpa. Dan aku faham perasaan orang yang tak jumpa tu sebab aku salah seorang daripadanya. Naik frust naik gila jugaklah tak jumpa jumpa. Asyik asyik jumpa jiran tetangga, orang rumah tak jumpa lagi.. ecewah.

Tujuan mencari roomates kat group tu memang macam sakai sikitlah. Definitely, banyak tanggapan negative macam, ' eleh, kenapa tak announce satu dunia je pasal bilik kau tu? ' etc. Tapi kita ambillah dari sudut positifnya yang mana aku sendiri pun mencari dengan niat yang suci murni. Bukan suka suki. Takat nak kenal kenal, memang kat sana pon boleh.. Namun begitu, perbincangan scara alam maya perlu juga.

That's it.

Aku cuma mampu menjadi seorang pemerhati yang setia melihat kesibukan orang ramai mencari sahabat sebantal setilam sekatil yang baru kat group tu. Jadi sebak yang teramat , teringat pada roomates matrik yang hati hardrock macam aku. Baik Anisa yang kitorang cuma sempat beramah mesra lebih kurang sebulan je, apatah lagi Yana dengan Tikah yang pernah sekatil dengan aku, kongsi meggi sambil tengok running man, gelak tak ingat dunia, kutuk felo ..eh? ops ops

Dengan diorang aku tak pernah plastic. They may be truely my sisters and sometimes I act as their mum, dalam dunia matrik yang bukan satu dongeng ini. So that's why they easily called me ' mak '. How dare.

Anisa, I don't know where she is right now. Lepas keluar matrik dah jarang contact. And I should said, kami tidak berhubung langsung. May Allah keeps protecting her.. yep of course I miss her. the one I only talk often to. then, suddenly dia pergi secara tiba tiba.. terkilan.. Tapi sebagai manusia yang masih rasional , dia masih punya minat dan kemampuannya yang tersendiri, takpe nisa..kami faham.

Yana, the only cutest teddy bear of mine. A great curator I guest. HAHA. Ada je cerita pelik dari dia , yang agak nonsense tapi lawak bak hang.. buat aku ketawa sampai keluar air mata. And now, she's going to Unikl. Seorang yang gila running man dan mampu tengok running man marathonly sampai lewat pagi. Oh ya, maggi lovers. Macam macam jenis maggi makcik ni ada. Haishh.

Tyka, kelantanese girl of high spirit with whatever she's doing. Really passionate. Paling rajinlah antara kitorang. Aku Nampak sangat work hard dia, dari apa yang dia cerita, dia lalui, aku yakin satu hari nanti dia akan berjaya dengan jayanya. Dia dapat UMS utk degree. Dan dia akan bergerak, daftar , terbang ,survive sendiri without anyone teman dia. Ya Allah how strong she is. Gigihnya dia. Kuatnya dia. Aku tabik ! Pengorbanan tu sangat berharga.

Ya Allah sumpah rindu mereka. Macam tau tau aku rindu, tiba tiba dapat kol dari tyka dan aku bertwittering dengan yana sepuas hati aku.  Aku mahukan mereka sampai syurgaMU Robbi. Jagakan mereka. Lindungi mereka. Berkati usaha mereka. Jauhkan mereka dari segala macam bala bencana. Sayangi mereka. Ameen :)

23 Aug 2013

Terapi Ion Rendaman Kaki

Assalamualaikum

Terapi Ion Rendaman Kaki adalah sejenis rawatan yang menyeimbangkan ion positif dan negatif dalam tubuh badan manusia. Fungsinya banyak. Antaranya membuang sisa toksik dalam badan, melancarkan peredaran darah, mengeluarkan darah beku dan banyak lagi. Paling tak terjangka boleh hilangkan jerawat. It's not hilangkan.. more to mengecil dan mempercepatkan jerawat tu nyah dari muka korang. Bila sebut 'hilangkan' rasa macam, after terapi terus jerawat tu ghaib. Serius. Itu yang akan aku bayangkan sebab imaginasi aku tinggi.

First time buat tengahari tadi dengan mak since orang laki semua berebut rebut ke masjid mengumpul pahala dengan mengerjakan solat jumaat, Alhamdulillah. So, kitorang pun rasa macam ..eh sementara tengah kosong dekat pusat terapi tu, apa kata kite meriahkan tempat tu? macam tulah lebih kurang. So drive dari sekolah mak terus ke pusat terapi tu, tak jauh dari rumah sebenarnya. Sekadar untuk pengetahuan penduduk Kluang jelah ya, pusat terapi ni terletak berhampiran dengan Masjid Kampung Tengah. Nama lorong tu klasik ala ala kejawaan iaitu Lorong Wak Kermin.. amacam? Ini pertama kali, memang teruja la nak buat. Selama ni cuma dengar cerita orang , tengok kat tv.. serasa diseru seru untuk turut melakukannya. ceeeeh.

Aku baru rasa macam berangan nak amik gambar tu gambar ni, konon nak masuk dalam instegewem ke, fesbuk ke, twitter ke.. blog ke..dan entah apa lagi laman social yang ada sekarang. Rupanya memang angan, sebab terpampang kat sekeliling tempat tu.. benda alah ni.


ooooo
 
Makanya, erm tak apa lah mungkin ada sebab tersendiri kenapa tuan punya pusat tak bagi kebenaran kita amik gambar. Sebenarnya, tempat lain aku rasa okay je macam tak ada hal je nak buat camtu.. yelah macam aku cakap tadi , mungkin ada sebab tersendiri. Kot maybe ada side effect ke nanti kan.. kita tak tau. Sebagai seorang yang berdisiplin, maka ku patuhi arahan itu.
 
Terapi ni menggunakan alatan yang disambungkan dengan elektrik. Alatan tu ada ion yang macam masa sekolah dulu kimia korang ada belajar cathode dan anode ..haa camtulah rupanya benda tu. Kaki kita direndamkan bersama sama dengan alatan itu dalam bekas yang bersaiz sepatutnya. Jangan risau, kalau kaki kita besar gajah pun, aku sangat pasti tuan empunya pusat sangat bertoleransi untuk menggunakan besen yang besar. kay don't worry kay. Kemudian alatan itu akan disambungkan pada suis yang mengalirkan arus elektrik, dan pada masa itulah ion positif dan negatif mula aktif.
Untuk 5 minit yang pertama, (based on my own experience) akan keluar cecair berwarna kekuningan. Menurut Ummi, tuan punya pusat terapi warna kuning tu adalah toksik dari badan . Setiap warna yang keluar ada maksudnya yg tersendiri.

 

  1. Kuning kehitaman : Toksin dari saluran buah pinggang
  2. Kuning kemerahan : Merawat dan mencegah Penyakit Gout
  3. Kuning berminyak : Kolestrol
  4. Coklat : Masalah Hempedu
  5. Hijau tua : Merawat Masalah Batu Karang(Pundi hempedu)
  6. Buih putih : Kelenjar limpa
  7. Buih gelembung : Merawat Penyakit Gastrik
  8. Zarah putih berlendir : Ortoprosit tulang
  9. Hitam : Logam berat
  10. Merah : Darah beku 
Macam aku, perubahan yang berlaku pada warna air rendaman ialah kuning siap siap warna coklat, buih buih  bergelembung pastu macam ada minyak minyak. Korang mesti penah nampak kuali atau periuk yang sebelum tu digunakan untuk masak asam pedas ke kari ke.. mesti macam ada tertinggal minyak kat dinding periuk atau kuali tu kan? Lebih kurang macam tulah rupanya. Macam apa yang korang nampak pada list atas tu, kuning berminyak adalah kolestrol. Setiap kita ada benda tu okay.. even kau kurus macam lidi pun, kau ada kolestrol. Cuma tinggi atau rendah, depend pada tubuh badan kita. Ummi cakap mungkin aku kuat makan fastfood. ehehehehhehe.. sah sah semalam aku makan kepsi. ini makan diaaaa. Coklat nak ke hitam tu pulak sebab ada masalah pada pancreas so ummi cadangkan untuk aku buat check up kat hospital. Tokojod jugak arr.. mak aku tak pasal jadi risau je. Buih gelembung tu sebab aku memang ada gastrik. And guess what gelembung aku lagi banyak dari mak.. Macam berlawan pulak. Kiranya dalam badan aku banyak angin. Herm..mungkin sebab aku jarang naik angin.. ceeeeeh. hahaha

Ada side effect tak? Yang ni depend pada masing masing. Macam mak aku, tiba tiba pedih kat hati pastu berdebar je. Aku pulak bahagian kepala, berdenyut denyut macam kena cucuk. Tapi tak semua orang rasa. Bergantung pada orang.

Oh ya.. sebelum tu kitorang kena minum air Hidrogen dua gelas sekali kau, tersedak sedak minum. Air tu bukan air mineral biasa. Air apa entah , aku kurang beri perhatian waktu diberi penerangan mengenai air tu.

Saje je aku try terapi ni sebagai regangan sebelum sambung belajar nanti dan terkebetulan aku mmg suka mencuba sesuatu yang baru. Buang dulu yang negatif negatif baru senang nak terima sesuatu yang baru kan, inshaAllah. Why not kalau korang pulak cuba terapi ni.. sebab ni terapi ni boleh membantu variasi jenis penyakit, dengan izinNYA. Resdung, senggugut , lumpuh dan macam macam lagi.

Ni contohnya figurasi yang aku cuba minta korang bayangkan.. daripada terbayang sendiri yang entah apa apa entah macam mana, baik aku tunjuk gambar. Credit to google dan owner gambar.



20 Aug 2013

Salam Aidil Fitri


Assalamualaikum.

Salam AidilFitri. Salam mahabbah .

Think of not too late for wishing you guys Happy Eid Mubarak since.. raya melayu kan sebulan. Ceeeeeeh.

Selamat Hari Raya untuk rakan rakan blogger, pembaca , rakan rakan yang lain yang sudi membaca nukilan sememeh ni. Mohon seribu kemaafan atas segala salah silap , penggunaan kata yang tak disengajakan atau mengguris hati mana mana pihak . Ikhlas dari naluri hati yang suci leluhur murni sejati.

Raya tahun ini, family husna sambut secara ala kadar , tiada tema atau baju boria. Persiapan husna pun lebih kepada untuk masuk universiti nanti. Baju raya main pakai je apa yang mak tempah .. tak ada pilihan sendiri. Berserah dan tak kisah. Husna memang tak cerewet pasal baju, asal tak senget benget kain tak sama dengan orang lain cukuplah. Yang penting sedap mata memandang dan menutup aurat kan.  Tapi ..sedih sikit. Yelah bila ada antara family kita yang dah ada keluarga sendiri memang rasa lain sikit. So salah sorang abang husna tahun ni beraya dengan family mertua , so rasa macam...u know . selama lama ni bila bergambar cukup je ahlinya tetiba tahun ni ada kureng sikit. Tapi tu semua tak penting. Tak penting.

Yang penting.. duit raya. Kan? HAHAHA

Memang malu nak terima duit raya lagi bila dah besar macam ni walaupun secara hakikatnya dalam hati ni meronta ronta nak duit raya. haha. Macam biasa sebelum dapat duit raya mestilah ada sesi bermaafan kan. Husna memang kalah bila masuk part maaf bermaafan ni. Air mata senang je nak tumpah. Nampak sangat banyak buat salah kan?? Ya...! Husna memang terasa beban dosa yang bertimpa timpa sejak sejak nak bergelar remaja yang nak memberontak ni, hoho.

Erm. tu jelah. Selamat hari raya again.

 
 
Kay.. ni je. nak tengok lelebih tengok kat instegewem kite yek. bye. adios. 

2 Aug 2013

Tell me who's more perfect than him?

In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful

Assalamualaikum

I know a man who lost his parents but refused to be called as an orphan. He was man enough to love a strong woman years older then him, worked for hem and made her stronger, opened his heart to her, shared his fears to no one but her. He was faithful to her till her last breath. Cleaned after himself and sewed his own clothes. He was good looking, courageous and fearless. He never judged anyone on their pasts or looks, and was moderate, open minded and tolerant. His neighbour was Jewish and his cousin-in-law was a Christian priest. Beaten and exiled when he was helpless, he was merciful when he became stronger. Intelligent, wise and a hard worker, he built a long lasting nation out of nothing in the last 20 years  of his life. He had no parents, but loved his daughters and grandchildren. His last will was " Be good to women". This man was a mercy for all mankind, this is my Prophet Muhammad  S.A.W




Big sorry for my inadvertent error of spelling creator to creature for the few past of entry. Admit of my own careless and thanks a lot for correcting me. I owe your good deed. :)

22 Jul 2013

I am a Muslim and I am not that offended

 

In The Name of Allah The Almighty and Most Great Creator

Assalamualaikum

 

"I am a Muslim and I am not that offended.." - Young Singaporean Muslim


July 21, 2013
Latest Update: July 21, 2013 05:11 pm
 
When I first saw the “Halal Bak Kut Teh” picture on The Real Singapore Facebook page, I was irritated but I didn’t think much of it. I believed the guy was an idiot and that’s it. But I was surprised that the backlash has gotten so big over just a few hours.
I was disappointed to see so much hate comments being posted by fellow Muslims over this one photo and some even go far as to post threats of violence and death threats. And now, the couple is facing up to 15 years in jail and heavy fines over this one photo, which really saddens me as thieves and people with assault charges usually get much less.
Why am I not offended? I actually have a different perspective on the issue. I subscribed to a few foreign news channels like Al Jazeera and The Young Turks and I have seen the faces of REAL HATE.

I have seen people like Pastor Terry Jones, who called for the burning of the Quran. I have seen a group of Islamophobic Americans gather to throw hateful slurs at a mosque event in California. I have seen the absolute disrespect of Nakoula Basseley Nakoula and his blasphemous film which he called “The innocence of muslims”. I have seen the bigotry and also the sympathy of the people of Texas in ABC news experiment “What would you do?” when Muslims are discriminated. I have seen a Hispanic woman pushing a Muslim man onto an oncoming train, killing him, just because he was Muslim. And the worst of late, I have seen the genocide of the Muslim Rohingya people by the so called “Buddhist” Burmese.

The face of hate comes in many sickening form. But when I see Alvin’s face, I don’t see a hateful person; I just see the face of a troll.

Understanding hate and dark humor.
Maybe it is because of my age and my exposure to the internet, I understand dark humor and some can be really funny. I am a fan of South Park with their highly intelligent yet crude but funny jokes and satires. But in the end, dark humor is essentially a joke that can either be funny or fall flat and just be stupid.

I would say that Alvin’s Halal Bak Kut Teh photo is just a piece of really bad dark humor that is not funny. There is no real malice in this photo. He did not insult our prophet, he did not call for the Quran to be defaced and he did not go out to injure a fellow Muslim. At most I could say that he is insensitive for suggesting that a dish most commonly made with pork is halal.
We are getting into an uproar over FOOD? Let’s change the situation a bit and say Alvin did the same photo BUT with frog legs (which is also haram). How much of an uproar will that make?
Being respected. As Muslims, we always ask that our religion be respected. But it would be hard to respect someone if he acts like an overly sensitive baby who would throw a tantrum over such a small issue. We need to be mature. If you find the photo insensitive, feel free to make a video or make an article to address how insensitive the post is or simply bring this matter to facebook admin let them handle it. To issue threats of violence, instigate suicide and even death threats over a food related matter is simply unacceptable.

Justice. Quoting from the Holy Quran 2:190

“Fight in the way of Allah those who fight you but do not transgress. Indeed. Allah does not like transgressors.”

The concept is simple, if you are called to defend our faith, do so without transgression. If you are threatened with words, you are to fight back with words ONLY. If you are threatened with fists, you are to fight back with fists at most. If you are threatened with a sword, you may fight back with a sword.
What Alvin did does not warrant jail time for up to 15 years or even such a heavy fine. Prison is a place where we keep thieves, robbers, rapists and murderers, people who have committed crimes against property and person. To treat Alvin, whose crime is bad humor, like a harden criminal is indeed transgressing the limit. At most, all he deserves is a small fine and mandatory community work (maybe at a mosque so he could learn a thing or two about being with Muslims).
In all, we must keep things in perspective in issuing justice so that our emotion doesn't cloud our reason. We should not turn an issue about food into something that could divide a nation and we must act more maturely if we want to be respected. - The Real Singapore, July 21, 2013


* Young Singaporean Muslim submitted this article to The Real Singapore, a news portal on life in Singapore.
* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.



i'm not backing or supporting their action,  as a muslim I do feel challenged. rationally, I agree with the opinions. it's wake people up. i'm not judging people..but it is a reality. Allahuakbar

15 Jul 2013

Allah bukakan pintu

In The Name Of ALLAH The Almighty and most Great Creator

Assalamualaikum

Dah masuk hari keempat lepas keputusan UPU keluar, tapi sampai ke hari ni still belum sampai ke penamatnya cerita pasal UPU ni. Baik kat facebook, twitter, instagram , blog semua masih dalam mood UPU.

Husna dah awal awal lagi tekan button confirm walaupun pada hakikatnya agak ralat dan terkilan sebab tak dapat bidang kejuruteraan , sesuai dengan bidang yang Husna amik masa kat matrik dan memang cita cita Husna dan juga pekerjaan yang ayah sangat idam idamkan anaknya berkecimpung dalam tu. Padahal setiap kali bila Husna utarakan yang Husna nak jadi engineer, banyak cakap cakap negative . Mak Husna memang 50-50 benarkan anak dara dia yang bongsu ni jadi jurutera. Mungkin sebab kejuruteraan ni basically agak lasak, memerlukan seseorang rajin turun side, panjat sana, panjat sini, look around a machine..or something like that. Kerja kerja lasak ni orang lelaki je sesuai, katanya. Lebih elok orang perempuan kerja yang kat dalam , lebih selamat sesuai dengan imej perempuan yang lembut. Jadi cikgu macam mak lagi okay. Huhu. Dalam masa yang sama mak sokong sebab itu minat aku.

Awal awal masa kemaskini UPU mak agak marah sebab 80% adalah kejuruteraan. Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Kimia BioProses, Kejuruteraan Perisian Komputer ..mesti ada kejuruteraan kat depan tu. First choice sampai yang 12 termasuk RU kebanyakkannya adalah kejuruteraan. Disebabkan Husna belajar Fizik maka kejuruteraan pada Husna sangat penting. Mungkin sebab minda dah disetkan, oh kalau Fizik kena jurutera jugak, tak boleh tidak. Mak betul betul risau kalau result PSPM 2 yang bakal Husna dapat tu tergelincir , dan UPU kena lelong, tak tahu end up nya macam mana. Hati mak kan..

Result PSPM 2 keluar, Husna tak dapat high pointer sgt, Malah Husna akui Husna lagi bangga dengan result masa PSPM 1. Cukup cukup makan. Husna ulang ayat sebelum ni . Hati mak.. Naluri mereka lebih kuat. Husna sedar, tersentak. Husna terlampau yakin yang Husna akan dapat pointer yang lebih baik. Bukti yang lebih tepat subjek yang Husna score adalah subjek yang Husna tak berapa minat. Walhal yang kegemaran sangat tu lebih rendah. Husna redha. Kemaskini UPU kali kedua, keliling semua adik beradik, mak ayah termasuk ipar duai dengan anak sedara aku sekali. Tak masal lah budak botak tu nak join sekaki bincang UPU. hermm. So untuk first choice, selepas ditimbang tarakan Husna amik jugak engineering. Tapi untuk sedapkan hati mak, Husna amik Food Engineering kat UPM. Rasanya, tu jelah yang Husna harap harapkan dapat. Sebenarnya ada kakak sedara yang amik bidang ni kat UPM, dia yang suggestkan.. dia dah cerita semua sampai Husna rasa tertarik yang amat nak amik kos ni. Memang dah tanam dalam jiwa ni UPM UPM UPM. haaaa..Selebihnya amik Food Tech, Perkhidmatan Makanan, Science Comp, Computer Engineering, Chemical Engineering.. dan sebagainya. Walhal ada bidang yang Husna amik tu lari sikit dari bidang khusus kat Matrik. Husna tawakal. Tu semua konklusi pilihan Husna dan keluarga. Apapun yang Husna dapat Husna akan redha,. Padahal... kalau boleh harap sangat Allah makbulkan dapat UPM .

At the end, permohonan ke UPM tak dapat. But then I got an offer from UMT for Sains Pemakanan (Perkhidmatan Makanan). Ramai yang agak tokojot gitu, kenapa lari jauh sangat. Suddenly lose an idea of what I have to say. ..

First impression lepas cek, tergelak besar sebab Johor--> Terengganu bukan perjalanan yang singkat. Tapi masih bersyukur , ada kawan yang dapat Sabah/Sarawak..feel sorry for them. Diorang amik semua tu sebagai jihad, pengorbanan untuk belajar. Husna pun kena tanam semua tu jugak dalam diri from now on. Macam yang Husna cakap tadi lah, dalam hati ni sedih walaupun zahirnya gua ketawa sekuat kuatnya.Tapi kita balik pada realitinya, pada hikmahnya. Allah tak izinkan kita dapat apa yang kita nak kerana DIA sayang akan kita, kerana DIA lebih tau baik buruk yang bakal berlaku. Husna masih bersyukur sekurang kurangnya itu masih dalam pilihan Husna, bukan lelong. Husna masih diterima sedangkan ada lagi ramai yang terkandas, bersungguh membuat rayuan semula.

Bila Husna recheck semula permohonan Husna tu, kebanyakkan kejuruteraan Husna letak pada pilihan ke4 hingga bawah. Sains makanan ni pulak pada pilihan ke3. Sedihnya aku,, !!!

Again Husna remind diri balik, anything happened for a reason. Kawan kawan pun semua happy dengan result masing masing walaupun ada yang sedikit celaru nak pilih mana satu, nak continue dgn course tu ataupun tidak.. Seronok tengok kelam kabut diorang. Wawa, Azfar, Eddy, Atin,Iera, Afiq, Apit, Zamir, Nina, Yana, Fiqah, Qiqi, Tyty, Fai, Alida, Memey, Cik Ta, Wahyu, Aqil ,Zahin and Shiresh. Mohon mereka tersedak sedak sekarang ni kakaka.. Mana mana yang belum ada rezeki tu, ingatlah rezeki tu sentiasa ada cuma cepat atau lambat. Yang penting jangan patah semangat :)

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, Husna tak ada rezeki lagi dalam engineering. Sapa tau satu hari nanti Husna sambung master dalam engineering kan. sapa tau juga Allah bukakan pintu ini supaya pintu pintu yang lain lebih mudah dibuka?  Syukran ya robb

12 Jul 2013

Alhamdulillah..sujud syukur

In The Name of ALLAH The Almighty and Most Great Creator

Assalamualaikum

:)

Hari ni entry special..tetiba ada smile.. eh hari ni kerja memang nak senyum je.. Lapar dahaga semua tak ada. Yang ada cuma nawaitu nak senyum je.. haha

Alhamdulillah.. pukul 12 tadi keputusan UPU untuk lepasan matrik, asasi dan STPM keluar. Sebenarnya dari malam semalam lagi eh kita ni menggelabah. Aiyelah, tarikh pemberitahuan tu asyik tak konfem je, bila tanya kawan2 serta melihat bukti2 yang sohih  rupanya memang betullah hari ni result keluar . Tak boleh tidur semalam tapi las las tidur jugak. herm.

Lepastu nak sahur pun macam kurang selera sebab terfikir fikir dapat ke tidak permohonan aku tu. Husna akui UPU kali ini sangat penting. Lebih penting dari masa lepasan SPM dulu. Dulu, kalau tak dapat pun macam tak kisahlah..matrik kan ada. Tak dapat U, masuk arr matrik.. Tapi kali ni kalau tak dapat UPU, nak ke mana lagi? Kalau boleh tak nak masuk swasta lah. Ikutkan mak ayah Husna masih berkemampuan untuk biaya pengajian Husna kat swasta. Eh..bukan nak berlagak ke apa tau.. tapi ini secara realitinya.. erm tolong jangan fikir negative ya ya.. terima kasih :) Tapi, kita hidup tak boleh nak fikir senang kita kan? Senang cakap jangan nak ' jual ikan ' sangatlah..

Lepas sahur, solat subuh, tadarus, letih sangat sebab malam tu tidur lewat.. plan macam nak tidur kejap siap set jam pukul 8 nak bangun bereskan kerja kerja rumah semua tu. Harapan je lah.. Ya Allah..lama gila boleh tak anak dara ni tidur sampao pukul 12.30.. omakaihh.. tu pun sedar lepas dengar bunyi mesej, mesej tu pulak dari mak . macam ni content mesej tu ,

" Salam. cane? "

Dalam hati sikit pun tak teringat pasal UPU tu.. so Husna macam blur kejap siap fikir apa yang mak cuba sampaikan ni..?? apanya yang macam mana? takkanlah mak suruh basug pinggan tadi, mak Tanya macam mana? haaaaaa,, blur habislah.

Bila dah fullt tersedar, tepuk dahi.. baru teringat UPU. terus capai laptop   siap ingat tak ingat dah no matrik. Mula2 macam hang sikit.. biase arr mesti berpusu pusu manusia macam aku tengah cek keputusan. Berbekalkan kesabaran dan penuh tawakal, akhirnya keluar benda kat bawah ni :

 

 
Alhamdulillah, mula mula memang tak terfikir langsung yang ini yang akan dapat. Selama ni asyik menyebut UPM UPM UPM. Sejujurnya dari hati ni memang nak sangat masuk UPM , course Food Engineering. Lepas dengar dari Kak Alyani berkobar kobar gitu nak amik course tu..
 
 
Sedih memang sedih..tapi kenalah amik dari sudut positifnya ye tak? Walaupun Husna tak termimpi pun nak masuk UMT, sekurang kurangnya course tu masih dalam course yang Husna minat. Walaupun dalam praktikum Husna sorang je yang tercampak kat UMT, mungkin Allah suruh jalinkan ukhuwah dengan orang lain, tambahkan kawan, tambahkan pengalaman. Lebih positif bila mak ayah gembira, adik beradik semua support. kawan kawan pun support. Perasaan berdukalara tu pun hilang serta merta. bersemangat pulak dah.
 
 
Dan buat apa nak keciwa sangat, course ni, U ni adalah pilihan Husna sendiri. Walaupun bukan first choice, yang ini pilihan ketiga. Sekurang kurang benda yang paling menakutkan budak matrik dan asasi tak berlaku...(lelong) so far so good :)
 
 
okay, so maybe tu je kot yang nak dicerita. Terima kasih buat semua yang mendoakan.. moga moga bidang ini, fakulti ini boleh membawa Husna kepada kejayaan duniawi ukhrawi inshaAllah :)
 
 
 
 

11 Jul 2013

First Day of Ramadhan

In The Name of ALLAH The Almighty and Most Great Creator

Assalamualaikum

Macam mana first day puasa korang? Rasanya , hari pertama tak berapa nak goyah sangat kot benteng nafsu tu. Tenaga masih ada. Ke siang tadi dah ada yang gi beli lunch sorok sorok, kat belakang kedai? Takkan.. eh aku tau. korang semua bebaik. senyum sikit senyum sikit ..

Alhamdulillah tadi,,ermmm lauk sedap sangat. Ikan masak merah (feberet bak anggg) , sotong masak kicap, sayur labu masak lemak..ada murtabak, kuih muih banyak gilos lepas tu air asam boi, air apa tah dalam botol abang ipar beli tapi rasa dia kureng sikit..hoho . tu je lah kot. Lauk tu semua simple, mungkin air tangan orang tu ikhlas maka bila makan jadi sedap je. Thanks akakku :)

Alhamdulillah juga .. ramadhan pertama untuk tahun ni menjadi..eh pelik tak pelik tak? apa yang menjadinya ni? tak paham ek.. okay jom kasi paham

Tahun lepas, first ramadhan sedih sangat. Sebenarnya orang lain pun sedih, tpi aku rasa aku sedih lagi over.. Anak bongsu yang manja gitcheww. ekeke. Kiranya first time lah kita ni berpuasa di perantauan. Eleh, macam sorang sorang je padahal kawan kawan kemain ramai kat sana. pastu macam dia sorang je dalam dunia ni yang berpuasa tidak bersama keluarga. Over kan over kan..

So, my first time ever la kiranya berpuasa tanpa family dan bersama sama dengan kawan. Sebenarnya time tu cuti, so mana2 student yang nak balik boleh balik. tapi Kluang --> Kuala Pilah bukan dekat.. kita pun tak baliklah. Roomates ada dua orang tapi lagi sorang balik so tinggal yang sorang tu dengan kita ni la. Konfiden dan yakin seratus peratus lah boleh bangun awal nak sahur. Sebab kononnya dah biasa bangun pukul 4,5 pagi untuk study. Pastu bila mak ingatkan macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Memang riak, takabbur, sombong , berlagak la time tu.

Punyalah eksaited nak sahur, kita terjaga pukul 4. Awal lagi.. lagipun sunnah nabi kan melengah lengahkan sahur . Kita pun ambil keputusan untuk tidur balik. Nak kejutkan roommate kat sebelah bangun sahur awal macam tu pun tak sampai hati. Dia pun tidur macam baby dah aku tengok. Dah tidur tu..tersedar lagi.. tengok jam dah pukul 5.50 . Gelabah tak gelabah lah time tu. nasib baik belum azan, subuh masuk lambat. jamah je lah apa apa. Tapi kitorang sempat buat milo panas . Makan roti cicah dengan milo tu..makan secepat yang mungkin.

Dah kenyang, licin semua.. nak g toilet lah. basuh muka, gosok gigi, nak amik wudhuk sekali..tadi lepas bangun terus makan kan.. maaflah ter tak senonoh pulak. hoho . Roomate tu jalan laju je ke toilet, emergency case. Kite ni pulak jalan lambat lambat.. tapi kepelikan asal dah cerah ni. nak ujan ke? aiyelah tu kot nak ujan. Entah apa apa entah aku ni. Takkanlah nak ujan, hari cerah kemain kan.. Dah basuh muka, gosok gigi , amik wudhuk semua.. time tu roommate masuk bilik dulu. Pastu dia keluar balik , then tnya kat kite ni macam ni " Una, betul ke tadi Una tengok jam pukul 5.50?"

Pada waktu, saat dan ketika itu terasa diri ini seperti dipanah halilintar.. eh kite berlari masuk bilik tengok jam balik. Oh mai..you may predict what's happen actually..

kat jam tu dah pukul 7 okay.. 7 okay..

terkejut. nak tergelak . sedih semua ada arr.. tapi kitorang solat dulu. habis solat terus gelak la. dalam masa yang sama keliru status puasa kitorang. Tanya mak aku dia kata sah, inshaAllah. sebab situasi lebih kurang sama macam orang yang berpuasa, pastu dia lup yang dia puasa, dan dia termakan. macam gitulah. mak pun tak benti gelak.. mak citer kat satu family. mereka juga turut mengketawakan aku. aku yang berduka lara.

Lain pulak dengan roommate tu, dia kol kakak dia.. pastu dia kena marah. kakak dia cakap puasa tu tak sah. eh, dia diam je satu hari. bertambah tambahlah menggelabah. tapi lepas buka tu kitorang gelak balik. sebab macam entah pape entah engkorang ni. tu la lain kali jangan belagak sangat.. haa ni makan dia.

Disebabkan tak sure status puasa tu, so kitorang ganti jugak .. aiyelah yang itu lebih baikkan.. :)

Semalam, ada jugak wish roommate tu , pstu dia berdekah tak hengat. Memang wajib ingat smpi bila bila. Start esoknya, pagi2 mak kol..takut terlajak lagi. kakaka.

Herm tu jelah.. tak taulah nak klasifikasikan cerita ni lawak ke sedih ke, ape ke.. sebab semuanya dah campur campu r jadi kerabu taugeh dah.. eah macam merapu kan? okbai. Salam Ramadhan ya Muslims :)

3 Jul 2013

MUET


In The Name of ALLAH The Almighty and Most Great Creator

Assalamualaikum

Alhamdulillah..hari ini masih mampu menghirup udara Allah. Syukran.

Sepanjang pengetahuan Husna, minggu ni adalah minggu minggu struggle buat calon calon MUET. Sahabat baik merangkap ex boss praktikum Husna dulu dahpun selesai dengan percubaan kedua MUET pagi tadi, dan esok ada lah beberapa orang yang akan menghadapi benda yang sama. So, I sincerely wish u guys good luck and may Allah bless and ease everything. Yelah, kita tak taukan, apa yang akan berlaku . Mudah mudahan dipermudahkan.

Harap harap cukuplah segala persediaan selama ni, dan pada pendapat Husna sendiri, teacher kita kat matrik dulu, Madam Corsi, dah banyak sangat membantu kita . Kita sendiri pun nampak betapa dia bekerja keras nak kita semua berjaya. Cuma kita je kadang kadang amik ringan pasal semua tu. Husna rasa pengalaman pertama dulu sedikit sebanyak membantu korang kan? I think so.

Husna tak repeat. Husna malas nak repeat sebenarnya. Hoho. Frankly, for me once is enough. Alhamdulillah walau tak sehebat mana , Band 3 dah cukup memuaskan. Tu pun Husna tokojot sebab masa Speaking Test.. macam....tuuuuut je tau. Idea yang keluar ciput. Tak ada huraian sangat. Tak ada bidas bidas. Padahal time praktis, HAMBOI KEMAIN. Itulah akibatnya apabila kita kurang berdoa. :( Nasib baik ada Apit dengan Afiq yang sudi membantu kawan dia yang comel lagi innocent ni . hahaha. Seriously, I didn't even remember how to interrupt. And when Apit started to interrupt , I can't control myself to laugh. ^ ^ But Alhamdulillah, it's not burst out. (Eh cakap omputih pulak. ) Senyuman sahaja yang mampu dilahirkan. Masa tengok examiner tu gila cuak, padahal examiner tu lek lek je. Herm menggelabah Husna ni .

Hari untuk Writing, Listening dengan Reading Test pulak , malam tu Husna tidur lewat. Maklumlah baru habis final exam untuk sem 1, nak pulak aku tidur awal kan. Nak nak habis je exam, kitorang semua boleh balik untuk cuti sem. Serious talk, Husna tak ulang kaji langsung. Langsung okay. I tengok Running Man secara Marathon. Muahahaha.. Belagak gila minah ni. Padah esoknya, bangun lambat, satu note apa tak sempat nak selak, tudung tak betul , pergi exam baju tak gosok. Memang sakai dow. Hilang kekonfidenisasi dalam diri ini . Tapi bila fikir balik, apa yang nak diselak, sebab exam 3 serangkai tu susah sikit nak predict . Tapi Alhamdulillah sekali lagi sebab Husna dipermudahkan nak jawab test2 tu. Listening konfiden bak hangggg.. Macam makan kacang je masa tu. KAHKAHKAH ^ ^

Sekali lagi Husna bersyukur sebab beruntung amik MUET kat matrik. Semuanya dah diuruskan. Honestly, Husna susah sikit nak aware dengan exam yang kita kena urus sendiri. I need to list and make a reminder so I would aware. Itu adalah kelemahanku. I mean, kalau kita amik kat luar , leceh..banyak benda nak kena uruskan sendiri. Our friends might not take the test along with us right? Lagi satu, bila Speaking test calon sekeliling kita adalah rakan praktikum sendiri, I do know them so I would not feel so ashamed. hikhikhik. Malu adalah sebahagian daripada Iman. :)

I know Band 3 is not enough. Syarat kelayakan cuma letakkan Band 3 sebagai yang minimum. Apa apa pun, Husna serahkan pada Allah. Doa sebanyak yang mungkin moga moga keputusan UPU 11/7 ni tempatkan Husna dalam Universiti yang Husna suka dan bidang yang boleh bawa Husna capai cita cita Husna. Ameen.

Enough kot for my experience during Muet ni. Btw, I'm showering everybody who's going to take MUET now or sooner , best of luck !!

Dikesempatan ni jugak nak wish one of my best best best friend, SitiNor Waheda Damri , selamat ulang tahun yang ke 19 . Semoga sentiasa dilindungi yang Maha ESA.In Sha Allah . I love you E-ed :)






26 Jun 2013

Akhirnya, Dayah Pergi

In The Name of ALLAH The Almighty and Most Great Creator

Assalamualaikum

**sila pause lagu di footer sebelum membaca untuk mendapatkan mood yang baik sesuai dengan entry ini**

Allahuakbar, Allah Maha Besar . Segala puji hanya bagiMU Ya Allah

Baru tadi Husna post pasal Dayah kan.. herm.. Dayah dah pun tinggalkan ahli keluarga, sahabat sahabat dia dan kita semua kerana Allah Taala. Sesungguhnya daripada DIA kita datang, kepadaNYA jua kita kembali .

Firman Allah SWT yang bermaksud::

Katakanlah(wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada ALLAH yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata. Lalu ia memberitahu kepada kamu, apa yang telah kamu lakukan (serta) membalasnya.
(Al-Jumuat: 8)

 
Dayah, sesungguhnya kitorang semua sayangkan kau dan akan sayangkan kau sampai bila bila. Tapi, macam mana pun sayang kitorang kat kau, Allah lagi sayangkan kau. Allah kan maha pengasih.. Kitorang tau kau dah lama tahan sakit tu kan.. Allah saja nak bagi pahala kat orang lain.. kitorang tau kau penat.. kau rehat ye kat sana. Tunggu yang lain, sama sama kita kat sisi Allah nanti.
 
Lepas tengok kondisi Dayah petang tadi, Husna tau dia tak akan lama.. tapi tak menyangka secepat ini. Alhamdulillah, Husna sempat jumpa dia buat kali terakhir. Untung arwah pergi di awal usia. Mungkin selepas ini kita pula. Ape lagi yang perlu kita buat kalau bukan banyakkan amalan..
 
 


25 Jun 2013

Just Miss The Old Hidayah Mashoor

In The Name of ALLAH The Almighty and Most Great Creator

Assalamualaikum

** Sebelum baca entry ni sila pause kan lagu di footer. Kalau tak , tak feeling **


Petang tadi lebih kurang pukul 3 , Husna dapat berita salah seorang kawan yang kondisinya memang sedia maklum lemah semakin kritikal. Kawan Husna tu nama dia Nur Hidayah Binti Mashoor, satu sekolah, satu matrik..even kami berdua tak serapat mana.. tapi Husna cukup kenal dengan dia. Tiap kali berborak tak pernah tak diselangi dengan gelak ketawa. Dia periang, cukup teliti orangnya. Siapa yang tau dalam ganas ganas perangai dia tu, rupanya ada bakat terpendam. Suara Dayah sedap gilok.

Memang ramai yang terkejut bila dapat tahu Dayah disahkan menghidap barah otak. Barah otak okay. Kalau Husna sendiri rasa macam benda ni mimpi apatah lagi dia yang rasa, yang menanggung segala pahit tu. We don't even realise sakit pening dia tu rupanya symptom awal penyakit tu. Bertambah tambah rasa terkejut tu bila apa yang Husna lakonkan dalam BESMA Movie Challenge kat matrik tu jadi pada dia. Untuk pengetahuan Husna pernah lakonkan watak seorang remaja perempuan yang menghidap barah otak , dalam hati mohon agar dijauhkan dari diri sendiri , ahli keluarga dan kawan kawan. Siapalah kita, Allah pilih Dayah. Dayah , you are the chosen one..

Dalam watak yang Husna bawak tu, memang ada symptom sakit pening yang melampau. Hilang focus, tak boleh jalan dengan betul. Tulisan makin teruk, belajar tak boleh masuk. Dan yang paling sedih, hilang daya upaya. Apa yang Husna lakonkan tu exactly jadi pada dia.. Husna?? Melongo terkejut. Allah maha berkuasakan.

Teringat lagi satu hari tu, kami outing sama sama. Dia tak habis habis cakap nak pergi klinik.Pelik jugak, tapi sebab Husna bizi dengan diri sendiri so amik ringan je apa yg dia cakap.. ralat tau. ralat gila.

Untuk pengetahuan jugak, semua ni berlaku waktu tinggal seminggu je lagi untuk final exam. Dan 3 minggu lagi untuk keluar dari matrik.  Dayah tak amik exam langsung, hari kitorang exam, dia dah terlantar kat hospital. Dayah ada buat operation. Apa yang diberitahu pada Husna doc buat operation tapi tumor tak boleh dibuat , hanya lendirnya je yg dapat dibuang. Rupanya, kakak dia beritahu tadi , memang dia sekeluarga dah sedia maklum barah dia tak boleh operate. Dan lender tu diambil sebagai sample. Ya Allah..

Sesampai je Husna kat hospital tadi, hampir hampir tak kenal dengan Dayah. She's totally weak. Kurus, Cengkung. Tak sampai hati nak nangis depan mak dia, padahal dalam hati ni rasa nak luahkan semua air mata yang terkumpul ni. Menurut mak dia, malam tadi dayah okay. boleh senyum walaupun dah tak ada daya nak bertutur. Angguk dengan geleng je. Tiba tiba pagi tadi lepas makan, dayah muntah . Terus tak sedarkan diri. Harapan dia tipis. Memang doctor dah siap sedia takut apa apa terjadi. Semuanya bukan ditangan kita. Allah maha merancang.

Kat sini Husna nak mintak jasa baik kawan kawan blog sekalian. doakan yang terbaik untuk Hidayah.

" Ya Allah, sekiranya sahabatku Nur Hidayah Binti Mashoor, masih berdaya, KAU panjangkanlah umurnya. Moga dia masih lagi dapat beramal kepadaMU. Tetapi sekiranya ditakdirkan dia pergi lebih awal.. KAU tempatkanlah dia bersama mereka yang beriman dan tempatkanlah juga dia di sisiMU. Ampunkanlah segala dosa dosanya. KAU peliharalah dia di syurgaMU Ya Allah"



We still need you. Be strong dear Dayah :) We won't show our tears. We show our strength so you can gain strength too .

22 Jun 2013

Insaf diri, Rendahkan diri

In The Name Of ALLAH The Almighty and The Most Great Creator

Assalamualaikum



Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurga-Mu,


Namun ku tak sanggup ke neraka-Mu,


Terimalah taubatku dan ampuni dosaku,


Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar,


Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai,


Terimalah taubatku waha Tuhan yang Maha Tinggi. Dan usiaku berkurang setiap hari,


Dan Dosaku pula bertambah setiap masa,


Tuhanku, hamba-Mu yang sering melakukan maksiat telah datang kepada-Mu,


Senantiasa berbuat dosa, dan sesungguhnya telah berdoa kepada-Mu,


Jika Kau ampunkan, maka itu hakMu