18 May 2012

Kerepek Singapore Satu Plastik Seringgit

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih

Tengahari tadi, sebelum muslim muslim yang beriman dan beramal soleh pergi ke masjid untuk menunaikan kewajipan solat jumaat..perut aku dah mencucuk cucuk . Terdengar bunyi jeritan ' woi, isilah perut kau cepat..'.
Cepat pulak aku lapar hari ni..Ohh pagi tadi aku cuma makan 2 keping biskut kering cecah dengan air Coffemate kaw kaw punye. Patut lah cepat je isi isi perut ni mintak kawan. 

Tiba tiba, aku dengar orang bagi salam, 'Assalamualaikum ciiiikk..' bape kali ntah dia ulang.Suara budak kecik.  Ikutkan aku malas nak tengok sape kat luar tu dan cuba pekakkan diri. Dan aku juga berharap supaya ayah aku yang akan bukak pintu , tengok sapa yang datang tu.  MasyaAllah. Tak boleh tak boleh ..aku kena tengok sendiri sapa yang bagi salam tu. Kot kot dia tengah nak mintak tolong ke ..siapa yang tau. 

Aku bukak pintu..ada sorang budak kecik bawak basikal pastu kat bakul basikal tu banyak kerepek kerepek yang dah sedia di pekkan. Dia tanya, ' Kak, nak beli kerepek Singapore tak?? ' 

Aku konpius sambil buat muka memang gila bengap punyee.. Tapi budak tu selamba je . Tak de gelak tak de senyum. Sah! Memang sah , budak tu tak layan lawak aku. Dia penat kot.. Nevermind.. Aku tanya satu plastik berapa ringgit? Dia jawab, ' Seringgit kak!.'. Penuh ceria..mungkin dia nampak cara aku macam nak beli.

Aku suruh dia tunggu kejap. Aku main sambar je duit yang ada atas meja. Ni mesti duit ayah. Takpe takpe.. duit ayah duit aku jugak.. Wahhhhhh : D Aku beli 2 peket bermakna aku kena bayar RM2. Aku beli bukan sebab aku nak sangat rasa macam mana kerepek Singapore tu.. Bukan jugak sebab aku dah lapar tahap dewa, so aku beli kerepek tu.. (kat rumah ada lauk, better aku makan nasi kan??) Tetapi, aku beli kerepek budak tu, dengan harapan semoga duit hasil pembelian aku ni dia dapat guna untuk kehidupan seharian. Walaupun sekadar RM 2.. Kalau satu rumah RM2, bayangkan kalau sepuluh rumah.. banyak jugakkan?? 
Herm,,kaylah. budak budak pergi sekolah, aku nak blah.. =))

p/s: kerepek singapore adalah kerepek tepung yang disira dengan gula. 

No comments:

Post a Comment