16 May 2012

Amanah

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih

Believe it or not, since i had pressed the " confirm " button and print out all sorts of forms a weeks ago, the true colours of me mula menonjolkan kewujudannya dalam diri ini. Everyday, aku akan hitung berapa hari lagi sebelum 28 Mei ni. Lagi 20 hari..lagi 18 hari ..Masuk hari ni, 16 Mei. tinggal 13 hari lagi saje aku di rumah sebelum berhijrah ke Negeri Sembilan. Aku sibuk benor menghitung hari ni bukan sebab aku ni torrrrlobih eksaited..tapi sebab macam macam persoalan yang tengah ' mary go round ' kat kepala ni hah. Cukup bersedia kah aku ni nak menghadapi satu fasa baru dalam hidup aku? Dah persiapkan rohani dan emosi secukupnya kah aku ni? Persiapan dari segi material, kita persetan kan dulu bcoz aku tengah nak memotivasikan diri aku ni jap. : DD

Kadang kadang, aku rasa macam tak percaya..eh betul ke aku nak masuk matrik ni? Really? Series?? Dah fikir masak masak??? Even sampai rasa nak hantuk hantukkan kepala kat dinding and then selagi tak pecah selagi tu aku tak stop!. .Eahh..macam over kan? sorry. Tipu jee. Kalau nak dilayankan sedia ke tak sedia, sampai bila pun kita tak asyik tak bersedia. Macam mana sekalipun, aku kena terima kenyataan yang aku tak dapat U bukan kerana aku tak layak, tetapi ALLAH dah aturkan satu perjalanan yang cukup baik untuk masa depan aku. Rezeki aku di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan aku tekad untuk tidak akan bersikap sambilewa dalam menuntut ilmu! Seriously, kesilapan masa lalu betul betul menjatuhkan semangat aku. Tapi aku takkan jadikan keputusan SPM yang hanya cukup cukup makan tu sebagai batu penghalang untuk aku capai kejayaan. Wah, bersemangatnye aku. Yeah,, u suppose Husna!

Siapa tak gembira kan, peluang yang selama ni kita impikan akhirnya ada kat depan mata. Op coslah kita nak grab mende tu kan. So do I. Aku gembira plus bersyukur sangat sangat aku dapat ke sana ( wlupon banyaaaakk persoalan negatip yang cube nak goda aku). Parents aku lagilah berganda ganda gembiranya. Biasalah kan.. ibubapa sentiasa nak yang terbaik untuk anak anaknye. Satu hari nanti, kita akan berada dalam situasi mereka juga kan? Mesti kita nak benda yang sama =) . Ada satu hati, ayah kata pada aku, ' Peluang belajar di Matrik ini adalah amanah untuk Husna..'. Kalau didengar sekali imbas, rasa macam omong kosong je. Tapi , bila kita fikir makna tersirat daripada kata kata tu, sangat berat untuk dipikul. Maksudnya, ayah dan mak letakkan satu harapan yang tinggi pada aku. Seolah olah satu batu beban besar sedang menghempap aku sekarang ni. At first, aku dah rasa sedih gila bagai sebab takut dengan harapan yang mereka letak. Kerana aku takut, aku tersasar dari landasan yang aku tengah lalu tu. Aku cuba kuatkan semangat aku balik. InsyaAllah aku boleh. =)

Aku bukan nak bersikap sombong, riak, takbur, belagak, bongkak atau apa apa jelah perkataan yang sama maksud dengannya. Dalam family, aku antara yang dikatakan 'boleh berjaya'. Yes, aku akui. Aku boleh belajar, aku yakin aku mampu berjaya cuma usaha yang aku taburkan tak berapa nak cukup. Admit la gua memang pemalas. huhuhu.. Sekali lagi, persoalan persoalan negatif cume nak mempermainkan aku. Mampu ke kau Husna?? Tawakaltu alallah. : ) Aku akan berusaha sebaik mungkin dan selebihnya aku serahkan pada Allah yang Maha Berkuasa Atas Tiap Tiap Sesuatu. 

Harapan family akan aku pegang dan akan aku capai , InsyaAllah.   




No comments:

Post a Comment