28 Dec 2012

Friday Noon

Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh :)



Seperti biasa, Jumaat petang adalah waktu untuk memalas malaskan diri setelah seminggu berhempas pulas menuntut ilmu..cehhhh ye ke? kau bukan tiap tiap hari malas ke husna?? aiyelah...takdelah malas full set.. ada jugak rajinnya..mungkin jugak rajin yang banyak..malas tu..erm..sikit jee. sikit je lah ye..

Ikut planning awal pagi tadi,,habis je kelas, nak pergi kelas fizik extra ..malangnya tak tau kat dewan kuliah mana. Kitorang tunggu jelah kat DK 1 bcs las week and las week punye las week..kelasnya disitu..tapi bila kitorang datang..dewan tu sonyap yo..ohh maybe sebab teacher bagi lepas awal masa bi tadi kot..okay..jum tunggu kejap.. Tunggu punye tunggu punye tunggu...tak sampai sampai cikgunya..haishh tulah disebabkan kitorang semua ni terlampau "rajin" untuk menapak ke unit Fizik..untuk tengok hari ni punya extra class kat mane.. maka kami pun telah membuang masa .. adalah dalam 15 minit macam tu..tapi dalam dalam buang masa tu sempat juga menggeletis sekejap...hehehehe


Meh..aku kenalkan..kiri sekali tu Anisa...tapi most of us panggil dia MeiMei ..dengan cikgu cikgu sekali ikut panggil dia MeiMei..tak perlu dijelaskan lagi kot kenapa kitorang panggil dia MeiMei...tengok mata je dah tau kan..hikhikhik..
Yang tengah tengah tu pula..Fatin..kitorang rapat since orientasi lagi..  Dia ni nampak je lembut..ala ala kesopanan dan kesantunan dia tinggi.. The fact is...Fatin ni masuk air jugak otak die..kadang kadang kuat drama macam aku..in fact..ada je barang kitorang yang same...sebokk.. : D
Yang hujung tu definitely, exactly dan yang seumpama dengannya..confirm lah aku..***

act so girly..geli i..

peace!!

idea Fatin...

okay thats all..

sejurus selepas gambar gambar kami di capture..terus kitorang blah dari DK tu , menghempas pintu dan buat hal masing masing tanpa memikirkan yang lain..wuahhh propa sahaja..! Tonight, me and roomates gonna 'berjimba jimba..'
Sekian...

23 Dec 2012

sekitar photoshoot S2AP7 dan befday encik sifu

Assalamualaikum :)

2 hari lepas befday aku yang disambut dengan gilang gemilang ( lahh sangat ) , befday Afiq pulak, ketua prak aku a.k.a adik selang 2 hari..heehee..hepi befday ye adik selang  hari..tapi 2 kali ganda lagi tinggi ^ ^


Seronok la jugak mengenakan dia satu hari..kesian kau Afiq..masa befday aku kau bukan main suci lagi..tlong aku la ape la..time befday kau..aku buli kau lagi..ala relak la..aku kan kakak..harharhar
Baguskan praktikum aku..lantik ketua dengan penolong yang masih hijau lagi comel ini..haishh memang tak dapat di sangkal lagi lah..

Kebetulan haritu ada photoshoot gambar praktikum..so we olls semua ni haa..grab the chance lah..hamik kau kesian abe abe cameraman tu letih..sebab banyak benor pose yang kitorang buat. What to do? Kami semua ni memang gile bergambor . Coz every pictures tell us a moment..ecewahh..jum tengok!


 


The men in black
Aqil, Azfar, Apit dan Eddy..
Harap maklum, blazer adalah barang pinjaman ^ ^


Again..men in black
Afiq, Zahin dan Shiresh..


YB Aqil dan pembantunya

Jap jap baru perasan..Zamir tak ada dalam gambar di atas..arhhh dia memang sukee no buat hal sendiri. 
Gambar yang berblazer ni shoot untuk gaya formal. Untuk girls pun sebenarnya kene pakai blazer..tapi kitorang tak sempat nak mengepose ngepose time tu. Coz masing masing sibuk cari blazer yang sesuai. Kitorang ni cecomel semuanya..blazer tu mostly besar besar..Budak laki semua sonang lah..yang perempuan ni berkerah nak mencari saiz..

Untuk gaya candid, kami diberikan props..Amik je apa nak pakai. No charge..Haipp sape kata? Charge termasuk dalam bil okay.. diam..tengok jee :D


 
                         

They were smiling as a prove that they are happy right now!
Meimei, Fai and Afiqah
Aqil with his 'cutie' pose..

and half of us









the girls....with their gojesh pose


Let Zahin with his Bob Marley hair..
Let Aqil with his Bruno Mars parody..


Afiq and Aqil


let Yana and Aqil smiling non stop.harharhar



me with apit

u can stand under my umbrella.bla bla bla..



befday boy, Afiq and Kiki


Some great style by Apit, Meimei, Fai and Zahin








my dearly beloved besfriend Siti Fairuz ;))







and the boyz again.


dats all for now..tenkiu ^ ^

22 Dec 2012

banyak bondo nak ceghito

Assalamualaikum :)

haishh lame dah tak menyibukkan diri dengan 'menatang' ni..since bosan sedikit membuat lab report..makanya saya mengambil keputusan untuk berjimba jimba di sini ba..oke bai

aku baru sampai rumah sebenarnya malam tadi. Ya Allah . aku tak taulah macam mana nak cerita. asal setiap kali balik aku akan hadap masalah yang sama. bas , bas dan bas..kenapalah JPP ni ketegaq sangat haa? mogok ke hape sem ni tak nak sediakan bas untuk kitowang semua balik. yang  parents datang hamik tu tak ada hal la..yang kitorang duduk jauh jauh ni takkan nak mengarah parents datang sini semata mata nak amik kitorang.. ? haa? haa? haa? Kalau tak nak sediakan sampai tempat kitorang..sampai Seremban pon jadi la..ini tak..mogok lerr tu ramai yang dok mengutuk ekau orang semua.. Deyy, itu semua santapan harian korang tau. Uolls should be prepare well enough to face all these sorts things before korang decide nak jadik JPP ..pehe? eahh terasa macam tuan pengarah pulak.. takdelah..just bagitahu apa yang aku rasa. tak rasa ke kalau korang buat macam ni , makin ramai yang suke ngan korang? oke stop.

Modus operandi aku bukannya untuk menconteng arang ke muka JPP, since aku pun masih memerlukan mereka kat sana.. den sobona eah..banyak bondo nak ceghito.. nogori gitu! This week macam heaven sikit..tapi ada jugak error error yang terrer buat aku gelabah.. Apa yang heaven , first sekali aku nak ucapkan lots of thanks for those who wish my birthday. Thanks again sebab ingat. Appreciate sangat kawan kawan praktikum , kuliah , roomates, kawan kawan sekolah lama..and tak lupa family yang tak benti benti wish.. tenkiuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.. <3

terasa diriku begitu berharga .aw..aw..

tak kisah pun sebenarnya..tak wish tak pe..sebab aku dah biasa tak ada orang wish.. alohai! yelah i mean.. birthday aku kan waktu cuti sekolah..time tu sume orang dah tak ingat membe..ingat cuti je..aku pun sama.. cuti lagi penting dikala dan waktu itu. harharhar. Then, bila kat matrik. birthday aku ni waktu perkuliahan ( persekolahan), so tokojot jugakla ..theyolls keep making me tokojod. The videos , the presents, the wishes, the prays, the smiles..and the ' tepungs' will never ever be spam in my memory..Yelah..since kitorang dah la setahun je kat sini..so banyak best memory yang kitorang buat just to make sure yang every single moment kat matriks ni valuable. 

and a week before befday aku , in the same day but in different week, keputusan PSPM keluar.. sape tak berdebar kan.. time tu aku rasa macam result aku nyawa nyawa ikan je. Fizik objektip da la aku banyak hentam keromo..tak cukup masa.but alhamdulillah walau tak setinggi kawan kawan yang lain..aku masih boleh berdiri sama tinggi , duduk sama rendah dengan diorang. We have seteghong beybehh! Even tak mencapai target asal..=='

Haa lagi satu, apa yang buat aku rasa puas dan senyum meleweh leweh ialah bila presentation bi untuk advertising dengan BESMA movie dah settle..gile penat kau buat mende laha tu. Yang BESMA tu dah lama siap..even tak dapt pegi final pon tak kisah..sebab kitorang buat bukan dengan kerelaan hati dan sanubari..huahuahua.. apa yang memalukan..dalam video tu aku lah main characternye..setiap kali aku nak edit video tu aku kene tengok aku berlako..memang gelak bergolek laa kan..the worst, video tu telah sampai ke tangan bebudak blok yang lain. imagine how embarasses i am? Ada satu hari tu nk g kuliah, ada dua orang budak jalan depan aku dengan penuh kesantunan. Aku pun memintasnye pun.. tiba tiba diorang boleh bergosip pasal aku kat belakang..eah die kan yang dalam movie tu.. dak c4 kan? dak fizik kan? p7 kan? Nak je aku pusing belakang, pastu cakap macam ni : " ye aku c4 , praktikum s2ap7 yang berlakon dalam movie tu..ye kenapa? bes tak movie tu? best kan..kalau ada sedare mare yang jadi pengarah movie..suruhlah die contact saya..saya memang teringin nak berlakon.. arrrrrr malu gile alh aku woi..!

oke benti pasal tu. pasal presentation pulak..aku dah la team yang last. pastu caca marba je aku buat semua tu. Aku pikir kalau aku tak buat the best nanti apa org cakap. dah la kau team las..takkanlah kau tak dapat grab apa yang grup lain dah buat.. Bayangkan..video presentation dapat idea pukul 9.somthing malam before kene present..dan siap sepenuhnya lagi setengah jam nak present.. No script..spontan punye cakap..so entah pape la yang keluar dari mulut aku pun aku tak sedar. And..at last..i can take a deeeeeeeep breathe..alhamdulillah..everythings were going well.. syukran ya robbi!

oke i have to stop right now. coz i'm going to some where right now.. byeeeeeeeeeeeeesssss



15 Dec 2012

Assalamualaikum :)

Tiba tiba datang mood nak berceloteh lepas terharu dapat mesej dari Nina.. Serius..mesej tu buat aku mengalir air mata..bukan gadoh wokay! Tiba tiba dan tiba tiba je rasa macam bersyukur sangat. Ya Allah..Ya Robbi Ya Karim.. Kepadamu saja aku sembah dan kepadamu saja aku minta pertolongan. Aku bersyukur atas tiap tiap sesuatu yang berlaku kerana itu adalah ketentuanMU.

Ya Allah..ya tuhanku.. Andai satu hari nanti.. nyawa ini sudah tiada di dalam jasad.. khabarkan pada mereka semua yang di sekelilingku.. bahawa aku sangat menyayangi mereka. Bisikkan pada telinga mereka, bahawa mereka sentiasa di dalam ingatanku, di dalam setiap doaku.. Aku tidak mahu jauh dari mereka..mereka adalah sebahagian dari kekuatanku.. Setiap aku ketawa, aku masih mahu mereka ketawa bersamaku. Setiap aku menangis..aku masih mahu mereka datang memujukku. Setiap aku marah..aku masih mahu mereka berada di sebelahku..menenangkanku. Biarkan setiap suka dan duka , kami bersama.. berjalan di atas jalan yang sama. Berlari di atas litar yang sama.. berlawan di dalam gelanggang yang sama.. bersujud kepadaMU di dalam rumahMU yang suci bersama.. mensyukuri nikmatMu bersama sama.

Jauhkan kami dari kealpaan, jauhkan kami dari mainan duniawi .. tanamkan dalam diri setiap antara kami rasa cinta yang menebal terhadap ibu bapa kami, keluarga kami, agama kami, para nabi dan rasul dan juga kepadaMU YA ALLAH! Andai satu hari nanti, KAU berikan kejayaan kepada kami..biarkan kami berjaya bersama..Andai satu hari nanti, KAU duga kami dengan kegagalan..jauhkan kami dari putus asa dan bisikan syaitan.. Andai satu hari nanti, kami masih bersama..KAU kuatkanlah ukhuwah kami ..Andai satu hari nanti , kami terpisah..KAU lindungilah mereka walau dimana mereka berada..berkatilah setiap apa yang mereka lakukan.. 

















2 Dec 2012

Kuat dan Lemah

Assalamualaikum

Izinkan aku membuang masa sebentar kerana membuat soalan math sememangnya mengancam kewibawaan aku sebagai seorang student yang rajin..muahahaha..
hari ni nak berdiskusi mengenai sesuatu yang sangat familiar dalam hidup kita. Seperti mana yang kita tahu, kat dunia ni Allah jadikan setiap sesuatu tu ada pasangannya.Even kita sendiri ada pasangan kita. Semuanya atas ketentuan Yang Maha Esa. Begitu juga apabila bercakap mengenai kekuatan..pasangannya ialah kelemahan. Wahh..sastera habis aku. Well well..aku anak cikgu BM. so bahasa kenalah bombastik kan..muahaha

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. insan yang lemah tidak bermakna sangat lemah..kerana disebalik kelemahan itu pasti ada terselit kekuatan di posisi yang lain. Hanya tuan punya badan dan Yang Menciptanya sahaja yang tau. Kau ape tau? hoho..macam tu jugak jika ada insan yang kuat, tidak semestinya dia akan sentiasa kuat dan kukuh berdiri dengan cubaan yang mendatang. U know what, kita berlari, kita merangkak, kita berjalan dan kita terjatuh..itu semua adalah resam kehidupan yang perlu kita lalui. Itu semua adalah proses bagi mematangkan kita.

Wanita selalu dikaitkan dengan perkataan lemah kerana ada kata kata yang menyatakan bahawa wanita adalah insan yang lemah. Sebenarnya, aku tak berapa gemar perkataan ni. Untuk pengetahuan jejaka jejaka idaman malaya sekalian, disebabkan wanita diasak dengan perkataan yang lemah inilah menyebabkan mereka menjadi lebih kuat daripada lelaki. Bukan nak condemn orang lelaki. tapi itulah hakikatnya..terimalah..ohh dunia. Tapi, disebabkan bebudak lelaki ni kadang kadang suka melemahkan dan melembikkan diri dia dalam sesetengah hal, buatkan aku suka guna ayat tu untuk tarik balik kelembikkan dorang tu. Adui,,tak sesuailah nak lembik lembik..  Akui, dalam Islam juga, kata kata ini di ' high light ' tetapi, bukanlah untuk menunjukkan betapa lemahnya kaum wanita ini. Tetapi sebagai point untuk orang lelaki menghormati wanita, tidak menggunakan kekerasan terhadap wanita dan aplikasikan sikap bertanggungjawab dalam diri orang lelaki. Kenapa mesti lelaki je yang kene bertanggungjawab?? Tak..wanita pon sama.. tapi..lelaki ke bakal menjadi imam. so why not kalau bertatih dulu mulai sekarang?

Sekian..

ohh..entry ini sangat suci dan nampak kemuslimahannya.. : D

Pengadu Domba

Assalamualaikum

Ekhem ekhem..hari ni punye entry macam serius sikit. So mohon buat muka tegang bila baca wokay? Sila bayangkan aku sebagai seorang penceramah bebas yang beriye bonar nak menyampaikan hujah hujahnya yang tak seberapa .Sebab aku tengah serius, makanya semua orang pon kene serius sama. Sebelum tu, nak tanya..adakah anda anda semua faham apakah maksud pengadu domba?

Si batu api, penghasut atau apa apa sahaja istilah yang mana boleh menyebabkan perbalahan antara sesuatu pihak dengan pihak yang lain , mempunyai makna yang sama dengan istilah pengadu domba. Hukumnya dalam Islam adalah berdosa besar . Diulang sekali lagi BERDOSA BESAR. besar punyeee.. sama taraf dengan hukum mereka yang mengumpat. Tiada beza.. apa ingat kau tak mengumpat , cuma kau jadi batu api je...kau boleh selamat? #puihh..

Asamne?? Rasa rasa pernah buat tak? Haip..jangan menipu pulak.. mengaku sajalah..berkatalah benar walaupun pahit kalau tak nak menanggung dosa bergelen gelen. Lagipun...fitrah manusia jika melakukan kesilapan.. kita belajar dari kesilapan yang kita lakukan. Tapi kalau dah tau salah..janganlah pulak kita aplikasikan lagi dalam diri kita. Satu lagi sifat manusia, kadang kadang sekali je tak mampu nak menginsafkan kita. Bila dah kene 2, 3 kali baru timbul kesedaran tu..ye tak? Biasalah..suka aku nak ingatkan..we learn from our mistake.. even..doing mistake is more honourable compare to those who doing nothing.. perghhh ayat aku..nampak sangat google.. :D

Kenapa jadi penghasut ni? Tak baik tau.. kerja lecturer bagi tak nak buat..sibuk pulak nak pecah belah kan orang.. macam mana kalau someday apa yang kau buat tu balik pada diri kau..tak ke sedih pedih bunyinya nanti.. So..avoid dari jadi pengadu domba lagi lepas ni okay.. its better kalau sesuatu hubungan tak kisahlah berjiran ke, kawan ke ape ke.. if mereka sedang bertingkah..kita sebagai orang tengah..cari cara yang betul untuk jernihkan balik hubungan tu.. takpun pray for them.. there's a lot of ways to do daripada kau sibuk pecah belah kan orang kan.. kite tak suka orang pecah belah kan kite..so don't u dare pecah belahkan orang kay bebeh..amaran keras!

For me personally, i hate more this such person rather than orang yang buat ketupat tu. ekh ekh ekh..aku ni macam baik sangat lah pulak nak judge orang cenggitu sekali kan.. takdelah..i just view my point. setiap orang ada pendapat sendiri kan...ada yang kita suka..ada yang kita tak suka.. we are human right..

So, for the conclusion here..elakkan dari menjadi seorang pengadu domba, penghasut, batu api, kaki umpat dan sebagainya.. bukan untuk sekarang je..tapi untuk selama lamanya.. Selamanya harimau malaya.
Okay..stop right now. Need to sleep even dah tido berjam jam lamanya petang tadi. aku kan baby..so kene tido lama sikit..kalau merengek nanti..sape nak pujuk aku beb.. buah hati merah jambu jantung hati pisang kat blok b. takkan aku nak gi situ pulakkan.. hohohoho.. gurau serabai namanya ni. kay lah bai adiosssss