Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih
Baru balik dari bandar. Pergi AgroBank, kasi 'cut' itu akaun. I am very sorrrrryyy AgroBank, perkhidmatan kalian sangat memuaskan. Percayalah, aku terpaksa sign out daripada register korang sebab I ada banyak sangat akaun bank. Gua JUTAWAN ooookay! **haha.. I tak boleh lah bebanyak akaun bank ni, nanti i sakit jiwa, hati dan macam macam lagi. Keje nak keluarkan duit je. Las las dalam akaun tu tinggal habuk, acanno tu? Cukuplah tinggal satu je ni. Tu pon sebab matrik banyak guna bank tu, that's why aku remain kat situ. =))
Since dalam bank tu tak berapa nak banyak noo manusia, aku dapat giliran yang agak cepat. So then, bila dah habis..akak aku pula tak sampai sampai, aku pon pegilah cek mata ni. Rasa macam dah bertambah tambah kabur bila pakai spect. Kalau bukak spect, lagi lah kabur maha karya cinta kan. Mana taknya sepanjang 4 bulan lebih ni aku duk menghadap minatang ni jee. 24/7 sampai karen naik menggila. Bila kene bayar ayah marah marah dan tanpa ragu ragu kemarahan itu difokuskan kepada aku. Oooooo peace peace!
Tak memasal,cuti ni aku jadi pelayar internet tegar. Not bad! Waduh waduhhh..
Sangkaanku tepat sekali. Takdelah naik banyak no, tapi naik lah jugak. Macam mana nak buat , makin hari power spect makin menaik. Aku tau, kesilapan ni datang dari aku jugak. Taksub sangat benda alah ni. Sadisss =( Nak beli spect baru, aku rasa macam bajet tak cukup..tambah tambah tahun ni memang banyak sangat nak guna duit..so aku beli lense jelah. Aku pon dah biasa guna lense , so tak menjadi masalah la. Terbanglah lagi duit aku .. Then, aku duduk tercongok , tunggu kakak aku. Tak sampai sampai. Bosann. Aku jalan jalan sorang sorang macam tak de hala tuju kat dalam mall 3 kali round. Pegi kedai, tengok kejap pastu blah. Suka hati uolls la pekerja kedai oi nak cakap aku apa. Tanya bagai nak rak, pastu blah gitu je.. haha.. Peace yaw!
Bosan sangat, aku decide nak naik bas je arhh.. Time aku nak g station bas, time tu lah makcik tu kol cakap dah nak sampai. Haishhh.. 15 minit tunggu, bas dah jalan barulah dia sampai. Aku tau aku naik bas tu jeee tahu tak? Eh, kaylah.. gua lapor. Makan lagi best. Adioss
No comments:
Post a Comment