23 Feb 2013

Rest a while

Assalamualaikum :)

Ketandusan idea idea menarik setelah berapa kurun tidak menjenguk blog lebih lebih lagi lepas naik cuti pertengahan sem ni. Sibuk dengan asssignment tertunggak yang sengaja ditinggalkan , tidak dibawa balik dengan harapan nak cuti dengan bahagia..malangnya sepanjang cuti Una terfikir bila masa  Una nak siapkan semua tu . Ditambah pulak dengan research yang perlu disiapkan last minute, kuiz itu kuiz ini..preparation untuk presentation what so evah..dan terpaksa curi curi masa untuk latihan nasyid..ohhmai big possibilities my low blood pressure is rising right now. rising and rising.. Frankly, sampai tak ada masa untuk merehatkan diri..apa punya foyokah ini?

Hahaha..tipu je..tak adalah bizi bonar. Still ada masa untuk buang masa, berangan ..well itu rutin harian yang tak mampu untuk dihakiskan. Apa nak cerita tadi eak..lupa pulak..oh ya..! Dah ingat.. macam yang Una ada bagitau kat atas tadi..my practicum class ada join musabaqah nasid untuk Maulud Nabi yang diadakan hari minggu lepas. Disebabkan ramai sangat yang nak sertai maka pertandingan nasyid tu ada dua siri, samada hari Jumaat atau Ahad. So, we decide to perform our nasyid on Ahad. Well, things going well..Alhamdulillah dipermudahkan segalanya.. 

wif my beloved kembar tak serupa , Nina Halim :) 


wif my beloved second kembar tak serupa, Fai :)


tu dia.. satu tips untuk mengelakkan nervous melampau, sila tanggalkan cermin mata anda bila perform.. so bila perform kegugupan itu tidak akan terserlah sangat. #fact


siti fairuz act as our manager that night..
big thanks to s2ap7 girls, Wahyu, Qiqi, Yana, Wawa, Iera, Fiqah, Fatin, Alida, Waheda, Memey, Nina for your cooperationS all this while. Not to be forgotten , thanks for their help and presence in making this happen..Mariam, Iema and Dira. Without the trio, we would never ever join this musabaqah. And me as well, mohon maaf andainya sepanjang latihan ada yang tak puas hati dengan segala tindak tanduk saya okay . By the way, even kita tak sampai final..just keep to remember this moment. Ssungguhnya malam tu, Una sangat sangat gembira dengan performance kita wallaupun ada terabur serabai sikit bila dah hujung hujung tu. It was my fault, so sory. Put the blame on me. huhu Kami tak mengejar kemenangan kami mengejar kenangan..ecewah. !



 okay..stop cerita pasal nasyid. lupa pulak hari ni hari pertama Mary in UiTM Shah Alam..what's going on there? Entah Mary dapat adapt kat situ ke tak? Dapatlah kot..kau kan riuh kemain.. Hope so u are doing well there..just ingat your time are so precious,,let the time, u spending wisely beb. sayang kau gila! haha



 By the way, saje nak infom semalam KMNS ada menganjurkan Hari Keusahawanan ala ala hari Koko yang mana yang terlibat tu adalah warga Akaun. So, semua kafe ditutup bagi melariskan hasil jualan . Dan disebabkan itu juga, kebanyakan kami kelaparan di tengah malam. haha.. Not to put the blame on them..salah kami juga tak prepara kalau malam lapar. Dengan harapn kafe akan buka waktu malam..rupanya the whole day tak bukak. Entah kegedikan macam mana siap kol mak yang on the way hantar mary pegi UiTM..nak tak nak kene seret keluar encik megi yang dah lama memanggil. I'm not a magginizer macam roomate aku yang sorang tu. 24/7 dengan maggi..bila waktu terdesak dengan kondisi yang  tak mengizinkan..barulak aku akan maggi..

need to stop here..panjang lebar dah karangan aku.. bai peeps <3 saranghae**

11 Feb 2013

Demo La Ni Tok Supo Mulo

Assalamualaikum :)

Hai si cantik, si hensem, si putih, si hitam manis, si comel, si tinggi , si kurus, si chubby dan sebagainya. Whole day hari ni mood aku berubah ubah ..tak tetap. Kejap macam berapi kemain..kejap cool ..kejap macam entah pape.. Tapi motif utama entry ini diwujudkan sebab aku nak share some stories and photos that have been taken tengahari tadi. Maklum lah semua dah bersepah..bila ada time free macam ni..grab la cepat2.

Tengahari tadi, agenda aku , Ain, Ika dan Umar berjaya di adakan even its not run smoothly..biasalah..kita manusia..hanya mampu merancang. DIA yang menentukan. Janji pukul 12, sampai pukul 1.15..hoho sememangnya bab berjanji nak gather pukul berapa...aku selalu failed. Ada je yg tak kena. Bangun lambat la..kerja kat rumah tak siap siap la..tapi tadi punya cerita..bukan salah aku..salah Mary yang tau bersiap makan masa yang lama..but then berani sungguh mandi lambat. Ikutkan aku boleh je naik bas..dah dia yek yek nak hantar..aku terima jelah. Las las..aku sampai lambat..pasghah pasghah pasghah.

Nasib baik dua orang makcik aku tu tak marah..marah dalam hati je. hehe. nak marah depan depan takut aku kecik ati kan? haha..

Kami pon berjalan ronda ronda dan lapar. Akceli, kat rumah lagi aku dah rasa lapar..tahan je. Bila kompem semua dah lapar, kitorang pun menapak ke Pizza Hut. Yeahhh..gua dah rasa pizza golden apetah namanya..ala yang baru tu..boleh tahan sedap..sambil sambil makan , sambil sambil berborak. Well, lama tak jumpa kan..so banyak benda yang diceritakannya. Soalan lazim yang tiap tiap orang kena jawab dan tiap tiap kali jumpa mesti tanya. ' Kau tak de sape sape ke kat sana? ' Aku ada affair dgn pengarah sebenarnya..kau ada?

Tu diaaaaaaaa...







yang nilah macik Ika, UiTM Segamat student ..pelik sikit..dulu dia yg paling anti dengan kamera..sekarang dah tak dah..



this is me and macik Ain , KMJ student..

Time makan ni Umar takde..laki tu gedik sikit kejap nak pergi kejap tak..dah habis disuruhnya kami gadis gadis ni drive ke rumah dia untuk jemput dia..apekah?? Eh malu tak malulah masa salam mak dia..ayah dia cekak pinggang kat depan pintu..erm pak cik said kitorang tak kidnap anak pak cik, tapi dia yang offer kami kidnap okay..hoho.

Dan, bila dilihat kembali..aku, Ain dengan Umar..masing masing berlawan lawan makin kembang..Ika? Dia maintain..tak gemuk gemuk dari dulu.. makan kuat.

Lepas amik Umar, kitorang plan nak g karok. okay..yang itu macam wajib sebenarnya tiap tiap outing haha. Dan kami pon menyanyi tanpa segan silu dan perasaan malu. Keluar bilik karok beserta suara yg serak..biaso dah..

And time passes, sampai masa untuk kitorang balik. Sedihnya, bila lagi kita dapat spent time sama sama.. Semoga Allah panjangkan lagi ukhuwah kita ni.. And korang bertiga frankly kawan yang sangat baik. Do appreciate korang. Lepas Umar ngan Ika chan chin chow..sempat lagi aku ngan Ain masuk fitting room. And this is the result :



Today Ain very chinese new year ..




Sayang korang sampai bila bila kay..Selamanya BERGO haha
*umar tiada dalam gambar*
sekian dulu.

7 Feb 2013

Jengah Sekolah Lama

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah...hari ini berkesempatan untuk menjengah sekolah lama yang dah 2 tahun ditinggalkan. Dah lama rancang, sejak cuti yang lepas lagi tapi baru kali ni Allah izinkan. Rinduuuuu sangat nak tengok sekolah tu, rindu jugak dengan cikgu cikgu, junior junior dan kawan kawan yang masih menuntut di situ. Banyak sangat perubahan mungkin selari dengan citarasa pengetua baru. Lain pengetua lain taste nya kan..Apa yang aku tau, pengetua baru ni suka burung dan suka warna ungu..attottototo...dan memang terbukti Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn yang the latest memang dipenuhi dengan sangkar burung dan almost blok dicat dengan warna ungu. Ohsem..aku hampir nak patah balik konon konon macam salah sekolah..tapi sebenarnya itu lah sekolah aku banyak sangat kenangan terpahat kat situ.. ohhmai..

Aku tak sempat nak amik gamba sangat..sebab aku mengejar cikgu. Takut cikgu ada kelas..so sampai sampai terus aku ke bilik guru dengan tak malunya..correction Umar kata sekarang dah tukar jadi pejabat guru..kay foine. Ini je yang sempat aku amik kat pintu gerbang nun.  



Baru nak posing mengancam kat sini, Umi pulak nampak..malu gitu. By the way, Umi is not my mum. Dia penyelia asrama..dan kitorang panggil dia dengan nama panggilan Umi sebab..sebab..sebab suka hati kitoranglah nak panggil dia apa..hoho . Okay..on the way nak ke bilik guru  pejabat guru akceli.. aku lalu depan pejabat sekolah..there I met mami pulak..herm ramai mak aku kat sana. Puan Khatijah my beloved teacher who always care us like her own daughter..even anak dia sendiri di sekolah yang sama jarang aku nampak semesra kitorang dengan dia. Mungkin kat rumah mesra la. Nampak dia terus peluk cium pipi dia..how much i miss u mami. Soalan lazim, belajar kat mana, skarang buat apa? cuti ke ?tiba tiba....bila nak kawin? Mami, your daughter yang lagi tua dari I pun belum kawin..u tanya I bila nak kawin..sedihnyee.. Tapi takdelah aku cakap depan dia macam tu.. memang taklah. Apa aku jawab...?? Adelahh..

Kemudian aku teruskan perjalanan ke pejabat guru, terserempak pulak dengan Madam Chan. Yang sebenarnya, aku konfius dan tak berapa nak ingat nama teacher.hehe well manusia mudah lupa. Aku nak panggil Hi Mdm Corsi..tapi itu bukan nama lecturer kat KMNS..? krik krik.. So aku amik tindakan untuk menyapa beliau tanpa menyebut namanya. Speaking kau..fasih pulak lidah jawa ku ini bertutur bahasa inggeris. Nampak, Allah permudahkan dikala kita sedang berada dalam kesusahan..hehehe.

Sampai kat depan pintu pejabat guru, aku teringat Umar ada cakap kedudukan cikgu cikgu still kat tempat biasa cuma ada penghadang ala ala style pejabat, tu yg sampai tukar nama tu. herm..Lagi satu, Umar kata yang cikgu Rasidha, kitorang punya guru kelas 2 tahun berturut turut dah lain..dan dia pon sampai tak kenal. So aku memang berhati hati tengok cikgu,,tak pasal salah ..malu sendiri. Yeahh..dari belakang aku nampak ini mcm cikgu Syida..and here is exactly her place.. Aku camlah..dah hari hari aku datang bilik guru amik diari kelas dulu kan. Bila aku bagi salam, serius cikgu terkejut. Aku pun terkejut sebab cikgu makin cantik. hehe. Dari A to Z aku bercerita kat cikgu. Serius, aku memang rindu sangat kat cikgu. Cikgulah cikgu yang paling bes pernah aku jumpa takat ni. She is my good adviser and listener..macam membe dah kalau berborak tu. Paling terharu bila cikgu sendiri cakap yang cikgu rindu aku..ya robbi.. !! Collapse.

Kitorang stop sebab cikgu nak masuk kelas dah. 20 minit kau cerita tak benti. Then, aku cari cikgu addmath aku..Cikgu Dila yang aku anggap macam kakak sebab umur dia sama dengan kakak aku. Guess what, dia pregnant lagi..yeah dapat adik lagi. Kau pehal? Macam kau anak dia pulak. Dengan cikgu Dila pon banyak ceritanya tapi lebih kepada KMNS coz dia ex student KMNS . Bukan banyak citer pasal pelajaran..but then pasal cerita cerita "horror..".. erm seram..tapi kita buat buat macam tak seram lah kan. erm okay.

Banyak sangat cikgu yang tegur aku, bukan aku yang tegur mereka..sebab aku tak tau mana satu yang aku patut tegur dulu.haha. susah jadi budak gelemer ni..bajet no kau. ^ ^ Habis jumpa cikgu, aku jenjalan satu sekolah tanpa arah tujuan. Ada jugak junior yang tegur..tapi sumpah aku tak cam sangat..diorang tu dah la ramai. Dua tiga orang tu adalah aku cam..yang lain buat buat cam. Boleh kan..? Ada jugak suara suara nakal mintak penampor budak bawah umur yang mengacau..biasalah sekolah sukan. budaknya spesies lain macam sikit. mentanglah tinggi aku sama level dengan adik korang..tapi salah orang la nak buli. aku gangster okay. jum muntah.


Jumpa jugak kawan kawan yang sekarang level dah up jadi pengawas dan senior.





Study hard okay girl. Jangan compare kan yourself dengan mereka yang kat matrik, asasi kat u or what evah. Your choice is the best. Sama ja apa yang kita belajar ni okay. Believe Allah. DIA dah rancang yang baik untuk kita, Sayang u olls.

Stop here. Exhausted . Rest . Sleep. :)

Happy Birthday :)

Assalamualaikum :)

Pada waktu 3.28 pagi masih berjaga sedangkan waktu begini adalah waktu waktu kemuncak untuk tidur. Bukan tak nak tidur, tapi petang tadi aku dah landing baik punye 2 jam berturut turut..bangun bangun terus tengok Setia Hujung Nyawa. Bangun bangun nampak ' kay ef si ' depan mata. Bangun bangun dah ada karen..almost 5 jam dalam kegelapan..nak buat kerja pun tak boleh..alasan.

For the first time in my live ever, my friends share the same date of birth. How amaze..akceli..memang la kita akan berkongsi tarikh lahir dengan orang lain..definitely lah.. but then, they are all surround me..to yang jadi macam teruja sikit. Bukan dua orang tapi 4 orang sekaligus..mak korang delivered korang serentak ke hape? huhu

Apa apa pun, i would like to wish Nur Shafiqah Mustaffa, Nur Azidah Mohd Rasyid, Nur Afiqah Mohd Shabri and Mohd Murtadha Said happy birthday yang ke 19. Cepat masa berlalu kan..aku baru je nak jengah dunia 18 korang dah 19. .Semoga apa saja hajat korang Allah makbulkan dan dipermudahkan tiap tiap urusan. And make this friendship long lasting okay.. :)

Ada sedikit buah tangan untuk korang. Amiklah.. ikhlas aku buat untuk korang tau..harharharhar





i don't know..if those cakes do exist , u are willing to eat or not..bcs me myself frankly don't have any intention to eat. haha. nasib baiklah katun je. Murtadha, kau tak payah kek lah ye..aku tak rasa kau akan layan benda benda macam ni kan..haha..go with your life..make it well bro.

Heaven sangat bila ada orang sama befday dengan kita dan orang tu hanya berada dikeliling kita sahaja. Situasi aku pulak , ada cousin which do have the same age with me and do have the same date of birth.. aku awal sikitlah..so pangkat aku lagi tinggi. Tapi dia lelaki, pendiam..dan kitorang jarang tegur. But then kalau kat fesbuk, kemain dia macam ramah benor pulak dah.. realitinya jejaka pemalu pui pui. Dari kecik memang parents dan macik pacik akan smbut befday kitorang sama sama. Dah besar ni, dah taklah..kau kau aku aku la..

Selain dari birthday kawan kawan aku tu..hari ni juga genap setahun arwah nenek yang kitorang biasa panggil dengan panggilan Mak Wo ( Mak Tua akceli..manja sikit boleh kan..) menghadap yang Esa. Aku cuma insan biasa yang mampu sedekahkan pahala yang termampu sahaja untuk arwah di sana.

Last but not least..wishing SayfulBahri a good day today and your practical will be going well, insyaAllah.
Sekian dulu. Waiting for tomorrow..

6 Feb 2013

Best sangat ke KPOP tu?

Assalamualaikum :)

Lately, macam malas sangat nak update velog ni. Maybe sebab hari hari aku akan bukan laptop dan mentenet..dan tiap kali online sebenarnya macam takde point je nak buat apa. Online sebab bosan..cuti kateko. Macam konon kononnya dah habis study padahal mid sem je kot. Disebabkan aku ada pembaca setia , yang mana bila aku dah lama tak update, bila aku update terus dia text aku..aku jadi rajin pulak nak kletak kletuk kerboard ni..

Berbalik pada title entry di atas, best sangat ke KPOP tu? Tiba tiba terdetik nak buat entry pasal ni waktu download lagu Korea. Kalau nak tau, dulu aku sumpah memang allergic gila dengan Korea Korea ni. Cerita Korea macam PrincessHour , Winter Sonata yang meleweh leweh, jiwang kemain seolah olah lautan api sanggup kurenangi whatsoevah..memang aku tak minat la..kadang kadang kalau kawan aku ke kakak aku bukak, join sekaki jugak. Tapi 5 minit je.pastu aku blah. Lagu lagu dia pulak..erm memang tak lah.. kalau dah ala ala somel tu..melebih lebih kesomelannya..kalau dah menakutkan tu..menakutkan sangat. Then, kalau tengok gambar gambar or poster para artis Korea , suka benor pose ala ala manja, comel dan akulah yang paling menawan..baik artis lelaki  mahupun yang perempuan.Ish rimas aku. 

The best part, aku ada sorang kawan yang fanatik gila dengan Korea siap buat satu buku khas, yang mana dalam tu kesemuanya adalah cerita pasal artis Korea. Ya tuhanku..macam manalah aku boleh berkawan dengan makhluk ini..?Hehehe..gurau beb.  Dia siap exchange dengan member sekolah lain. Buatlah apa yang kau suka, asal kau bahagia okay. Aku bahagia bila kau bahagia...ecewah. I have no idea..apa yang korang minat sangat pasal Korea ni..ceciter..Aku takdelah benci tahap dewa 19 kat KPOP ni..cuma pelik dan curious apa yang ada pada KPOP smpi kebanyakkan remaja siap ada yang tiru style mereka from head to toe. Well, i am a teen who is on her way to see the real world. Remaja penuh dengan tanda tanya bukan. Maybe jugak persekitaran aku macam most of my friends memang sepesen macam aku, plis no Korea macam tu .

Walaupun aku macam gila anti habis dengan Korea ni..ada satu benda pasal Korea yang aku tak boleh nak tolak dan tak boleh nak elak. RUNNING MAN..makaih mane boleh tinggal..dari episode 1 sampai ke sudah ni aku boleh tengok banyak banyak kali..dan dah hafal pon step2 dia apa. Ni jelah yang aku terpaksa luakkan sikit kebencian aku pada KPOP KPOP ni.

Bila sampai kat matrik, aku satu bilik dengan 2 orang KPOPERS yang almost dalam henfon mereka kebanyakkan lagu adalah lagu Korea. Kebanyakkan photo gallery mereka dipenuhi dengan gambar artis artis Korea sebagai contoh, Yong Hwa..Lee Min Ho..dan lain lain lagi . Kata tak minat..asal tau ni?? hahahaha.. Tidak bagi sorang lagi roomate aku yang hanya layan lagu lagu melayu even muka dia ada ciri ciri mat salleh. Sorry..lagu omputih juga jarang sekali bermain dibibirnya..wuyooo..

Entah kat mana silapnya, 2 orang KPOPERS tu berjaya menghasut aku untuk jatuh cinta dengan KPOP ni..haha..aku highlight lagi. Jatuh cinta dengan KPOP. HAHAHAHA :)
Waktu tu rasa macam nak sabotaj diri sendiri je. Dulu bukan main kau hentam Korea kan..sekarang pehal ?
Diorang berjaya hasut aku melalui sogokan sogokan cerita Korea dan lagu lagu Korea . Dan sekarang photo gallery aku dipenuhi dengan retis retis Korea..lagu lagu aku kebanyakkan lagu lagu BigBang, IU tidak lupa juga Kim Jong Kook..hehe.. peace. Laptop ku juga tidak ketinggalan dipenuhi dengan cerita cerita Korea. Macam mimpi tau sebenarnya..tapi ini realiti..

Menyesal la jugak dulu aku hentam habis habisan KPOP ni..sekarang terpalit kat ku sendiri..Pengajaran yang aku dapat..jangan hentam sangat benda yang kita tak suka sebab nanti kau yang terkena balik. Mungkin kita perlu beri peluang untuk Kpop melebarkan empayarnya dalam diri kita? hahahaha

penat dah .kaybai

Jom Join Segmen Bloglist JS 2013

Assalamualaikum ;)

Kalau dua hari lepas , aku rajin benor nak join segmen sesakkan traffic blog dan blogwalking semua tuh..hari ni nak try join satu segmen yang organise by JS. Sebenarnya segmen segmen macam bagus jugak..yelah instead of kite tambahkan followers dan kawan kawan..dalam masa yang sama kita akan visit blog dia dan maybe gain some knowlegde right? And maybe learn from the experience. Okay..macam mana nak join segmen , just click the link above okay peeps!





Sekian dulu.

5 Feb 2013

Aida Cake House and Aida Concepts

Assalamualaikum :)

Being greatly thankful to Allah SWT for giving me a chance to take a deep breath today. Eventhough, i wake up at 11..akceli its too early right? since i have lot of works to be done..i have to wake up at that early time.. huh..

Hari ni nak promote sikit satu bisnes yang organise by sis in law mane lah tau kot kot dengan cara aku promote ni boleh melebarkan lagi empayar bisnesnya itu..ecehh..untung untung boleh dapat 'duit tepi' ekhem.
Bisnes yang my sis in law jalankan adalah bisnes kek, chocolate , candy dan juga jar cakes. Tak nak puji lebih lebih tapi, tapi tapikan her topping for cakes especially memang vavavooomm gitu! Nak jawa sikit, cap jempol gitu! Sedia menerima tempahan untuk wedding, anniversary, birthday or whatever event sekalipun.. Kalau nak buat untuk hantaran or gift for guest pon boleh..

Selain dari tu, ada juga tempahan untuk guest book since nowadays banyak brides yang decide nak buat guest book as a memorial of their wedding kan.. By the way..bagi sape sape yang tak tau, guest book ni adalah satu buku yang para tetamu boleh bagi diorang punya signature, ucapan or whatever yang korang nak wish kt brides tu. Jangan mencarut sudahlah..kecik ati pengantin tu. Kalau korang yang kena macam mana? Kan dah padan muka.

Banyak lagi yang ada..kalau nak tau lebih lanjut , just click SINI dan SINI JUGA okay! Aku cerita banyak banyak..macam aku pulak tokey. Macam mana nak contact..jangan risau sebab kat link tu ada macam mana nak contact diorang .



guest book


gift : chocolate bar



wedding cards



jar cakes


birthday cake


wedding cake


p/s: once korang da nampak kek tu depan mata..korang sayang nak makan.. hoho

4 Feb 2013

Segmen Tingkatkan Followers dan Trafik Blog

Assalamualaikum ;)

Hari ni rajin sangat nak blogwalking. So..aku rasa nak join blogwalking yang kedua organise by fatinalyaa. Dear bloggers, do join us.. :)



Segmen Naikkan Traffic Blog sampai BOOOOM!!

Assalamualaikum :)

Hari ni pagi pagi dah hujan..sejuk..nothing feels better than sleep..hehe.. Bangun bangun..terus bukak lappy dulu.. Aku dah kaborkan..apalah ertinya cuti tanpa internet..hikhikhik

Terasa macam nak jammed traffic blog pulak hari ni. So that's why , aku decide nak join "Segmen Naikkan Traffic Blog sampai BOOOOM!!" organise by Afie Qaisarah.  Instead nak BOOOM kan traffic blog, aku pon nak BOOOM kan followers diorang jugak. hohoho.





do follow me : twitter/hahazimah
do follow my blog too..
:)

3 Feb 2013

Rumour Has It

Assalamualaikum :)

Bil internet baru bayor, terus je mengadap laptop..nampak tak kepentingan internet sekarang ni. Apalah ertinya cuti tanpa internet...ohhmai ohhmai..

Just arrived Kluang a days ago..Ya Allah..i don't know why..balik kali ni sangat dinanti nantikan..dan gembiranya bukan kepalang kawan kawan. Maybe because cuti ni disambung dengan cuti raya cina. Even..seminggu lebih je..syukurlah dapat cuti lama sikit. By the way, im just finished my mid sem 2 exam . And i'm not going to say anything about it. Nothing at all..oo..oo kaybai.

But, there's something interested i would like to share on my new , freshy first entry in February. jyeahh.. seremmmm sikit..aku tak berhajat untuk cerita dengan seramnya. Sebab aku sendiri tak tahu kesahihannya.. ini mungkin rumour..mungkin jugak the true story. Based on roomates aku cakap, felo kata benda ni adalah kelaziman yang berlaku tiap tiap tahun. They cannot do anything. Tawakaltualallah .

Actually, a week before the exam start, this kind of things already make us out of nerve. Bermula dengan kes kecurian yang menggila kat kolej kediaman student lelaki, yang mana banyak electronic device yang canggih manggih dan mahal mahal belaka hilang.. hamboi memilih. Dan kes ini membawa ke kolej kolej kediaman student perempuan. Tak sangka pulak lagi dasyat yang berlaku. Kes kes ni berlaku sepanjang seminggu kitorang exam.** Sebenarnya, exam 3 hari je..** dan dengar cerita rumah lecturer pon ada yang kena..wallaweyh..

Wondering..how brave the pencuri..but then, ada rumours yang mengatakan..semua kerja ini dilakukan oleh sang oilyman...okay first time dengar rumour tu..perut aku macam ada vacuum yang sedut semua isi isinya dari dalam..mohon bayangkan..begging.hoho. Kaedah curian yang digunakan adalah secara manual iaitu memulas tombol pintu, dan jika pintu itu tidak dikunci..maka jadilah mangsa curi. So semua penghuni bilik dinasihatkan untuk cover pintu dengan meja..so that when anything happen at least..kite ada inisiatif. Faham tak maksud aku? Sebab aku pun macam tak paham sangat apa yang aku cuba nak  sampaikan ni. =="

Part yang agak mengecut kan lagi perut ialah pintu bilik air blok aku sentiasa tertutup rapi..seolah olah macam ada orang yang tengah berhajat didalamnya. Tapi selalu yang senyap, diam je dalam toilet adalah Fini..hooo sori fini :) Kena pulak haritu ada 3 orang yang menantikan pintu toilet itu dibuka since tu je toilet yang berfungsi dengan baik. termasuklah roomate aku. Disebabkan terlalu lama menunggu..diorang decide nak tolak je daun pintu tu.. dengan selambanya..one of them tarik tangan aku suruh tolakkan..aku pulak kena tak masal. Dalam hati takut jugak. Ku tolak daun pintu itu dengan bismillah ( Ku pinang kau dengan bismillah..hehe). THERE U ARE. takde orang pon dalam tu. kaybai aku masuk bilik dulu.

Ada yang mempersoalkan kenapalah kerajaan suka buat sekolah atau kolej yang terpinggir dari bandar..beli tanah yang orang lain dah tak nak beli. Kan dah jadi benda ni semua. Have you ever thought, why government build sbp, like mrsm, sekolah sains, matriculation college like us..and some institution centre at that kind of place? Ini semua untuk kita. bukan kerajaan saje nak sabotaj kita. Takkan nak bina matrik kat tengah bandar.. mengarut. Benda benda yang berlaku tu biase arh..dia pun makhluk Allah jugakkan.. depend kita macam mana kita menjaga dan memelihara akhlak dan amal ibadah kita.

Sebenarnya, kita kan nak exam. benda tu saje nak kacau..kasi hilang fokus sikit.. ye tak?

Whatever it is..jagalah perilaku dan amal ibadah kita kat mana pun kita berada wokay..peace yaww